Wednesday, 22 September 2010

Nasib yang sama??

2 West Bromwich Albion VS Mamchester City 1

3 Chelsea VS Newcastle United 4

Berakhirlah sudah keputusan yang begitu tidak disangka-sangka, tumbangnya Dua kuasa baru dalam EPL dari Piala Carling pagi semalam.keputusan ini sudah diramalkan oleh segelintir pencogak bola sepak ini kerana kedua-dua pasukan ini meletakkan sebahagian pemain simpanan dalam membarisi perlawaan tesebut.Hal ini terjadi bagi merehatkan sebahagian pemain utama menjelang pelawanan penting di eastland awal malam minggu ini.
Di Hawthorns Stadium, West Bromwich Albion bangkit dari ketinggalan 0 - 1 sebelum merebahkan manchester City dari Carling cup selepas kejayaan 2 - 1.Gianni Zuiverloon dan Simox Cox menjadi wira Albion masing-masing menyumbangkan 1 gol untuk memastikan kelabnya layak ke pusingan ke 4, manakala jaringan The Citizen dijaringkan oleh Jo pada separuh masa pertama.
Suasana muram menyelubungi di kem Roberto Mancini dengan kekalahan ini akibat terpaksa meletak barisan pemain yang kurang bepegalaman dan masalah kecerderaan yang menghantui pasukan ini konon-kononnya ingain fokuskan pada cabaran liga utama apabila melayani kedatangan Chelsea hujung minggu ini.


Manakala Pendahulu liga,Chelsea rebah di gelangang keramatnya Stamford Bridge apabila berputih mata tewas tipis kepada Newcastle United 3 - 4 pada minit-minit akhir perlawanan. Shola Ameobi menjadi wira The Castle apabila menyumbangkan 2 gol berharga salah satunya pada minit ke 90 untuk mebawa kelabnya layak ke pusingan seterusnya.Jaringan Chelsea pula di hadiahkan oleh pemain muda Van Aanholt pada awal minit ke 6 sebelum disamakan oleh Nile Ranger pada minit ke 27 dan mendahului dengan jaringan Ryan Taylon pda minit ke 32 menjadikan kedudukan 2 - 1 pada babak yang pertama .Bersambung babak ke 2 Amobi menambah derita The Blue dengan menambah 1 lagi jaringan,Chelsea bangkit ketinggalan dengan 2 gol dari Nicolas Anelka.,dan akhir sekali sebelum tamat permainan untuk menuju ke masa tamabahan Amobi sekali lagi menhancurkan beribu-ribu penonton Chelsea di Stamford Bridge dengan jaringan ke 4 dan ke 2 jaringan peribadinya. Kekalahan ini memberi pengajaran berguna untuk skuad The Blue unutuk bangkit semula dalam perlawanan liga menentang Manchester City minggu ini.


No comments:

Post a Comment