UEFA CL


VALAENCIA 1 - 1 CHELSEA
                                                        Soldado pen 86           Lampard 56


Chelsea (4-3-3): Cech, Bosingwa, D Luiz, Terry (c), Cole; Ramires(Meireles 65), Mikel, Lampard (Kalou 82); Mata, Torres (Anelka72), Malouda.
Simpanan : Turnbull, Ivanovic, Romeu,Drogba.
Penjaring : Lampard 56
Kad Kuning : Kalou 86, Malouda 90 2, Mata 90 +3, Cole 90 3.

Valencia (4-2-3-1): D Alves Miguel, Rami, Víctor Ruiz, Jordi Alba;Albelda, pernah (Jonas 72); Pablo (Feghouli 72), Canales, Mathieu(Piatti 58); Soldado.
Simpanan : Bruno Saltor, Maduro,Parejo.
Penjaring : Soldado pen 86
Kad Kuning : Victor Ruiz 12, Albelda 46.

kehadiran 33.791
Pengadil Nicola Rizzoli dari Itali.

Peratus Penguasaan Bola : Valencia 54 %  -  46%  Chelsea
Sepakan tepat ke Gol : Valencia 7  -  9 
Sepakan tersasar : Valencia 14  -  10
Sepakan Penjuru : Valencia 6  -  5
Crosses : Valencia 28  -  12
kesalahan : Valencia 9  -  9
Kad kuning : Valencia 2  -  4
Kad Merah : Valencia 0  -  0
Offsides : Valencia 3  -  2


Valencia memadamkan impian mimpi indah Chelsea setelah berjaya mengikat kedudukan        1 -1 hasil jaringan penalti lewat permainan  oleh pemain penyerang  Soldado minit ke 86 untuk kedua-dua pasukan berpuas hati dengan 1 mata untuk perlawanan kedua peringkat kumpulan E untuk Champion League pagi tadi .Chelsea gagal mencapai matlamat 3 mata penuh di arena pelawat di Mestalla selepas mendahului kedudukan hasil jaringan Frank Lampard pada minit ke 56 dan ini merupakan gol yang ke 20 peribadinya dalam kancah Champion League .




Setelah terikat 0 - 0 di babak pertama yang begitu seimbang dengan setiap pasukan melancarkan serang dan penguasaan di mana setiap penjaga gol kedua-dua pasukan berkerja keras mengawal gawang dari di bolosi . Penjaga gol Valencia Diego Alves berjaya menyelamatkan dan mematahkan serangan dari Fernando Torres serta pemain gantian Nicolas Anelka tetapi Diego Alves menjadi wira bagi mengekang asakan Chelsea .

Dalam Barisan utama skuad kendalian Andre Villa-boas,beliau telah merombak percaturan sebelum ini di mana Raul Meireles di ganti dengan Frank Lampard di bahagian midfield ,David Luiz di masukkan mengantikan Ivanovic untuk bergandingan dengan kapten pasukan John Terry di kawasan pertahanan manakala Florent Malouda mengambil alih tempat Nicolas Anelka di bahagian sayap kanan bersama Juan mata di sayap kiri .Bagi pasukan valencia kaptennya David Albelda kembali di letakkan di midfield selepas terlepas aksi liga ketika Valencia menewaskan sevilla .

Jaringan gol Chelsea di hasilkan oleh pemain tengah Chelsea Frank Lampard pada minit ke 56 hasil lorongan cantik dari Florent Malouda untuk menewaskan penjaga gol Valencia Diego Alves .Ini membuktikan beliau berupaya menjaringkan gol selepas tepaksa di ketepikan dalam skuad England dan Chelsea sebelum ini .Ini merupakan gol yang ke 20 untuk beliau dalam edisi Champion league .





Valencia menyamakan kedudukan pada minit ke 86 selepas Saldado di kasari oleh pemain gantian Chelsea Salomon Kalou dan di layangkan kad kuning serta di hadiahkan sepakan penalti. Saldado akhirnya berjaya menewaskan Petr Cech dengan kedudukan 1 - 1 .

