Friday 30 September 2011

BOLTON WANDERERS VS CHELSEA

AHAD 2 OKTOBER 2011

8 : 30 MALAM

Chelsea akan bertandang ke Reebok stadium pada hujung minggu ini untuk menentang pasukan terbawah liga Bolton Waderers .Jika di lihat dari perlawanan sebelum ini tiada masalah untuk Chelsea untuk mengutip 3 mata penuh dalam saingan liga menentang pasukan yang di beri gelaran "The Trotters" ,tetapi 90 minit akan menjadi penentu segalanya atau sebaliknya .

Dalam perlawanan liga minggu lepas Chelsea mudah meratah pasukan baru dalam liga Swansea City 4 - 1 walaupun bermain 10 pemain sahaja dan seri 1 -1 dalam kan,sebaliknya berlaku kepada Bolton di mana selepas memulakan kempen liga dengan baik menewaskan QPR 4 -0 ,5 perlawanan selepas itu mereka mengalami kekalahan demi kekalahan yang terbaru kalah kepada kelab berbelanja besar Manchester City 3 -2 di gelanggang lawan .

Andre Villa-Boas harus menurunkan semula Frank Lampard dalam barisan utama Chelsea untuk perlawanan hujung minggu ini seperti mana beliau lakukan semasa aksi menentang Valencia dalam UEFA Champion Laegue tempoh hari dan meletakkan beliau 450 kali bermain bersama Chelsea untuk mengejar rekod Lagenda Chelsea George Smith.Beliau di sisihkan dari skuad semenjak prestasinya menurun 2 minggu lalu dan di ambil alih oleh Raul Meireles .Beliau harus terus mencipta lebih banyak lagi jaringan jika mahu setanding dengan Lagenda Chelsea yang lain seperti Bobby Tambling dan Kerry Dixon di mana buat masa ini beliau mengumpul 116 jaringan 2 jaringan kurang dari George Mills .

Selain Frank Lampard ,Nicolas Anelka akan membuat persembahan ke 350 dalam Barclay Premier League (EPL) tetapi yang membezakan antara kedua-dua pemain ini Anelka bermain untuk 5 pasukan EPL yang lain seperti Arsenal ,Liverpool ,Manchester City ,Bolton dan Chelsea.Beliau telah menjaringkan 144 jaringan dalam liga EPL . .

5 PERLAWANAN TERAKHIR

BOLTON

MACCLESFIELD 1 - 2 BOLTON (CARLING CUP)

BOLTON 1 - 3 LIVERPOOL

BOLTON 0 - 5 MANCHESTER UNITED

BOLTON 1 - 2 NORWICH CITY

ARSENAL 3 - 0 BOLTON

MANCHESTER CITY 3 - 2 BOLTON


ASTON VILLA 0 - 2 BOLTON (CARLING CUP)


CHELSEA

CHELSEA 2 - 0 BAYERN LEVERKUSEN (UEFA CL)

VALENCIA 1- 1 CHELSEA (UEFA CL)

SUNDERLAND 1 - 2 CHELSEA

MANCHESTER UNITED 3 - 1 CHELSEA

CHELSEA 4 - 1 SWANSEA CITY

CHELSEA 0 - 0 FULHAM ( FA CUP)

Pada saingan Liga musim lepas 2010/11 Chelsea memenangi kedua-dua perlawanan menentang Bolton termasuklah ketika menewaskan Bolton di Reebok Stadium dengan jaringan besar 4 -0 hasil jaringan drogba (11) , Malouda (41) , Anelka (56) dan ramires (74)

10 PERLAWANAN TERAKHIR BOLTON VS CHELSEA


2001/02 - BOLTON 2-2 CHELSEA

2002/03 - CHELSEA 1-1 BOLTON

2003/04 - CHELSEA 2-0 BOLTON

2004/05 - CHELSEA 2-0 BOLTON

2005/06 - CHELSEA 2-0 BOLTON

2006/07 - CHELSEA 1-0 BOLTON

2007/08 - CHELSEA 1-0 BOLTON

2008/09 - CHELSEA 2-0 BOLTON

2009/10 - CHELSEA 4-0 BOLTON

2010/11 - CHELSEA 4-0 BOLTON

Kapten Chelsea John Terry mungkin tidak sabar menunggu perlawanan ini bagi menyekat pasukan tuan rumah melepasi kawasan Chelsea ,beliau yakin mampu menghalang bekas pemain muda Liverpool David N'gog yang akan menjadi harapan pasukan dan seluruh peminat Bolton.N'gog bekemungkinan berganding dengan kapten Bolton Kevin David .

Jose Bosingwa juga perlu berhati-hati dengan pemain sayap berasal dari Bulgaria Martin Petrov ,seorang pemain yang lincah dan berpegalaman akan menjadi dalang setiap serangan pihak lawan .

Selain daripada itu pemain Bolton yang harus di beri sedikit perhatian adalah bekas pemain Burnley Chris Eagles yang mempunyai skil tersendiri dan pandai mencari ruang .

PENJARING GOL BOLTON 2011/12

Klasnic 3

Cahill 1

K Davies 1

Muamba 1

Petrov 1 (pen)

own goal 1

JUMLAH = 8

PENJARING GOL CHELSEA 2011/12
Ramires 2

Torres 2

Anelka 1

Bosingwa 1

Drogba 1

Lampard 1 (pen)

Malouda 1

Mata 1

Sturridge 1

Terry 1

JUMLAH 12.

Pemain Chelsea yang di pinjamkan ke Bolton Gael Kakuta tidak akan dapat diturunkan kerana mengikut syarat yang telah di tetapkan oleh pihak FA Inggeris ,manakala pemain tengah Bolton Ivan Klasnic turut menerima nasib yang sama telah di gantung 3 perlawanan kerana di layangkan kad merah pada perlawanan sebelum ini .manakala pemain pertahanan David Wheater masih mengalami kecederaan dan belum pulih sepenuhnya .

Bekas pemain pinjaman Bolton dari Chelsea akan menjadi harapan untuk "The Blues" dalam perlawanan hujung minggu ini selepas pemain bintang Chelsea Fernando Torres di sisihkan akibat pengantungan kerana kad merah semasa pertemuan dengan Swansea City minggu lepas .Beliau mungkin akan bergandingan dengan Didier Drogba atau Nicolas Anelka di barisan serangan .

No comments:

Post a Comment