Monday 3 October 2011

CHELSEA : PEREIRA SAMBUNG KONTRAK BERSAMA PORTO

Pemain sasaran Chelsea Alvaro Pereira telah menandatangani kontrak baru bersama kelabnya Porto sehingga tahun 2016 ,Chelsea pernah membuat tawaran kepada pemain pertahanan kiri berasal dari Uruguay sebanyak £25.7 juta pada sesi perpindahan sebelum ini melalui bekas pengurus Porto Andre Villa-Boas yang kini menjadi Bos skuad The Blues tapi malangnya di tolak oleh pengurusan Porto .

nak ni makan die....curi ayam lagi

Setelah beliau menandatangani kontrak baru ,nilai perpindahan mungkin akan meningkat lebih £30 juta .Berkemungkinan Chelsea akan membuat bidan pada musim perpindahan pada tahun depan .

LAMPARD HERO CHELSEA

BOLTON WONDERERS 1 - 5 CHELSEA


Hatrik (3)

Semalam merupakan malam indah buat setiap peminat setia Chelsea ,di mana Chelsea telah mengamuk di Reebok Stadium ,pasukan tuan rumah Bolton Wanderers terpaksa akur dengan kehebatan The Blues yang menjadi mangsa pada malam semalam .Chelsea menang 1 - 5 menewaskan Bolton Wanderers .Pemain tengah Chelsea Frank Lampard sebelum ini menjadi kritikan media masa England akhirnya membuktikan bahawa beliau masa lagi berbisa dengan 3 gol yang di hasilkan membantu Chelsea mengumpul 3 mata penuh bagi terus mencabar pendahulu liga Manchester United .

Chelsea memulakan sepak mula dengan cermelang kerana Chelsea tidak menunggu lama di mana pada minit ke 2 perlawanan Chelsea di hadiahkan sepakan penjuru yang di ambil oleh Juan Mata hasil percubaan Raul Meireles terbias di sebelah kanan,di hadiahkan oleh pengadil bertugas Peter Walton ,sepakannya mudah di tanduk bersih oleh Sturridge menewaskan penjaga gol muda Bolton Bogdan .Sturridge tidak meraikan jaringan tersebut bersama pemain Chelsea yang lain demi menjaga hati peminat Boltan kerana beliau pernah menjadi pemain pinjaman Bolton pada Musim lepas .Chelsea mendahului tuan rumah 1 -0 .

Gol kedua Chelsea terhasil pada minit ke 14 hasil gerakkan cantik 3 pemain muda Chelsea bermuda dari Ramires , Mata dan Sturridge sebelum di umpan ke arah Lampard lalu mudah menggegar jaring Bolton buat kali ke dua .Sekali lagi Sturridge menjadi dalang dalam merobek gawang Bolton untuk sekali lagi menewaskan penjaga gol Bolton Bogdan .

Daniel Sturridge sekali lagi mencuri tumpuan di mana pada mint ke 24 beliau menjaringkan gol kedua peribadinya dan gol ke 3 Chelsea hasil rembatan jauh dari arah kanan gol pada jarak 25 meter .Walaupun dapat di tepis oleh penjaga gol malangnya bola melantun ke dalam gol .Sekali lagi beliau tidak meraikan jaringan tesebut hanya terus belari ke arah kawasan Chelsea .

Selang 2 minit selepas itu , Lampard sekali lagi tidak mengsia-siakan peluang terhidang luas selepas rembatan dari pemain kelahiran Brazil David Luiz di tepis keluar lalu di sambar beliau yang berada betul di hadapan gol untuk meletakkan Chelsea kukuh di hadapan dengan 4 gol tanpa balas untuk separuh masa yang pertama .

Selepas tamat separuh masa kedua ,Bolton membuat perubahan dramatik di mana pemain pertahanan Zat Knight di masukkan mengantikan pemain pertahanan Gretar Steinsson bagi menguatkan barisan pertahanan selepas layu di gasak Chelsea pada separuh masa pertama .Akhirnya percaturan pengurus Bolton Owen Coyle berhasil selepas Bolton di hadiahkan sepakan percuma di kiri gol, sepakan itu di ambil oleh Petrov cantik di tanduk oleh pemain pertahanan pinjaman Bolton dari Manchester City Debryck Boyata menewaskan Petr Cech buat pertama kalinya dalam perlawanan ini .