Selang berapa minit peluang keemasan Chelsea muncul di mana Anelka hanya berhadapan dengan Diego Alves 1 lawan 1 tetapi kakinya berjaya menghalang tolakan Anelka ke arah gol .

Dalam masa kecederaan 3 pemain Chelsea di layangkan kad kuning di antaranya adalah Juan mata dan Ashley Cole kerana membantah keputusan pengadil kerana tidak memberi sepakan percuma kepada Chelsea serta Florent malouda kerana mengasari pemain pertahanan Valencia Victor Ruiz .






 



29 /09/2011
Rabu ( Pagi Khamis )
         2 : 45 am ( Waktu Malaysia )




Valencia akan menjadi tuan rumah buat pertama kalinya untuk musim ini dalam kerjohanan
UEFA Champion League 2011/12 bagi pertemuan dengan kelab gergasi inggeris Chelsea di Mestella Stadium pada pagi Khamis ini .Ini merupakan perlawanan kedua bagi setiap pasukan, sebelum ini Valencia hanya sekadar seri 0 - 0 dengan kelab Belgium dan hanya mampu mengcuri 1 mata pada perlawanan tersebut manakala nasib berbeza yang di alami Chelsea ,The Blues memulakan kempen pertama mereka dengan kemenangan pertama dengan menewaskan kelab dari Jerman Bayern Leverkusen  2 - 0 hasil jaringan permain pertahanan kelahiran Brazil Devid Luiz dan Juan mata bekas permain Valencia .

Kedudukan semasa dalam kumpulan E Chelsea sedang mendahului pasukan lain dengan  3 mata penuh diikuti Valencia ,Genk dengan 1 mata dan bayern Leverkusen .

Dalam perlawanan ini perhatian akan tertumpu kepada bekas pemain Valencia Juan Mata yang berpindah ke kelab Chelsea dengan yuran perpindahan 27 juta dengan 4 tahun kontrak dari Mastella ke Stamford Bridge .Beliau juga akan menjadi pemain pilihan untuk di turunkan oleh pengurus Chelsea Andre Villa-Boas .Beliau juga telah membantu Chelsea menewaskan Bayern Leverkusen ada perlawanan pertama hasil jaringan beliau.

5 perlawanan Terakhir 

            Chelsea 4 - 1 Swansea City
Chelsea 0 - 0 Fulham
                                              Manchester United 3 - 1 Chelsea
                    Chelsea 2 - 0 Bayern Leverkusen
                                                          Sunderland 1 - 2 Chelsea

                                                              Valencia 4 - 3 Racing
           Valencia 1 - 0 Atletico Madrid
                                                    Sporting Gijon 0 - 1 Valencia
     Genk 0 - 0 Velencia
  Valencia 2 - 2 Barcelona



Sebelum ini Chelsea dan Valencia pernah bertemu dalam Kejohanan yang sama pada musim  2006/07 dan 2007/08 di mana kedua-dua pasukan ini pernah bertemu sebanyak 4 kali ,keputusan memihak kepada Chelsea iaitu Chelsea memenangi 2 dari 4 perlawanan tersebut dan selebihnya seri .Valencia belum pernah berjaya menewaskan Chelsea sebelum ini .

Pada Pertemuan pertama  dalam UEFA Champion league 2006/07 Chelsea di bawah kendalian Jose Morinho ,Chelsea berjaya menewaskan Valencia dalam peringkat suku akhir dengan agregat 3 - 2 , di mana perlawanan pertama Chelsea terikat 1 -1 Valencia di Stamford Bridge hasil jaringan Drogba dan David Villa , Kemudian Chelsea menewaskan Valencia 2 -1 di Stadium Mastella  gol Chelsea di hasil oleh Shevchenko dan Esien untuk membantu Chelsea layak ke pusingan seterusnya .

Manakala perlawanan terakhir kedua-dua pasukan bermula apabila mereka di undi dalam kumpulan yang sama ketika itu ,perlawanan pertama di menangi Chelsea 1-2 di gelanggang lawan, gol Valencia di jaringan oleh David Villa dan Gol Chelsea di jaringan oleh J.Cole dan Drogba .Di Stamford Bridge sekadar seri 0 - 0 .

