Monday 20 September 2010

Mencari kemenangan yang ke 6




Persoalannya mampukan team chelsea mengekalkan rekod tanpa kalah dalam game ke 6 ini menentang man city pada 28 september hujung minggu ini ?Juara berganda chelsea mengekalkan rekod kemenagan dengan mudah membelasah setiap lawannya dalam setiap game dlm EPL termasuklah West brom(6-0),Wigan(0-6),Stoke city(2-0),West ham(1-3) dan yang terbaru Blackpool(4-0).Dalam Cl pula chelsea turut mengekalkan kemenangan apabila mudah menjinakkan juara slovakia ,MSK zilina(1-4).
Kini chelsea sudah mengumpulkan 25 gol (21 gol dalam EPL dan 4 gol dalam CL) dan hanya melepaskan 2 gol (1 gol dalam EPL dan 1 gol dalam CL) sahaja..watak penting dalam kejayaan ini adalah pengurus chelsea yang juga dikenali sebagai king carlo,sikapnya yang bersahaja mengusarkan setiap pasukan lain, dimana setiap strateginya mampu memerangkap pihak lawan.Gandingan mantap player muda dan tua menghasilkan kombinasi yang utuh umpama singa yang lapar . kini chelsea berada di persanda liga EPL dengan mengumpul 15 point(point max) dengan malouda menjadi penjaring terbanyak bagi chelsea dengan 6 gol diikuti drogba dengan 5 gol. Ketangkasan goalkeeper chelsea Petr cech mudah menewaskan pecubaan lawan yang hanya melepaskan 2 gol dalam kesemua pelawanan serta barisan pertahanan yang berjiwa kebal mematahkan agenda serangan lawan yang diketuai oleh john terry.



Kita kembali kepada pelawanan tumpuan pada hujung minggu ini .Pada season yang lepas team chelsea telah tewas kedua-dua game menentang man city , dimana :-

27 /02/2009
Stamford Bridge (SB)
2 Chelsea VS Manchester City 4

Chelsea(4-3-2-1):Hilario; Ivanovic, Carvalho (Kalou 69), Terry (c), Malouda; Ballack, Mikel (Belletti 59), Lampard; Anelka, J Cole (Sturridge 59); Drogba
Scorers Lampard 41, 90 (pen)
Booked Terry 47, Ivanovic 57, Ballack 67
Sent off Belletti 74, Ballack 80

Manchester City (4-3-3): Given (c); Richards, Kompany, Lescott, Bridge (Santa Cruz 77); Zabaleta, De Jong, Barry; A Johnson (Wright-Phillips 59), Tevez (Sylvinho 89), Bellamy.
Scorers Tevez 45, 75 (pen) Bellamy 50, 86
Booked Zabaleta 48


05/12/09
City of Manchester Stadium
2 Manchester VS Chesea 1

Manchester City(4-4-2): Given; Richards (Onuoha 68), Touré (c), Lescott, Bridge (Kompany 75); Wright-Phillips, De Jong, Barry, Robinho (Zabaleta 90); Tevez, Adebayor.

Scorers Adebayor 35, Tevez 55
Booked Barry 62

Chelsea (4-diamond-2): Cech; Ivanovic, Carvalho (Belletti 63), Terry (c) (Malouda 87), A Cole; Essien, Ballack (Mikel 63), Lampard, Deco; Drogba, Anelka.
Scorers Adebayor (o.g.) 7
Booked Carvalho 54, Belletti 73, Ivanovic 78, A Cole 84

jaringan sendiri Emmanual adebayor

mengikut season lepas, ternyata keputusan season lepas tidak boleh dibuat sebagai ukuran , sukar bagi kita membuat ramalan awal kerana semua sudah berubah termasuklah corak pemainan ,strategi pengurusan dan player baru bertukar ganti . Skuad kendalian Carlo Ancelotti kini sudah mencapai zaman kegemilangannya di tahap optima.Misi membalas dendam kini bermula,luka masih berdarah , sang singa biru pasti meratah daging si helang.

Bagi skuad bimbingan Roberto Mancini yang bebelanja besar pada season ini dan menjadi pasukan ramalan menjulang trofi EPL pada musim ini belum mampu medabik dada kerana perestasi skuadnya masih belum menjumpai rentak dan kekalahan megejut apabila kalah tipis kepada kelab pertengahan Sunderland 1-0 di arena lawan,Ini menbuatkan kelab yang di beri jolokan The Citizens tecari-cari rentak sebenar bagi menyambut kedatangan skuad The Blue di City of manchester Stadium.Pada game EPL minggu lepas Skuad City berjaya menjinakkan kelab Wigan dengan jaringan 0-2 di DW Stadium, dimana kaptennya Carlos Tevez menjaringan salah satu gol bagi membantu skuad The Citizens mempeolehi 3 mata penuh.

gaya rambut baru kepten The Citizen

Chelsea akan bertandang ke Eastland pada sabtu hujung minggu ini, dimana penyerang sensasi Chelsea didier drogba sudah diintip oleh pertahanan City kolo Toure tapkala beliau adalah kunci perlawanan ini.Dalam wawancara yang dipetik dari Daily star semalam pertahanan Man City Kolo Toure, Beliau berkata
" Saya dan rakan-rakan sedaya upaya menyekat kehebatan penyerang berbisa Chelsea Drogba yang juga rakan senegara saya,beliau merupakan seorang yang dahagakan gol serta sentiasa membantu menghasilkan jaringan bebeza dengan usia beliau sekarang".Tambah beliau lagi "didier lebih gemar melakukan serangan sendiri,tetapi sekarang beliau lebih mementingkan pasukan.kami akan melakukan teknik pertahanan ala itali bagi melalui pelawanan getir ini".
Bagi Man City kem mereka hanya dibolosi sebanyak 2 kali sahaja dalam 8 pelawanan yang ditempuhi ,ini membuatkan nisbah gol yang dibolosi oleh Joe Hart ialah 1 goal dalam 6 jam,tetapi rekod tesebut akan diuji dan dipecahkan oleh Skuad bimbingan Carlo Ancelotti yang diketuai Didier Drigba dimana skuad Chelsea telah mengekalkan 5 perlawanan tanpa kalah dalam 5 pelawanan liga EPL.


skuad The Blue pula akan menghadapi cabaran sebenar setelah mengharungi 5 perlawanan awal apabila bertandang ke Eastlands sebelum menghadapi satu lagi ujian getir menghadapi Arsenal 8 hari selepas itu.Dalam wawancara bersama wira The Blue,Florent Malouda,

"Ramai orang melihat permainan ini sebagai satu ujian sebenar skuad kami, tetapi saya akan berkata kami sudah bersedia. "Ia akan menjadikan satu peluang bagi kita membuktikan kami juara dan kami akan mempertahankan gelaran ini pada harga yang tertinggi ".

"Jadi kami akan bersiap sedia,perlawanan ini akan menjadikan banyak tekanan,tetapi kita terpaksa menggunakan segala pengalaman dan sentiasa bertenang.Kita hanya berpegang pada objektif dan matlamat utama iaitu mendapatkan mata."hujah beliau.









No comments:

Post a Comment