MATCHES


Hatrik

Semalam merupakan malam indah buat setiap peminat setia Chelsea ,di mana Chelsea telah mengamuk di Reebok Stadium ,pasukan tuan rumah Bolton Wanderers terpaksa akur dengan kehebatan The Blues yang menjadi mangsa pada malam semalam .Chelsea menang 1 - 5 menewaskan Bolton Wanderers .Pemain tengah Chelsea Frank Lampard sebelum ini menjadi kritikan media masa England akhirnya membuktikan bahawa beliau masa lagi berbisa dengan 3 gol yang di hasilkan membantu Chelsea mengumpul 3 mata penuh bagi terus mencabar pendahulu liga Manchester United .

Chelsea memulakan sepak mula dengan cermelang kerana Chelsea tidak menunggu lama di mana pada minit ke 2 perlawanan Chelsea di hadiahkan sepakan penjuru yang di ambil oleh Juan Mata hasil percubaan Raul Meireles terbias di sebelah kanan,di hadiahkan oleh pengadil bertugas Peter Walton ,sepakannya mudah di tanduk bersih oleh Sturridge menewaskan penjaga gol muda Bolton Bogdan .Sturridge tidak meraikan jaringan tersebut bersama pemain Chelsea yang lain demi menjaga hati peminat Boltan kerana beliau pernah menjadi pemain pinjaman Bolton pada Musim lepas .Chelsea mendahului tuan rumah 1 -0 .

Gol kedua Chelsea terhasil pada minit ke 14 hasil gerakkan cantik 3 pemain muda Chelsea bermuda dari Ramires , Mata dan Sturridge sebelum di umpan ke arah Lampard lalu mudah menggegar jaring Bolton buat kali ke dua .Sekali lagi Sturridge menjadi dalang dalam merobek gawang Bolton untuk sekali lagi menewaskan penjaga gol Bolton Bogdan .


Daniel Sturridge sekali lagi mencuri tumpuan di mana pada mint ke 24 beliau menjaringkan  gol kedua peribadinya dan gol ke 3 Chelsea hasil rembatan jauh dari arah kanan gol pada jarak 25 meter .Walaupun dapat di tepis oleh penjaga gol malangnya bola melantun ke dalam gol .Sekali lagi beliau tidak meraikan jaringan tesebut hanya terus belari ke arah kawasan Chelsea .


Selang 2 minit selepas itu , Lampard sekali lagi tidak mengsia-siakan peluang terhidang luas selepas rembatan dari pemain kelahiran Brazil David Luiz di tepis keluar lalu di sambar beliau yang berada betul di hadapan gol untuk meletakkan Chelsea kukuh di hadapan dengan 4 gol tanpa balas untuk separuh masa yang pertama .


Selepas tamat separuh masa kedua ,Bolton membuat perubahan dramatik di mana pemain pertahanan Zat Knight di masukkan mengantikan pemain pertahanan Gretar Steinsson bagi menguatkan barisan pertahanan selepas layu di gasak Chelsea pada separuh masa pertama .Akhirnya percaturan pengurus Bolton Owen Coyle berhasil selepas Bolton di hadiahkan sepakan percuma di kiri gol, sepakan itu di ambil oleh Petrov cantik di tanduk oleh pemain pertahanan pinjaman Bolton dari Manchester City Debryck Boyata menewaskan Petr Cech buat pertama kalinya dalam perlawanan ini .


Ini merupakan kali ke 6 dari 7 perlawanan Chelsea gagal mengekalkan rekod tanpa bolos kali terakhir ketika Chelsea berkongsi mata dengan Stoke City 0 -0 di Stamford Bridge .perlawanan kembali seimbang di mana setiap pasukan melancarkan serangan ke pintu gol lawan .Pada minit ke 59 hasil kombinasi menarik dari 2 bintang terkemuka Chelsea Drogba dan Lampard, Chelsea akhirnya berjaya membuahkan gol 5 untuk perlawanan ini hasil tolakan cantik dari Drogba ke Lampard untuk beliau menjaringkan gol ke 3 untuk dirinya .


