Mampukah McEachran Lakarkan Sejarah Chelsea?
Siapakah Josh McEachran? Dialah yang digelar pengganti Frank Lampard pemain termuda Chelsea yang membuat penampilan pertama dalam UCL ketika kelab dari West london menang bergaya ke atas kelab dari Slovakia 1-4 di gelanggang lawan,Beliau menjadi pemain gantian apabila pemain tengah Chelsea Yossi Benayoun terpaksa di usung keluar akibat kecederaan teruk pada minit yang ke 79.Pemain berusia 17 tahun pemain termuda dalam pasukan Chelsea memberi impak yang besar kerana beliau mempamerkan aksi di luar jangkaan semua pihak,di mana aksinya sungguh tenang mengawal perlawanan ketika usianya masih muda.
Pada aksi Carling Cup pula Chelsea bertemu dengan Newcastle United di gelanggang lawan ,McEachran hanya dibangku simpanan . Ketika Perlawanan berpihak kepada Newcastle 3-1,minit ke 56 Salomon Kalou di keluar akibat cedera ,beliau masuk dan membantu rakan pasukannya merapatkan kedudukan 3-3,tetapi malangnya chelsea di tewaskan pada minti-minit akhir perlawanan .Tetapi walaupun kalah Ancelotti menganggap dia berasa sungguh gembira kerana dapat melihat aksi luar bisa pemain muda (McEachran ) yang mampu menyaingi pemain yang lebih berpengalaman dan setanding pemain yang lain.Isu terbaru yang melibatkan beliau kini adalah untuk memilih mwakili antara 2 negara England dan Scotland.Boss utama Skuad Scotland Billy Strak mahukan bintang remaja The Blues , Jose McEachran mewakili Scotland U21.Jose yang lahir di Oxford tetapi keluarganya berasal dari Campbeltown, Argyll.Beliau merupakan pemain masa depan England dan mempunyai 11 cap bermain dengan England U19s dan mungkin di panggil untuk U21.
No comments:
Post a Comment