Wednesday 24 November 2010

BENARKAH CHELSEA DALAM KRISIS?

Persoalannya adakah benar Chelsea dalam krisis......?

Chelsea kini berada di Puncak liga berkongsi mata bersama Man United 28 mata dan telah berjaya melayakkan diri ke pusingan kalah mati dalam Liga Juara-Juara Eropah ketika menewaskan MSK Zilina pagi kemarin 2-1 di Stamford Brigde....jawapanya tidak!

Bagaimana pula dengan isu ini :-
  • Penolong pegurus Chelsea Ray Wilkins tidak disambung kontraknya besama Chelsea ?
  • Carlo Ancelotti ingin keluar Dari Chelsea?
  • Frank Lampard, John Terry dan Micheal Essien masih cerdera...Alex perlu pembedahan?
Juara bertahan Chelsea telah kalah 3 dari 4 perlawanan terakhir liga dan hanya mampu menjaringkan 1 gol sahaja...ini adalah tanda-tanda kemerosotan akibat masalah dalaman Chelsea?

Siapa harus disalahkan?

Pemilik yang tidak mempunyai belas kasihan Roman Abramovich ,pengerusi Chelsea Bruce Buck dan pegawai Chelsea Ron Gourlay perlu menerima kecaman dari semua pihak terutamnaya peminat-peminat Chelsea akibat pemecatan Wilkins yang menjadi watak penting dalam setiap kejayaan dan mengantikan dengan Micheal Emelano yang sebelum ini adalah staf peninjau Chelsea.Ini membuat Ancelotti terhina akibat pemecatan tesebut kerana kuasanya di Chelsea di sekat dan tidak mampu membuat apa-apa.

Ancelotti juga bersalah kerana kalah mengejut dalam 3 perlawanan berturut-turut dengan Liverpool,Sunderland dan Brimingham dan tiada plan B untuk mengatasi masalah kecederaan pemain.Bagi medical department perlu memberi penerangan mengapa ramai player utama injured? dan mengapa mereka memelukan masa yang lama untuk cergas sepenuhnya?

Apakah yang akan terjadi selepas ini ?

Apa-apapun akan terjadi minggu ini antara Chelsea akan kembali menyengat dan membaham Magpies atau Andy Carroll dan rakan-rakanya akan menghadiahkan malam penuh sedih dan kekalahan ke lima buat Chelsea ahad ini.Jika ia terjadi ini mungkin perlawanan ahad ini perlawanan terakhir buat Carlo Ancelloti kerana Roman Abramovich bosan dengan tindakkan pengurus Chelsea yang mogo akibat pembantunya tidak di sambung kontrak.Punca utama Jose Morinho keluar dari Chelsea juga adalah kuasanya pengurusannya di sekat oleh pemilik dari Russia itu.

Kemungkinan Lampard,Essien dan Terry akan kembali pada perlawanan ahad ini siapa menjangka?siapa tahu...Chelsea mampu tersenyum di St. James' Park

Kenapa tidak membawa kembali Ray Wilkins?

Ini tidak mungkin akan terjadi !beliau merupakan seorang yang tegas dalam bola sepak.pisang tidak akan berbuah dua kali.Tetapi jika Chelsea sudah bertukar milik mungkin sebaliknya akan belaku.Mustahil Abramovich dan khadam-khadamnya menarik semula kata-kata mereka kerana itulah kemahuannya mereka tidak akan berganjak walaupun seinci dari ketetapam mereka.Ini terbukti dengan pelantikan secara rasmi Micheal Emelano sebagai penganti Ray Wilkins walaupun mereka tahu ini akan menambahkan kemarahan Carlo Ancelotti setelah sahabatnya di pecat.
Adakah Carlo akan ikut jejak Morinho ?

Tidak mingkin..!!! Carlo seorang yang tidak mudah menyerah kalah walaupun pelbagai dugaan yang di hadapinya.Semasa beliau berkhidmat lapan tahun di AC Milan beliau sudah berjumpa pemilik yang berpewatakan umpama Roman iaitu Silvio Berlusconi tetapi beliau membuktikan kemampunya dengan mengondol dua trofi UEFA.Tenyata beliau menolak khbar angin jahat yang menyatakan beliau mahu pergi walaupun kontraknya akan tamat pada tahun 2012.
Jika Carlo pergi,Siapa akan menganti ?

Kemungkin pada awal musim Roman Abramovich akan mencari penganti sementara seperti pernah di lakukan pada musim lepas di mana selepas Jose Morinho keluar beliau membawa masuk Avram Grant dan Guus Hiddink.

Jika untuk pengambilan masa panjang,kemungkinan beliau akan memilih bekas pengurus Barcelona iaitu Frank Rijkaard ataupun pengurus Barcelona sekarang iaitu Pep Guardiola yang akan tamat kontraknya pada musim panas hadapan.Roman mahukan corak permainan seperti Barcelona pantas dan laju ini terbukti kemahuannya membeli pengurus dari kelab Nou Camp.

No comments:

Post a Comment