Lampard telah menjaringkan 119 gol dalam kerianya dalam liga EPL ini setanding dengan Lagenda pemain Chelsea yang lain .Beliau telah membuktikan bahawa beliau masih berbisa dan membuktikan bahawa Beliau masih di perlukan dalam skuad Chelsea mahukan England .Lampard menutup mulut pengkritik yang selama ini merendah-rendahkan kemampuannya sebagai pemain berstatus bintang .
Chelsea (4-3-3): Cech; Bosingwa (Ivanovic 53), D Luiz, Terry (c), Cole; Ramires (Mikel 56), Meireles, Lampard; Sturridge, Drogba,Mata (Anelka 72).

Simpanan : Turnbull, Romeu, Malouda,Lukaku.


Penjaring Sturridge : 1, 24, Lampard 14, 26, 58.


Kad Kuning : D Luiz 60, Terry 78

 
Bolton (4-3-3): Bogdan; Steinsson (Knight ht), Cahill, Boyata,Robinson; Reo-Coker, Pratley, Gardner (Eagles 74); K Davies (c),Ngog (Tuncay 74), Petrov.
Simpanan : Lainton, Vela, Muamba, MDavies.


Penjaring : Boyata 46 


Kad kuning : Ngog 9
 
Pengadil : Peter Walton.


Penonton : 24.657.





BOLTON WANDERERS VS CHELSEA 


AHAD 2 OKTOBER 2011
8 : 30 MALAM

Chelsea akan bertandang ke Reebok stadium pada hujung minggu ini untuk menentang pasukan terbawah liga Bolton Waderers .Jika di lihat dari perlawanan sebelum ini  tiada masalah untuk Chelsea untuk mengutip 3 mata penuh dalam saingan liga menentang pasukan yang di beri gelaran "The Trotters" ,tetapi 90 minit akan menjadi penentu segalanya atau sebaliknya .

Dalam perlawanan liga minggu lepas Chelsea mudah meratah pasukan baru dalam  liga Swansea City 4 - 1 walaupun bermain 10 pemain sahaja dan seri 1 -1 dalam kan,sebaliknya berlaku kepada Bolton di mana selepas memulakan kempen liga dengan baik menewaskan QPR 4 -0 ,5 perlawanan selepas itu mereka mengalami kekalahan demi kekalahan yang terbaru kalah kepada kelab berbelanja besar Manchester City 3 -2 di gelanggang lawan .

Andre Villa-Boas harus menurunkan semula Frank Lampard dalam barisan utama Chelsea untuk perlawanan hujung minggu ini seperti mana beliau lakukan semasa aksi menentang Valencia dalam UEFA Champion Laegue tempoh hari dan meletakkan beliau 450 kali bermain bersama Chelsea untuk mengejar rekod Lagenda Chelsea George Smith.Beliau di sisihkan dari skuad semenjak prestasinya menurun 2 minggu lalu dan di ambil alih oleh Raul Meireles .Beliau harus terus mencipta lebih banyak lagi jaringan jika mahu setanding dengan Lagenda Chelsea yang lain seperti Bobby Tambling dan  Kerry Dixon di mana buat masa ini beliau mengumpul 116 jaringan 2 jaringan kurang dari George Mills .

Selain Frank Lampard ,Nicolas  Anelka akan membuat persembahan ke 350 dalam Barclay Premier League (EPL) tetapi yang membezakan antara kedua-dua pemain ini Anelka bermain untuk 5 pasukan EPL yang lain seperti Arsenal ,Liverpool ,Manchester City ,Bolton dan Chelsea.Beliau telah menjaringkan 144 jaringan dalam liga EPL . .
5 PERLAWANAN TERAKHIR
BOLTON
MACCLESFIELD 1 - 2 BOLTON (CARLING CUP)
BOLTON 1 - 3 LIVERPOOL 
BOLTON 0 - 5 MANCHESTER UNITED
BOLTON 1 - 2 NORWICH CITY
ARSENAL 3 - 0 BOLTON
MANCHESTER CITY 3 - 2 BOLTON


