Monday 26 September 2011

NASIB LAMPARD

"Sudah jatuh di timpa Tangga" itulah ungkapan yang melanda midfielder Chelsea Frank Lampard setelah di ketepikan dalam skuad utama England dan hanya pemanas di bangku simpanan kini nasibnya tidak jauh berbeza apabila di ketepikan dalam barisan utama Chelsea yang di laraskan oleh Pengurus muda berbangsa Portugis Andre Villa -Boas ketika Chelsea meratah Swansea CIty 4 -1 di Stamford Bridge walaupun hanya bermain dengan 10 pemain sahaja .


Beliau yang berusia 33 tahun bermula kariernya di West Ham United bekas kelab ayahnya pada tahun 1994 - 2001 dan pernah di pinjamkan ke Swansea City 1995 -1996 .Chelsea membeli beliau pada tahun 2001 dengan yuran perpindahan £ 11 juta ketika zaman Caludio Ranieri .Reputasinya selepas itu meningkat naik dan membantu Chelsea merangkul Piala Liga dan Piala FA pada zaman Jose Morinho dan Carlo Ancelotti dengan mengumpul 141 jaringan bersama Chelsea .Beliau mewakili England semenjak tahun 1999 dan mengumpul 88 cap dengan menghasilkan 22 gol .Sehingga beliau merangkul 3 anugerah tahunan berturut-turut dan menduduki tempat kedua pemain terbaik dunia FIFA dan Ballon d'or pada tahun 2005 serta pemain terbaik England pada tahun yang sama .


Zaman kemerosotanya bermula pada musim ini,mungkin di sebebabkan faktor usia yang sudah di labelkan pemain senior sering menjadi pemain gantian untuk England di bawah kendalian Fabio Capello di separuh masa kedua ketika kelayakan piala eropah .Gerak dan corak pemainannya tidak selincah dahulu pegerakkanya terbatas .Beliau terpaksa bersaing dengan bakal baru yang semakin naik di Chelsea dan England .


Semoga beliau kembali menyerlah dan menjumpai sentuhan emas seperti era kegemilanganya bagi membantu Chelsea merialisasikan impian dan harapan seluruh peminat setia Chelsea .


Keep The Blue Flag Flying hight !

No comments:

Post a Comment