Ini merupakan kali ke 6 dari 7 perlawanan Chelsea gagal mengekalkan rekod tanpa bolos kali terakhir ketika Chelsea berkongsi mata dengan Stoke City 0 -0 di Stamford Bridge .perlawanan kembali seimbang di mana setiap pasukan melancarkan serangan ke pintu gol lawan .Pada minit ke 59 hasil kombinasi menarik dari 2 bintang terkemuka Chelsea Drogba dan Lampard, Chelsea akhirnya berjaya membuahkan gol 5 untuk perlawanan ini hasil tolakan cantik dari Drogba ke Lampard untuk beliau menjaringkan gol ke 3 untuk dirinya .

Lampard telah menjaringkan 119 gol dalam kerianya dalam liga EPL ini setanding dengan Lagenda pemain Chelsea yang lain .Beliau telah membuktikan bahawa beliau masih berbisa dan membuktikan bahawa Beliau masih di perlukan dalam skuad Chelsea mahukan England .Lampard menutup mulut pengkritik yang selama ini merendah-rendahkan kemampuannya sebagai pemain berstatus bintang .



Chelsea (4-3-3): Cech; Bosingwa (Ivanovic 53), D Luiz, Terry (c), Cole; Ramires (Mikel 56), Meireles, Lampard; Sturridge, Drogba,Mata (Anelka 72).
Simpanan : Turnbull, Romeu, Malouda,Lukaku.
Penjaring Sturridge : 1, 24, Lampard 14, 26, 58.
Kad Kuning : D Luiz 60, Terry 78


Bolton (4-3-3): Bogdan; Steinsson (Knight ht), Cahill, Boyata,Robinson; Reo-Coker, Pratley, Gardner (Eagles 74); K Davies (c),Ngog (Tuncay 74), Petrov.
Simpanan : Lainton, Vela, Muamba, MDavies.
Penjaring : Boyata 46

Kad kuning : Ngog 9
Pengadil : Peter Walton.

Penonton : 24.657.

Friday 30 September 2011

BOLTON WANDERERS VS CHELSEA

AHAD 2 OKTOBER 2011

8 : 30 MALAM

Chelsea akan bertandang ke Reebok stadium pada hujung minggu ini untuk menentang pasukan terbawah liga Bolton Waderers .Jika di lihat dari perlawanan sebelum ini tiada masalah untuk Chelsea untuk mengutip 3 mata penuh dalam saingan liga menentang pasukan yang di beri gelaran "The Trotters" ,tetapi 90 minit akan menjadi penentu segalanya atau sebaliknya .

Dalam perlawanan liga minggu lepas Chelsea mudah meratah pasukan baru dalam liga Swansea City 4 - 1 walaupun bermain 10 pemain sahaja dan seri 1 -1 dalam kan,sebaliknya berlaku kepada Bolton di mana selepas memulakan kempen liga dengan baik menewaskan QPR 4 -0 ,5 perlawanan selepas itu mereka mengalami kekalahan demi kekalahan yang terbaru kalah kepada kelab berbelanja besar Manchester City 3 -2 di gelanggang lawan .

Andre Villa-Boas harus menurunkan semula Frank Lampard dalam barisan utama Chelsea untuk perlawanan hujung minggu ini seperti mana beliau lakukan semasa aksi menentang Valencia dalam UEFA Champion Laegue tempoh hari dan meletakkan beliau 450 kali bermain bersama Chelsea untuk mengejar rekod Lagenda Chelsea George Smith.Beliau di sisihkan dari skuad semenjak prestasinya menurun 2 minggu lalu dan di ambil alih oleh Raul Meireles .Beliau harus terus mencipta lebih banyak lagi jaringan jika mahu setanding dengan Lagenda Chelsea yang lain seperti Bobby Tambling dan Kerry Dixon di mana buat masa ini beliau mengumpul 116 jaringan 2 jaringan kurang dari George Mills .

