Monday 3 October 2011

LAMPARD HERO CHELSEA

BOLTON WONDERERS 1 - 5 CHELSEA


Hatrik (3)

Semalam merupakan malam indah buat setiap peminat setia Chelsea ,di mana Chelsea telah mengamuk di Reebok Stadium ,pasukan tuan rumah Bolton Wanderers terpaksa akur dengan kehebatan The Blues yang menjadi mangsa pada malam semalam .Chelsea menang 1 - 5 menewaskan Bolton Wanderers .Pemain tengah Chelsea Frank Lampard sebelum ini menjadi kritikan media masa England akhirnya membuktikan bahawa beliau masa lagi berbisa dengan 3 gol yang di hasilkan membantu Chelsea mengumpul 3 mata penuh bagi terus mencabar pendahulu liga Manchester United .

Chelsea memulakan sepak mula dengan cermelang kerana Chelsea tidak menunggu lama di mana pada minit ke 2 perlawanan Chelsea di hadiahkan sepakan penjuru yang di ambil oleh Juan Mata hasil percubaan Raul Meireles terbias di sebelah kanan,di hadiahkan oleh pengadil bertugas Peter Walton ,sepakannya mudah di tanduk bersih oleh Sturridge menewaskan penjaga gol muda Bolton Bogdan .Sturridge tidak meraikan jaringan tersebut bersama pemain Chelsea yang lain demi menjaga hati peminat Boltan kerana beliau pernah menjadi pemain pinjaman Bolton pada Musim lepas .Chelsea mendahului tuan rumah 1 -0 .

Gol kedua Chelsea terhasil pada minit ke 14 hasil gerakkan cantik 3 pemain muda Chelsea bermuda dari Ramires , Mata dan Sturridge sebelum di umpan ke arah Lampard lalu mudah menggegar jaring Bolton buat kali ke dua .Sekali lagi Sturridge menjadi dalang dalam merobek gawang Bolton untuk sekali lagi menewaskan penjaga gol Bolton Bogdan .

Daniel Sturridge sekali lagi mencuri tumpuan di mana pada mint ke 24 beliau menjaringkan gol kedua peribadinya dan gol ke 3 Chelsea hasil rembatan jauh dari arah kanan gol pada jarak 25 meter .Walaupun dapat di tepis oleh penjaga gol malangnya bola melantun ke dalam gol .Sekali lagi beliau tidak meraikan jaringan tesebut hanya terus belari ke arah kawasan Chelsea .

Selang 2 minit selepas itu , Lampard sekali lagi tidak mengsia-siakan peluang terhidang luas selepas rembatan dari pemain kelahiran Brazil David Luiz di tepis keluar lalu di sambar beliau yang berada betul di hadapan gol untuk meletakkan Chelsea kukuh di hadapan dengan 4 gol tanpa balas untuk separuh masa yang pertama .

Selepas tamat separuh masa kedua ,Bolton membuat perubahan dramatik di mana pemain pertahanan Zat Knight di masukkan mengantikan pemain pertahanan Gretar Steinsson bagi menguatkan barisan pertahanan selepas layu di gasak Chelsea pada separuh masa pertama .Akhirnya percaturan pengurus Bolton Owen Coyle berhasil selepas Bolton di hadiahkan sepakan percuma di kiri gol, sepakan itu di ambil oleh Petrov cantik di tanduk oleh pemain pertahanan pinjaman Bolton dari Manchester City Debryck Boyata menewaskan Petr Cech buat pertama kalinya dalam perlawanan ini .

Ini merupakan kali ke 6 dari 7 perlawanan Chelsea gagal mengekalkan rekod tanpa bolos kali terakhir ketika Chelsea berkongsi mata dengan Stoke City 0 -0 di Stamford Bridge .perlawanan kembali seimbang di mana setiap pasukan melancarkan serangan ke pintu gol lawan .Pada minit ke 59 hasil kombinasi menarik dari 2 bintang terkemuka Chelsea Drogba dan Lampard, Chelsea akhirnya berjaya membuahkan gol 5 untuk perlawanan ini hasil tolakan cantik dari Drogba ke Lampard untuk beliau menjaringkan gol ke 3 untuk dirinya .

Lampard telah menjaringkan 119 gol dalam kerianya dalam liga EPL ini setanding dengan Lagenda pemain Chelsea yang lain .Beliau telah membuktikan bahawa beliau masih berbisa dan membuktikan bahawa Beliau masih di perlukan dalam skuad Chelsea mahukan England .Lampard menutup mulut pengkritik yang selama ini merendah-rendahkan kemampuannya sebagai pemain berstatus bintang .



Chelsea (4-3-3): Cech; Bosingwa (Ivanovic 53), D Luiz, Terry (c), Cole; Ramires (Mikel 56), Meireles, Lampard; Sturridge, Drogba,Mata (Anelka 72).
Simpanan : Turnbull, Romeu, Malouda,Lukaku.
Penjaring Sturridge : 1, 24, Lampard 14, 26, 58.
Kad Kuning : D Luiz 60, Terry 78


Bolton (4-3-3): Bogdan; Steinsson (Knight ht), Cahill, Boyata,Robinson; Reo-Coker, Pratley, Gardner (Eagles 74); K Davies (c),Ngog (Tuncay 74), Petrov.
Simpanan : Lainton, Vela, Muamba, MDavies.
Penjaring : Boyata 46

Kad kuning : Ngog 9
Pengadil : Peter Walton.

Penonton : 24.657.

No comments:

Post a Comment