pemain pertahanan Chelsea Jeffry Bruma merupakan salah 1permain muda yang paling menarik di sekitar kelab eropah di mana semasa usianya masih 18 tahun di telah meletakkan dirinya di dalam skuad utama Netherland di peringkat tertinggi .Bagai manapun beliau masih mencari rentak untuk melayakkan diri mengisi posisi dalam skuad utama Chelsea. Buat masa ini beliau hanya 6 perlawanan bersama Chelsea musim ini.
Juventus Target Chelsea Defender -Branislav Ivanovic
Juventus telah menumpukan ke atas pertahanan Chelsea Branislav Ivanovic dengan tujuan menandatangani beliau pada pintu perpindahan Januari akan datang . Pengarag Juventus Bianconeri akan menggunakan pengaruh Milos Krasic untuk menukar dengan Ivanovic. Kedua-dua warga Serbia itu adalah sahabat baik dan pernah bermain bersama di Russia. Krasic akan menjadi kunci utama untuk mendapat pemain tersebut.
Bintang Ukraine Bersara Selepas Euro 2012
Bintang Dynamo Kiev dan Ukraine berkata beliau akan besara pada dunia bola sepak selepas tamatnya Euro 2012.Ini kerana Petandingan itu akan berlangsung di secara bersama Ukraine dan Poland beliau berharap dapat menyinar semula sebelum mengantungkan kasut bootnya. Pemain berusia 34 tahun itu pernah mewakili AC Milan dan Chelsea sebelum berpindah ke Dynamo Kiev.
Kalou Sempat Pulih Ke Villa Park
Saloman Kolou penyerang muda Chelsea yang ditahan atas satu kecederaan ketika tewas Newcastle United dalam Carling Cup kelihatan pergi melalui program pemulihan.Menurut sumber yang tidak diketahui Kalau akan diturunkan menentang Aston Villa ini kerana beliau sudah dalam keadaan sihat sepenuhnya.
Chelsea - 3 Kembali Untuk Villa
Chelsea kini menyambut kedatangan kembali 3 pemain utama selepas berehat atas kecederaan yang di alami.Salomon Kalou,Frank Lampard dan Jose Bosingwa akan dapat diturunkan ketika bertandang ke Villa Park minggu hadapan.Bosingwa yang berehat hampir setahun kini cergas sepenuhnya
McEacheran - Scotland Atau England
Pemain bakat baru Chelsea 19, pernah mewakili England bumi tumpah darahnya semasa umurnya 17 tahun.Kini heboh di perkatakan dua pihak bertelagah mendapatkan khidmatnya dalam pasukan masing-masing.Terdahulu dalam minggu lepas menurut laporan pengurus Scotland Billy Stark berminat mendapatkan beliau kerana keluarganya berasal dari sana walaupun beliau dilahirkan di England.Tetapi oleh kerana Beliau pernah bermain dengan England sukar baginya layak bermain dengan Scotland walaupun mendapat kerakyatan Scotland.
Essien -Menangis
Permata hitam Ghana Micheal Essien 27 tahun meluahkan perasan terbuku di hatinya di mana di begitu sedih ketika beliau mengalami kecederaan teruk dan terpaksa memakai tongkat dan berjalan tempang.beliau yang berehat panjang 2 musim dan terlepas beraksi di World Cup begitu terkilan dan hampa apa yang telah terjadi.







No comments:
Post a Comment