Selain Frank Lampard ,Nicolas Anelka akan membuat persembahan ke 350 dalam Barclay Premier League (EPL) tetapi yang membezakan antara kedua-dua pemain ini Anelka bermain untuk 5 pasukan EPL yang lain seperti Arsenal ,Liverpool ,Manchester City ,Bolton dan Chelsea.Beliau telah menjaringkan 144 jaringan dalam liga EPL . .

5 PERLAWANAN TERAKHIR

BOLTON

MACCLESFIELD 1 - 2 BOLTON (CARLING CUP)

BOLTON 1 - 3 LIVERPOOL

BOLTON 0 - 5 MANCHESTER UNITED

BOLTON 1 - 2 NORWICH CITY

ARSENAL 3 - 0 BOLTON

MANCHESTER CITY 3 - 2 BOLTON


ASTON VILLA 0 - 2 BOLTON (CARLING CUP)


CHELSEA

CHELSEA 2 - 0 BAYERN LEVERKUSEN (UEFA CL)

VALENCIA 1- 1 CHELSEA (UEFA CL)

SUNDERLAND 1 - 2 CHELSEA

MANCHESTER UNITED 3 - 1 CHELSEA

CHELSEA 4 - 1 SWANSEA CITY

CHELSEA 0 - 0 FULHAM ( FA CUP)

Pada saingan Liga musim lepas 2010/11 Chelsea memenangi kedua-dua perlawanan menentang Bolton termasuklah ketika menewaskan Bolton di Reebok Stadium dengan jaringan besar 4 -0 hasil jaringan drogba (11) , Malouda (41) , Anelka (56) dan ramires (74)

10 PERLAWANAN TERAKHIR BOLTON VS CHELSEA


2001/02 - BOLTON 2-2 CHELSEA

2002/03 - CHELSEA 1-1 BOLTON

2003/04 - CHELSEA 2-0 BOLTON

2004/05 - CHELSEA 2-0 BOLTON

2005/06 - CHELSEA 2-0 BOLTON

2006/07 - CHELSEA 1-0 BOLTON

2007/08 - CHELSEA 1-0 BOLTON

2008/09 - CHELSEA 2-0 BOLTON

2009/10 - CHELSEA 4-0 BOLTON

2010/11 - CHELSEA 4-0 BOLTON

Kapten Chelsea John Terry mungkin tidak sabar menunggu perlawanan ini bagi menyekat pasukan tuan rumah melepasi kawasan Chelsea ,beliau yakin mampu menghalang bekas pemain muda Liverpool David N'gog yang akan menjadi harapan pasukan dan seluruh peminat Bolton.N'gog bekemungkinan berganding dengan kapten Bolton Kevin David .

Jose Bosingwa juga perlu berhati-hati dengan pemain sayap berasal dari Bulgaria Martin Petrov ,seorang pemain yang lincah dan berpegalaman akan menjadi dalang setiap serangan pihak lawan .

Selain daripada itu pemain Bolton yang harus di beri sedikit perhatian adalah bekas pemain Burnley Chris Eagles yang mempunyai skil tersendiri dan pandai mencari ruang .

PENJARING GOL BOLTON 2011/12

Klasnic 3

Cahill 1

K Davies 1

Muamba 1

Petrov 1 (pen)

own goal 1

JUMLAH = 8

PENJARING GOL CHELSEA 2011/12
Ramires 2

Torres 2

Anelka 1

Bosingwa 1

Drogba 1

Lampard 1 (pen)

Malouda 1

Mata 1

Sturridge 1

Terry 1

JUMLAH 12.

Pemain Chelsea yang di pinjamkan ke Bolton Gael Kakuta tidak akan dapat diturunkan kerana mengikut syarat yang telah di tetapkan oleh pihak FA Inggeris ,manakala pemain tengah Bolton Ivan Klasnic turut menerima nasib yang sama telah di gantung 3 perlawanan kerana di layangkan kad merah pada perlawanan sebelum ini .manakala pemain pertahanan David Wheater masih mengalami kecederaan dan belum pulih sepenuhnya .