ASTON VILLA 0 - 2  BOLTON (CARLING CUP)
 
CHELSEA
CHELSEA 2 - 0 BAYERN LEVERKUSEN (UEFA CL)
VALENCIA  1- 1 CHELSEA (UEFA CL)
SUNDERLAND 1 - 2 CHELSEA 
MANCHESTER UNITED 3 - 1 CHELSEA
CHELSEA 4 - 1 SWANSEA CITY
CHELSEA 0 - 0 FULHAM ( FA CUP) 
 


Pada saingan Liga musim lepas 2010/11 Chelsea memenangi kedua-dua perlawanan menentang Bolton termasuklah ketika menewaskan Bolton di Reebok Stadium dengan jaringan besar 4 -0 hasil jaringan drogba (11) , Malouda (41) , Anelka (56) dan ramires (74)
 
10 PERLAWANAN TERAKHIR BOLTON VS CHELSEA

2001/02 BOLTON 2-2 CHELSEA
2002/03 - CHELSEA 1-1 BOLTON
2003/04 - CHELSEA  2-0 BOLTON
2004/05 - CHELSEA 2-0 BOLTON
2005/06 - CHELSEA 2-0 BOLTON
2006/07 - CHELSEA 1-0 BOLTON
2007/08 - CHELSEA 1-0 BOLTON
2008/09 - CHELSEA 2-0 BOLTON
2009/10 - CHELSEA 4-0 BOLTON
2010/11 - CHELSEA 4-0 BOLTON 

Kapten Chelsea John Terry mungkin tidak sabar menunggu perlawanan ini bagi menyekat pasukan tuan rumah melepasi kawasan Chelsea ,beliau yakin mampu menghalang bekas pemain muda Liverpool  David N'gog yang akan menjadi harapan pasukan dan seluruh peminat Bolton.N'gog bekemungkinan berganding dengan kapten Bolton Kevin David .

Jose Bosingwa juga perlu berhati-hati dengan pemain sayap berasal dari Bulgaria Martin Petrov ,seorang pemain yang lincah dan berpegalaman  akan menjadi dalang setiap serangan pihak lawan . 

Selain daripada itu pemain Bolton yang harus di beri sedikit perhatian adalah bekas pemain Burnley Chris Eagles yang mempunyai skil tersendiri dan pandai mencari ruang .

PENJARING GOL BOLTON 2011/12
Klasnic 3
Cahill 1
K Davies 1
Muamba 1
Petrov 1 (pen)
own goal 1
 JUMLAH = 8
PENJARING GOL CHELSEA 2011/12
Ramires 2
Torres 2
Anelka 1
Bosingwa 1
Drogba 1
Lampard 1 (pen)
Malouda 1
Mata 1
Sturridge 1
Terry 1
JUMLAH 12.
 
Pemain Chelsea yang di pinjamkan ke Bolton  Gael Kakuta tidak akan dapat diturunkan kerana mengikut syarat yang telah di tetapkan oleh pihak FA Inggeris ,manakala pemain tengah Bolton Ivan Klasnic turut menerima nasib yang sama telah di gantung 3 perlawanan kerana di layangkan kad merah pada perlawanan sebelum ini .manakala pemain pertahanan  David Wheater masih mengalami kecederaan dan belum pulih sepenuhnya .

Bekas pemain pinjaman Bolton dari Chelsea akan menjadi harapan untuk "The Blues" dalam perlawanan hujung minggu ini selepas pemain bintang Chelsea Fernando Torres di sisihkan akibat pengantungan kerana kad merah semasa pertemuan dengan Swansea City minggu lepas .Beliau mungkin akan bergandingan dengan Didier Drogba atau Nicolas Anelka di barisan serangan .

