VILLA PARK
Chelsea (4-3-3): Cech; Ferreira (Bosingwa 76), Ivanovic, Terry (c), Cole; Essien, Mikel, Ramires (McEachran 76), Kakuta (Zhirkov h-t), Anelka, Malouda. Unused subs Turnbull, Bruma, Mellis, Borini. Booked Essien 12, Terry 59.
Villa (4-4-1-1): Friedel; Beye, Collins, Dunne (Clark 12), Warnock; Downing, Reo-Coker, Petrov (c), A Young; Ireland (Sidwell 84); Carew (Delfouneso 75). Unused subs Guzan, Cuellar, Bannan, Lichaj. Booked Warnock 65, Young 79.
Referee Lee Mason
Crowd 40,122.
Shots on Villa 2 Chelsea 4
Corners Villa 7 Chelsea 5
Fouls Villa 12 Chelsea 12
Yellow Cards Villa 4 Chelsea 3
Offsides Villa 0 Chelsea 2
London - Juara bertahan Chelsea kekal 5 mata di hadapan di tangga utama Liga EPL setelah hanya mampu seri dengan Aston Villa di laman Villa Park.Chelsea yang turun tanpa tonggak utamanya Didier Drogba dan Frank lampard gagal mengambil kesempatan ini untuk menjarakkan mata maksimum ke atas pencabar lain terutamanya man City yang masih berbekalkan 1 perlawanan.Buat kali ke duanya Chelsea gagal menghasilkan gol di gelangang lawan setelah gagal di City Stadium kini di Villa Park Chelsea buntu mencari jaringan buat kali kedua.

Permulaan yang agak lembab bagi Chelsea di mana gandingan penyerang utama France Kakuta dan Anelka tumpul dan kurang memberi impak yang besar untuk jentera serangan The Blues.Pada Separuh masa ke 2 kakuta di keluarkan dan di ganti dengan Zhirkov di mana beliau bermain di sayap kiri manakala Malouda di sayap kanan. Peluang utama Chelsea terhasil di babak ke2 hasil sepakan sudut yang di ambil Malouda apabila tandukan Ivanovic hanya mampu menggegar tiang gol di sudut kanan gol,manakala penyudah yang kurang berbisa gandingan penyerang muda France Kakuta dan Anelka mudah di baca lawan.Pada minit ke 88 hantaran lintang Ashley Cole disambar dengan tandukan terbang Anelka tetapi palang menjadi penghalang walaupun Friedel gagal membaca tandukkan itu.15 minit terakhir Chelsea membuat 2 pertukaran di mana Bosingwa dan McEachran di masukkan mengantikan Feriera dan Ramires.
Aston Villa tidak kurang hebatnya di mana pemain pertahananya Ciaran Clark hampir mencemaskan segelintir penonton Chelsea di villa Park di mana tandukkanya sudah berjaya menewaskan Cech tetapi tiang gol menjadi penghalang terakhir .Pada minat akhir kecederaan satu kesilapan mudah pemain muda berbakat Chelsea McEachran yang tersilap langkah dan pemain Villa Nigel Reo-Coker berjaya memperdaya beliau dan cuma hanya berhadapan Cech tapi malangnya sepakan kaki kanannya hanya mampu singgah di bahu kanan gol,terselamat Chelsea dari kesilapan mudah tersebut.
Akhir Perlawanan Aston Villa 0 - 0 Chelsea ,Chelsea terlepas mengumpul mata penuh di tempat lawan tetapi dapat memperbaiki keputusan perlawanan berbanding musim lepas Chelsea tewas di Villa Park ini satu peningkatan.Perlawanan ini cuma banyak dihiasi dengan bilangan layanggan kad kuning 4 untuk Aston Villa dan 3 untuk Chelsea.

No comments:
Post a Comment