Bekas pemain pinjaman Bolton dari Chelsea akan menjadi harapan untuk "The Blues" dalam perlawanan hujung minggu ini selepas pemain bintang Chelsea Fernando Torres di sisihkan akibat pengantungan kerana kad merah semasa pertemuan dengan Swansea City minggu lepas .Beliau mungkin akan bergandingan dengan Didier Drogba atau Nicolas Anelka di barisan serangan .

Wednesday 28 September 2011

SUPER FRANK KEMBALI BERBISA

Frank Lampard kembali menjumpai sentuhan emasnya setelah bangkit dari minggu-minggu yang begitu menyuramkan dengan aksi jauh berbeza di gambarkan pada aksi pagi tadi . Pemain tengah Chelsea ini kembali mengisi kesebelasan utama skuad kendalian Andre Villa-Boas selepas di ketepikan pada minggu lepas .Beliau membalas budi pengurus Chelsea dengan jaringan pendahuluan pada minit ke 56 dan menutup mulut pengkritik yang selama ini sering tidak mempercayai kemampuan pemain senior itu .Terbukti beliau masih menyerlah masih meyegat walaupun usia bukan menjadi penghalang .

Jaringan beliau di perolehi dari hantaran lintang yang begitu cantik oleh pemain sayap kanan Chelsea Florent malouda sebelum kemas di sudahkan oleh lampard untuk menewaskan penjaga gol Velencia Diego Alves bagi meletakkan Chelsea di hadapan .

Tetapi sayangnya jaringan Lampard tersebut gagal kekal lama selepas Kalou mengasari pemain Valencia Saldado dan menganugerahkan sepakan penalti yang di bagi oleh pengadil bertugas .Akhirnya Chelsea berpuas hati dengan pulang ke Stamford Bridge dengan 1 mata .

VALAENCIA 1 - 1 CHELSEA

Soldado pen 86 Lampard 56

Chelsea (4-3-3): Cech, Bosingwa, D Luiz, Terry (c), Cole; Ramires(Meireles 65), Mikel, Lampard (Kalou 82); Mata, Torres (Anelka72), Malouda.
Simpanan : Turnbull, Ivanovic, Romeu,Drogba.
Penjaring : Lampard 56
Kad Kuning : Kalou 86, Malouda 90 2, Mata 90 +3, Cole 90 3.


Valencia (4-2-3-1): D Alves Miguel, Rami, Víctor Ruiz, Jordi Alba;Albelda, pernah (Jonas 72); Pablo (Feghouli 72), Canales, Mathieu(Piatti 58); Soldado.
Simpanan : Bruno Saltor, Maduro,Parejo.
Penjaring : Soldado pen 86
Kad Kuning : Victor Ruiz 12, Albelda 46.
kehadiran 33.791
Pengadil Nicola Rizzoli dari Itali.

Peratus Penguasaan Bola : Valencia 54 % - 46% Chelsea

Sepakan tepat ke Gol : Valencia 7 - 9

Sepakan tersasar : Valencia 14 - 10

Sepakan Penjuru : Valencia 6 - 5

Crosses : Valencia 28 - 12

kesalahan : Valencia 9 - 9

Kad kuning : Valencia 2 - 4

Kad Merah : Valencia 0 - 0

Offsides : Valencia 3 - 2

Valencia memadamkan impian mimpi indah Chelsea setelah berjaya mengikat kedudukan 1 -1 hasil jaringan penalti lewat permainan oleh pemain penyerang Soldado minit ke 86 untuk kedua-dua pasukan berpuas hati dengan 1 mata untuk perlawanan kedua peringkat kumpulan E untuk Champion League pagi tadi .Chelsea gagal mencapai matlamat 3 mata penuh di arena pelawat di Mestalla selepas mendahului kedudukan hasil jaringan Frank Lampard pada mini ke 56 dan ini merupakan gol yang ke 20 peribadinya dalam kancah Champion League .