CHELSEA VS SWANSEA CITY


Barclays Premier League


Sabtu
24 September 2011
Stamford Bridge

Dua Bekas ahli Chelsea akan kembali semula ke Stamford Bridge esok dengan panji Swansea bersama mereka untuk menjadi musuh di padang keramat Chelsea esok ,salah seorangnya adalah bekas pembantu era Morinho di Chelsea merangkap rakan sekerja Andre Villa -Boas dan kini beliau merupakan pengurus pasukan Swansea .Beliau merupakn watak penting di belakang tabir kejayaan yang diketuai Morinho semasa menjulang kejuaraan liga 2004/05 - 2005/06 .Meraka adalah Brendan Rodgers dan bekas pemain muda Chelsea Scott Sinclair .


Brendan Rodgers

Siapa tidak kenal dengan dengan Brendan Rodgers di kalangan peminat setia Chelsea ,beliau banyak membantu kerjayaan Chelsea satu masa dahulu .Beliau pernah mengemukakan cadangan kepada Roman Abrahmovic untuk membeli Fernando Torres dari Atletico Madrid sebelum di sambar Liverpool ,tetapi jutawan russia itu lebih berminat untuk mendapatkan Andriy Shevchenko .

Perlawanan ini merupakan perhitungan pertama buat kedua-dua pasukan Chelsea dan Swansea dalam kancah era liga kelas utama ,sebelum ini hanyalah pertemuan di division 2 liga .Chelsea mengekalkan rekod tanpa kalah terhadap Swansea semenjak format baru liga di perbaharui pada tahun 2011 di mana 62 kali pertembungan Chelsea memenangi 53 perlawanan dan 9 kali seri . berikut merupakan stastitik perlawanan antara kedua pasukan :

Perlawanan yang diharungi : Chelsea vs Swansea

Jumlah perlawanan  : 19
Chelsea menang      : 8
Swansea                   : 5
Seri                            : 6


Pertembungan di Stamford Bridge :

Jumlah perlawanan  :  9
Chelsea menang      :  5
Swansea menang    :  1
Seri                            :  3


Pada perlawanan liga minggu lepas fenomena berbeza di alami setiap pasukan ,Chelsea tewas kepada musuh tradisi manchester united di gelanggang lawan dengan kekalahan pertama musim ini 3-1 manakala Swansea City membuat kejutan di arena lawan menundukkan Wolve 0 - 3.



Petr Cech

Penjaga gol utama Chelsea Petr Cech belum pasti dapat diturunkan pada perlawanan esok selepas mengalami kecerderaan lama di kepala semasa menghadapi tentangan dari Fulham dalam kejohanan piala Carling pagi khamis lalu dan terpaksa di gantikan dengan penjaga gol muda Ross Trunbull .Teka-teki ini menjadi tanda tanya adakah beliau akan cergas sepenuhnya atau Trunbull akan mengalas tugas beliau sebagai penjaga gol utama pada perlawanan esok .

Penyerang muda Chelsea Sturridge mungkin diketepikan kerana kecerderaan di bahagian lutut  yang di alami semasa pertembungan dengan Fulham tempuh hari kemungkinan di rehatkan selama 2-3 minggu .Manakala pertahanan dari Brazil Alex di gantung perlawanan kerana mengumpul 2 kad kuning pada perlawanan liga yang lepas , tempat beliau kemungkinan di ambil alih oleh rakan senegara David Luiz ataupun Ivanovic berganding bersama Kapten Chelsea John Terry .


Daniel Sturridge

Didier Drogba menjadi pertaruhan Andre Villa-Boas untuk mengemudi barisan jentera serangan walaubagaimanapun beliau belum pasti dapat bermain esok.Persoalannya adakah beliau benar-benar cergas untuk perlawanan esok ? Jika tidak Fernando Torres seperti biasa akan bersama Nicolas Anelka di bahagian serangan untuk merobek gawang Swansea City  pendatang baru di Barclays Premier League . Gandingan Torres dan Anelka hasil acuan Andre Villa-Boas nampak berhasil setelah Torres menghasilkan gol pertamnya untuk musim ini walaupun beliau gagal melakukan penyudah yang tepat pada perlawanan minggu lepas .

