Thursday, 4 November 2010

MATCH REPORT : CHELSEA VS SPARTAK MOSCOW

scorer : anelka (49),Drogba (61 pen),Ivanovic (66,90)
bazhenov (85)

Stamford Brigde

Khamis 4 NOV 3:45 pagi

Chelsea (4-3-3): Cech; Ferreira, Alex, Ivanovic, Cole; Ramires, Mikel (McEachran 68), Zhirkov; Kalou, Drogba (c) (Sturridge 75), Anelka (Kakuta 75).
Unused subs Turnbull, Terry, Bruma, van Aanholt.
Scorers Anelka 48, Drogba 61 pen, Ivanovic 65, 90+1.
Booked Mikel 37.

Spartak (4-2-3-1): Dykan; Ivanov, Pareja, Suchy, Makeev; Ibson, Sheshukov (Drincic 66); McGeady (Bazhenov 79), Alex (c) (Kozlov 68), D Kombarov; Welliton.
Unused subs: Belenov, Khodyrev, Sabitov, Ananidze.
Scorer Bazhenov 85.
Booked Kombarov 42, Ivanov 65.

Referee Cüneyt Çakır from Turkey.
Crowd 40,477.

Shots on Chelsea 9 Spartak 4
Corners Chelsea 8 Spartak 2
Fouls Chelsea 12 Spartak 16
Offsides Chelsea 2 Spartak 2

Chelsea akhirnya menempah slot ke pusingan akhir 16 kalah mati dalam UEFA-CL setelah membenam cabaran Spartak Moscow di arena keramat Chelsea Stamford Bridge.Chelsea membuat satu percaturan yang begitu mengejutkan semua pihak di mana Carlo Ancelotti merehatkan John Terry dan menempatkan Ivanovic bersama Alex di bahagian bawah dan Ferreira di bek kanan dan merehatkan Michael Essien mengantikan Ramires di bahagian tengah.Manakala Maluoda yang tecedera diambil alih oleh Salomon Kalou . Chelsea banyak merehatkan pemain-pemain utama kerana ingin fokus pada perlawanan Ahad ini bertemu The Red di Anfield.

Anelka :sepakan padu maut...

Gol-gol Chelsea dijaringkan oleh Nicolas Anelka, Didier Drogba melalui sepakan penalti dan 2 gol dari Branislav Ivanovic untuk memastikan tiket ke pusingan seterusnya dan meletakkan Chelsea pasukan pertama layak ke pusingan kalah mati berkongsi dengan Bayen Munich yang juga mendapat mata maksimum.

Drogba &Anelka :tepuk amai-amai belalang kupu2...

Perlawanan bermula hambar di mana pada separuh masa pertama kedua-dua pasukan gagal memperolehi jaringan tetapi pada babak ke dua segalanya mengubah segalanya.Anelka memulakan pesta gol Chelsea dengan gol pembukaan pada minit ke 49, ini merupakan gol ke 5 dalam kancah UEFA bertapa bekualitinya beliau kini.Gol beliau hasil cetusan bersama Kalou dan Anelka yang mudah merobek gawang Spartak Moscow melalui sepakan sebelah kanan gol menjadi penyuntik kejayaan Chelsea.

Drogba pula menambah jaringan melalui sepakan penalti pada minit ke 61 selepas beliau di jatuhkan di kotak D,ini merupakan gol pertamanya dalam edisi UEFA dan gol untuk bulan ini selepas pulih dari demam.

Drogba :ehhh ehhh kurang hajor ko pangkah aku (yes penalti)

Dua gol lagi di jaringan oleh pertahanan yang melonjak naik Branislav Ivanovic ,gol beliau pada 5 minit selepas jaringan Drogba minit ke 66 di mana gol tersebut melalui sepakan percuma di kanan gol yang di ambil oleh Drogba pantas di sambar oleh beliau melalui tandukkan tajam menerjah jaring.Manakala gol ke dua beliau menyusul pada minit terakhir perlawanan di mana berpunca dari kucar-kacir di kotak penalti pantas beliau mengambil kesempatan itu membuat satu rembatan dengan kaki kanan menewaskan goalkeeper Spartak Moscow Dykan buat kali ke 4.Ini merupakan jaringan ke 3 beliau untuk musim ini bersama Chelsea.

A.cole :drogba ko ingat ko jer blh main tepuk2 amai2...wakkakka

Gol untuk Spartak Moscow pula di perolehi pada mint ke 85 melalui gol mudah pemain gantian Bazhnov dengan mudah menewaskan Cech hasil kesilapan Ivanovic yang leka lalu di rampas oleh Bazhnov dengan gerakkan cantik bersama Kozlov dan Williton.Ini merupakan gol pertama yang di bolosi di Stamford Brigde sejak awal musim ini.

ramires :best juga tido atas udara..eh ko myebok ni kenapa Ari..

Chelsea tidak melupa memasukkan pemain muda bebakat mereka di mana McEachran di masukkan mengantikan Mikelpada minit ke 68 ,Manakala Sturrigde pula di mengisi ruang Drogba dan Kakuta di masukkan mengantikan Anelka pada minit ke 75.

Carlo : knp x ajak aku sekali main tepuk amai2...

Kini Chelsea selesa di persada kumpulan F dengan mata maksimum 12 mata mengatasi pencabar lain seperti Marseille yang menang besar 0-7 dengan MSK Zilina.

Ivanovic :puas...pas ni blh naik gaji lagi..

No comments:

Post a Comment