Setelah terikat 0 - 0 di babak pertama yang begitu seimbang dengan setiap pasukan melancarkan serang dan penguasaan di mana setiap penjaga gol kedua-dua pasukan berkerja keras mengawal gawang dari di bolosi . Penjaga gol Valencia Diego Alves berjaya menyelamatkan dan mematahkan serangan dari Fernando Torres serta pemain gantian Nicolas Anelka tetapi Diego Alves menjadi wira bagi mengekang asakan Chelsea .

Dalam Barisan utama skuad kendalian Andre Villa-boas,beliau telah merombak percaturan sebelum ini di mana Raul Meireles di ganti dengan Frank Lampard di bahagian midfield ,David Luiz di masukkan mengantikan Ivanovic untuk bergandingan dengan kapten pasukan John Terry di kawasan pertahanan manakala Florent Malouda mengambil alih tempat Nicolas Anelka di bahagian sayap kanan bersama Juan mata di sayap kiri .Bagi pasukan Valencia kaptennya David Albelda kembali di letakkan di midfield selepas terlepas aksi liga ketika Valencia menewaskan sevilla .

Jaringan gol Chelsea di hasilkan oleh pemain tengah Chelsea Frank Lampard pada minit ke 56 hasil lorongan cantik dari Florent Malouda untuk menewaskan penjaga gol Valencia Diego Alves .Ini membuktikan beliau berupaya menjaringkan gol selepas tepaksa di ketepikan dalam skuad England dan Chelsea sebelum ini .Ini merupakan gol yang ke 20 untuk beliau dalam edisi Champion league .

Valencia menyamakan kedudukan pada minit ke 86 selepas Saldado di kasari oleh pemain gantian Chelsea Salomon Kalou dan di layangkan kad kuning serta di hadiahkan sepakan penalti. Saldado akhirnya berjaya menewaskan Petr Cech dengan kedudukan 1 - 1 .

Selang berapa minit peluang keemasan Chelsea muncul di mana Anelka hanya berhadapan dengan Diego Alves 1 lawan 1 tetapi kakinya berjaya menghalang tolakan Anelka ke arah gol .

Dalam masa kecederaan 3 pemain Chelsea di layangkan kad kuning di antaranya adalah Juan mata dan Ashley Cole kerana membantah keputusan pengadil kerana tidak memberi sepakan percuma kepada Chelsea serta Florent malouda kerana mengasari pemain pertahanan Valencia Victor Ruiz .

Monday 26 September 2011

Islam Feruz - Celtic ke Chelsea


Pemain muda kelahiran Somalia Islam Feruz 16 tahun telah bersetuju dengan syarat yang telah di tetapkan oleh Chelsea bagi melengkapkan perpindahan dari Celtic ke Chelsea .Beliau telah di kaitkan dengan Chelsea utntuk perpindahan musim panas tahun depan di kuatkan lagi dengan perancangan masa depan Andre Villa-Boas mencari bakat-bakat mudah baki merevolusi Chelsea .Pengurus Celtic juga melihat bahawa pemain muda tersebut tidak akan kekal lama di Celtic .

Perjanjian sedang dalam proses bersama kelab Glasgow di mana Celtic akan kehilangan bakat muda yang di gilap bertahun-tahun ,tetapi Celtic akan mendapat pampasan yang berbaloi dari Celtic atas mencungkil bakal anak muda tersebut dari usia 12 hinggalah 16 tahun .


Dalam temubual bersama ketua ejennya Rui Alves memberitahu :


"banyak kelab utama eropah berminat memiliki beliau terutamanya kelab dari Sepanyol ,Perancis dan Itali ."

"jika beliau bersama Chelsea dan berlatih bersama Drogba ,Anelka dan Lampard beliau akan lebih bagus dari sekarang . "

"Islam Feruz tidak akan memeterai kontrak profesional bersama Chelsea selagi umurnya masuk 17 tahun ."