Dibahagian tengah gandingan  mantap Ramires ,Meireles dan Mata nampak berhasil cuma terdapat kurang kesefahaman dalam pasukan ini mungkin masih baru bersama dan mereka akan buktikan pada malam esok dalam merencanakan bahagian tengah untuk medominasikan peratus penguasaan padang. Kelibat Lampard pada musim ini agak kurang meyerlah dan kurang meyengat berbanding 2-3 musim yang sudah, prestasinya agak menurun  ini terbukti apabila Beliau sering memanaskan badan di bangku simpan bersama skud negaranya England .


Leroy Lita 

Dalam perlawanan ini, permain yang harus di beri tumpuan dan perhatian oleh pemain pertahanan Chelsea adalah peyerang lincah Leroy Lita di mana beliau telah menjaringkan 2 gol pada perlawanan minggu lepas membantu kelabnya menewaskan Wolve 3  - 0 . Bekas pemain muda Chelsea Scott Sicclair harus di beri perhatian kerana beliau menjadi dalang dalam setiap pegerakan serangan berangkai Swansea, ini merupakan hari dalam sejarah untuk beliau untuk kembali semula ke Stamford Bridge seles 5 tahun pergi meninggalkan Chelsea .


Scott Sinclair

Barisan kemungkinan untuk perlawanan esok :


Chelsea (4-4-2): Petr Cech, Bosingwa, David Luiz, John Terry, Ashely Cole, Ramires, Juan Mata, Raul Meireles, Frank Lampard, Fernando Torres, Didier Drogba.

Swansea (4-5-1): Vorm, Angel Rangel, Ashley Williams, Garry Monk, Neil Taylor, Nathan Dyer, Leon Britton, Joe Allen, Mark Gower, Scott Sinclair, Leroy Lita







 Chelsea melangkah ke peringkat ke 4 selepas menewaskan musuh setempatnya Fulham setelah masing-masing pasukan terikat tanpa jaringan sehingga ke masa tambahan 120 minit dalam keadaan begitu mendebarkan dan ditentukan melalui sepakan penalti dengan memihak kepada pasukan tuan rumah dengan kemenagaan 4 - 3.
Chelsea menurunkan barisan muda yang dipercayai oleh pengurus Chelsea Andre Villa-Boas untuk mengasak kubu kuat Fulham . Antara yang menjadi perhatian antaranya adalah Ryan Bertrand,Oriol Romeu dan Romelu Lukaku dengan penampilan pertama dalam percubaan Chelsea merangkul Piala Carling di mana kali terakhir di menangi pada tahun 2007 ketika menewaskan Arsenal 2 -1 .
Chelsea tidak menurunkan penyerang bebisanya Didier Drogba kerana mahu beliau kekal cergas 100% untuk bersemuka dengan Swansea City  hari minggu ini.Sandaran Chelsea diletakkan di bahu 3 kombinasi penyerang muda Sturridge , Kalou dan Lukaku untuk merobek gawang Fulham .
Perlawanan bermula agak seimbang dan berhati-hati di mana setiap pasukan mengatur pergerakan untuk menguasai perlawanan.Pada babak ke dua Petr Cech penjaga gol utama Chelsea dikeluarkan mungkin mengalami kecederaan atau pengurus Chelsea mahukan beliau direhatkan bagi memberi  fokus pada kancah Liga domestik minggu ini dan di gantikan dengan penjaga gol muda Ross Trunbull .

Pada minit ke 47 pertahanan Chelsea Alex yang berasal dari Brazil dilayangkan kad merah akibat terjahan keras di kotak penalti terhadap penyerang Fulham Frei dan Pengadil  Chris Foy menghadiahkan penalti kepada pasukan pelawat ,tapi malangnya penyerang Fulham Kasami gagal meyempurnakan peluang yang terhidang yang hanya mampu menggegar palang gol Chelsea .
Pengurus berbangsa Portugis membuat penukaran dramatik di mana Josh McEachran di keluarkan  dan di masukkan John Terry bagi menguatkan barisan pertahanan bagi mengekang serangan Fuham yang akan mengunakan kesempatan yang ada setelah Chelsea bermain 10 orang.