UEFA Champion League 2007/08
( Group Stage )

Chelsea 0 - 0 Valemcia
Valemcia 1 - 2 Chelsea

UEFA Champion League 2006/07
( Quater Final )

Chelsea 1 - 1 Valencia
Valencia 1 - 2 Chelsea
agg : Chelsea 3 - 2 Valencia






CHELSEA VS BAYERN LEVERKUSEN 

* Belum ada satupun Kelab dari Jerman yang pernah mengukir kemenangan di gelanggang keramat Chelsea , Stamford Bridge.  

Dalam saingan Kejuaraan Eropah UEFA Chelsea berada di dalam kumpulan E bersama Valencia , Bayern Leverkusen dan KRC Genk .Bagaikan secara kebetulan dalam saingan kumpulan ini , kesemuanya ada kaitan dengan The Blues di mana , penjaga gol terbaru Chelsea Thibaut Courtois pemain muda Belgium yang di beli dari kelab Genk dan kini di pinjamkan satu musim ke Atlético Madrid . Manakala Pemain sayap kiri terbaru Chelsea Juan Mata berpindah dari Valencia ke Chelsea pada perpindah baru-baru ini  yang telah menunjukkan aksi cermelang bersama Chelsea Michael Ballack bekas perancang tengah Chelsea 2006 - 2010 akan tiba pagi ini di Stamford Bridge dalam kancah perlawanan pembukaan Trofi Juara-juara Eropah bersama kelab barunya BayernLeverkusen.

Beliau telah menjulang lima kejuaraan bersama Chelsea semasa khidmatnya di Stamford Bridge , ini termasuklah kejuaraan berganda liga dan piala FA pada akhir musim beliau bersama Chelsea. Ballack kini berusia 34 tahun hanya memanaskan bangku simpanan dalam kempen saingan musim ini walaubagai manapun beliau diturunkan 1 jam semasa perlawanan berlangsung untuk membantu pasukan menewaskan kelab dari  Augsburg di gelanggang lawan sebelum rehat untuk kancah antarabangsa . Pada saingan liga Bundesliga ,tiada satu pun pasukan yang mampu kekalkan rekod kemenangan sehingga perlawanan ke lima . Kelab yang di ketuai oleh Robin Dutt berada di kedudukan ke empat liga dengan hanya mengecapi 3 kemenangan 1 seri dan 1 kekalahan .



GROUP STAGE

GROUP E
VALENCIA


CHELSEA


BAYERN LEVERKUSEN
KRC GENK





Matches

13 September 2011
ChelseaLeverkusen
Referee: TBD – Stadium: Stamford Bridge, London (ENG)
13 September 2011
More »
GenkValencia
Referee: TBD – Stadium: KRC Genk Arena, Genk (BEL)
28 September 2011
ValenciaChelsea
Referee: TBD – Stadium: Estadi de Mestalla, Valencia (ESP)
28 September 2011
LeverkusenGenk
Referee: TBD – Stadium: BayArena, Leverkusen (GER)
19 October 2011
LeverkusenValencia
Referee: TBD – Stadium: BayArena, Leverkusen (GER)
19 October 2011
ChelseaGenk
Referee: TBD – Stadium: Stamford Bridge, London (ENG)
1 November 2011
ValenciaLeverkusen
Referee: TBD – Stadium: Estadi de Mestalla, Valencia (ESP)
1 November 2011
GenkChelsea
Referee: TBD – Stadium: KRC Genk Arena, Genk (BEL)
23 November 2011
LeverkusenChelsea
Referee: TBD – Stadium: BayArena, Leverkusen (GER)
23 November 2011
ValenciaGenk
Referee: TBD – Stadium: Estadi de Mestalla, Valencia (ESP)
6 December 2011
ChelseaValencia
Referee: TBD – Stadium: Stamford Bridge, London (ENG)
6 December 2011
GenkLeverkusen
Referee: TBD – Stadium: KRC Genk Arena, Genk (BEL)