Chelsea Tetarik Dengan Lewis Dunk

Chelsea Besaing dengan Arsenal dan Fulham untuk mendapatkan Pertahanan Brigton Lewis Dunk

Lewis Dunk

Chelsea telah bersaing dengan 2 kelab London yang lain Arsenal dan Fulham bagi melobi pemain bakat muda berusia 17 tahun iaitu Lewis Dunk dari kelab Brigton yang di pimpini oleh Gus Poyet .

Lewis Dunk di bentuk dari akademi muda Brigton dan telah di serapkan ke skuad utama bawah 18 tahun sebagai bek tengah Brigton kerana kewibawaan dan keyakinanya dalam pasukan .Pengurus beliau Poyet telah menurunkan beliau sebanyak 8 kali pada musim lepas dalam merangkul gelaran divison pertama dan layak untuk ke liga utama .

Gus Poyet meletakkan beliau sebagai pemain utama berganding bersama kapten pasukan Gordon Greer di bahagian pertahanan selepas pemain utama mengalami kecederaan bagi mengekalkan kedudukan dalam liga .Chelsea telah tertarik dengan permainan Beliau selepas kekalahan dalam Piala Carling terhadap liverpool minggu lepas di Amex .pengurus beliau mahu kekalkan beliau dalam Skuad Brigton tetapi jika mendapat tawaran lumayan mungkin pekara sebaliknya akan berlaku .

NASIB LAMPARD

"Sudah jatuh di timpa Tangga" itulah ungkapan yang melanda midfielder Chelsea Frank Lampard setelah di ketepikan dalam skuad utama England dan hanya pemanas di bangku simpanan kini nasibnya tidak jauh berbeza apabila di ketepikan dalam barisan utama Chelsea yang di laraskan oleh Pengurus muda berbangsa Portugis Andre Villa -Boas ketika Chelsea meratah Swansea CIty 4 -1 di Stamford Bridge walaupun hanya bermain dengan 10 pemain sahaja .


Beliau yang berusia 33 tahun bermula kariernya di West Ham United bekas kelab ayahnya pada tahun 1994 - 2001 dan pernah di pinjamkan ke Swansea City 1995 -1996 .Chelsea membeli beliau pada tahun 2001 dengan yuran perpindahan £ 11 juta ketika zaman Caludio Ranieri .Reputasinya selepas itu meningkat naik dan membantu Chelsea merangkul Piala Liga dan Piala FA pada zaman Jose Morinho dan Carlo Ancelotti dengan mengumpul 141 jaringan bersama Chelsea .Beliau mewakili England semenjak tahun 1999 dan mengumpul 88 cap dengan menghasilkan 22 gol .Sehingga beliau merangkul 3 anugerah tahunan berturut-turut dan menduduki tempat kedua pemain terbaik dunia FIFA dan Ballon d'or pada tahun 2005 serta pemain terbaik England pada tahun yang sama .


Zaman kemerosotanya bermula pada musim ini,mungkin di sebebabkan faktor usia yang sudah di labelkan pemain senior sering menjadi pemain gantian untuk England di bawah kendalian Fabio Capello di separuh masa kedua ketika kelayakan piala eropah .Gerak dan corak pemainannya tidak selincah dahulu pegerakkanya terbatas .Beliau terpaksa bersaing dengan bakal baru yang semakin naik di Chelsea dan England .


Semoga beliau kembali menyerlah dan menjumpai sentuhan emas seperti era kegemilanganya bagi membantu Chelsea merialisasikan impian dan harapan seluruh peminat setia Chelsea .


Keep The Blue Flag Flying hight !

Sunday 25 September 2011

UEFA CL 2011/12 : VALECIA VS CHELSEA









VALENCIA VS CHELSEA

Stadium Eatadi De Mestalla Valemcia

29 /09/2011

Rabu ( Pagi Khamis )

2 : 45 am ( Waktu Malaysia )



Daniel Sturridge dijangka layak dan Ramires kembali selepas penggantungan.