Andre Villa-Boas berkata selepas tamatnya perlawanan :
"Kami berlatih mengambil sepakan penalti seperti mana pasukan lain ,cuma pasukan kami menggunakan kesempatan dari pengalaman yang ada bagi mengatasi Fulham dengan dalam penentuan sepakan penalti 4-3 ."
Dalam Penentuan sepakan penalti tersebut Chelsea bersandarkan 100% dari penjaga gol muda Ross Tranbull yang mengantikan Petr Cech selepas penjaga gol utama Chelsea mengalami kecederaan di kepala .Ujian pertama beliau pada babak kedua ketika Fulham dianugerahkan sepakan penalti selepas Alex menjatuhkan kerim Frei di kotak penalti tapi,tapi nasib menyebelahi kepada penjaga gol muda itu di mana sepakan dari Pajtim Kasami hanya mampu menggegar palang gol .Ujian Sebenar bermula selepas tamat masa tambahan 30 minit .

Sepakan penalti dimulakan dengan pasukan  Chelsea ,Frank Lampard memulakan sepakan  penalti tapi sayangnya beliau gagal meyempurnakan sepakan penalti tersebut buat Chelsea ,mudah di selamatkan  oleh Schwarzer.Penyerang Fulham Zamora mudah menewaskan Ross Trunbull untuk meletak Fulham di hadapan 0 - 1.Sepakan penalti kedua di sempurnakan oleh David Luiz untuk Chelsea dan Sidwell bekas pemain tengah Chelsea meletakkan Fulham terus mendahului dengan kedudukan 1 - 2 . Kenangan hitam John Terry ketika final pada kejohanan kejuaraan eropah di moscow pada tahun 2008 ketika gagal meyempurnakan sepakan penalti dapat di ubati selepas beliau mudah menewaskan Schwarzer pada sepakan penalti ketika untuk Chelsea .pemain muda Fulham Dembele gagal meneruskan rentak fulham selepas sepakan penaltinya di selamatkan dengan kemas oleh Ross Trunbull ini menghangatkan lagi perlawanan kedudukan pasukan kembali terikat 2 - 2 .

Debaran diteruskan lagi dengan jaringan sepakan penalti cantik yang di lakukan pemain Chelsea Salomon Kalou dengan  sepakan di sudut gol untuk sepakan penalti yang ke 4 dan kemudian di samakan kembali oleh Baird untuk kedudukan 4 - 4 .Florent Malouda menjadi pemain terakhir Chelsea untuk sepakan terakhir dan ternyata beliau tidak ada masalah untuk meyempurnakan sepakan penalti tersebut .

Akhirnya seluruh penonton di Stamford Bridge memberi tekanan terhadap pemain terakhir Fulham yang diberi tanggung jawab di bahu pemain baru Fulham Ruiz ,gempar gempita seluruh stadium kerana kali kedua sepakan penalti Fulham menggegar palang gol tapi kali ini bola seakan-akan berada bola melantun ke dalam gol tetapi menjadi tanda tanya adakah sepakan itu disahkan gol ataupun tidak ,sehinggalah penjaga garisan yang bertugas telah menafikan gol sepakan penalti tersebut dan ini menjulang Chelsea  untuk menewaskan Fulham dengan  dengan kemenagan 4 -3 menerusi sepakan penalti seterusnya  layak ke pusingan ke 4 .

 

Chelsea (4-3-3): Cech (c) (Turnbull h-t); Ferreira, Alex ,David Luiz, Bertrand; McEachran ( 51), TerryRomeu, Malouda; Sturridge (Lampard 43), Lukaku, Kalou.Unused subs Bosingwa, Mikel, Mata, Drogba.
Sent off Alex 47
Booked Lampard 120.
Fulham (4-4-2): Schwarzer (c); Kelly, Grygera, Senderos, Briggs; Kasami (Zamora 77), Gecov (Sidwell 90+1), Baird, Frei; Ruiz, Sa (Dembélé 59). 
Unused subs Etheridge, Riise, Kacaniklic, Halliche.
Booked Frei 98

Referee 
Chris Foy.
Crowd
 37,632.


CHELSEA VS FULHAM