Romelu Lukaku dan Alex adalah tidak layak , Paulo Ferreira danJosh McEachran tidak pergi ke Sepanyol.

skuad: Cech, Ivanovic, Bosingwa, Terry, Luiz, Cole,Bertrand, Mikel, Romeu, Ramires, Lampard, Meireles, Mata,Malouda, Torres, Drogba, Anelka, Sturridge, Kalou, Turnbull.

Valencia akan menjadi tuan rumah buat pertama kalinya untuk musim ini dalam kerjohanan

UEFA Champion League 2011/12 bagi pertemuan dengan kelab gergasi inggeris Chelsea di Mestella Stadium pada pagi Khamis ini .Ini merupakan perlawanan kedua bagi setiap pasukan, sebelum ini Valencia hanya sekadar seri 0 - 0 dengan kelab Belgium dan hanya mampu mengcuri 1 mata pada perlawanan tersebut manakala nasib berbeza yang di alami Chelsea ,The Blues memulakan kempen pertama mereka dengan kemenangan pertama dengan menewaskan kelab dari Jerman Bayern Leverkusen 2 - 0 hasil jaringan permain pertahanan kelahiran Brazil Devid Luiz dan Juan mata bekas permain Valencia .

Kedudukan semasa dalam kumpulan E Chelsea sedang mendahului pasukan lain dengan 3 mata penuh diikuti Valencia ,Genk dengan 1 mata dan bayern Leverkusen .

Dalam perlawanan ini perhatian akan tertumpu kepada bekas pemain Valencia Juan Mata yang berpindah ke kelab Chelsea dengan yuran perpindahan 27 juta dengan 4 tahun kontrak dari Mastella ke Stamford Bridge .Beliau juga akan menjadi pemain pilihan untuk di turunkan oleh pengurus Chelsea Andre Villa-Boas .Beliau juga telah membantu Chelsea menewaskan Bayern Leverkusen ada perlawanan pertama hasil jaringan beliau.

5 perlawanan Terakhir

Chelsea 4 - 1 Swansea City

Chelsea 0 - 0 Fulham

Manchester United 3 - 1 Chelsea

Chelsea 2 - 0 Bayern Leverkusen

Sunderland 1 - 2 Chelsea


Valencia 4 - 3 Racing

Valencia 1 - 0 Atletico Madrid

Sporting Gijon 0 - 1 Valencia

Genk 0 - 0 Velencia

Valencia 2 - 2 Barcelona


Sebelum ini Chelsea dan Valencia pernah bertemu dalam Kejohanan yang sama pada musim 2006/07 dan 2007/08 di mana kedua-dua pasukan ini pernah bertemu sebanyak 4 kali ,keputusan memihak kepada Chelsea iaitu Chelsea memenangi 2 dari 4 perlawanan tersebut dan selebihnya seri .Valencia belum pernah berjaya menewaskan Chelsea sebelum ini .

Pada Pertemuan pertama dalam UEFA Champion league 2006/07 Chelsea di bawah kendalian Jose Morinho ,Chelsea berjaya menewaskan Valencia dalam peringkat suku akhir dengan agregat 3 - 2 , di mana perlawanan pertama Chelsea terikat 1 -1 Valencia di Stamford Bridge hasil jaringan Drogba dan David Villa , Kemudian Chelsea menewaskan Valencia 2 -1 di Stadium Mastella gol Chelsea di hasil oleh Shevchenko dan Esien untuk membantu Chelsea layak ke pusingan seterusnya .

Manakala perlawanan terakhir kedua-dua pasukan bermula apabila mereka di undi dalam kumpulan yang sama ketika itu ,perlawanan pertama di menangi Chelsea 1-2 di gelanggang lawan, gol Valencia di jaringan oleh David Villa dan Gol Chelsea di jaringan oleh J.Cole dan Drogba .Di Stamford Bridge sekadar seri 0 - 0 .

UEFA Champion League 2007/08

( Group Stage )

Chelsea 0 - 0 Valemcia

Valemcia 1 - 2 Chelsea

UEFA Champion League 2006/07

( Quater Final )

Chelsea 1 - 1 Valencia

Valencia 1 - 2 Chelsea

agg : Chelsea 3 - 2 Valencia