Monday 12 September 2011

14/09/2011 RABU 2:45 PAGI

SIARAN LANGSUNG ASTRO STAR SPORT 813

* Belum ada satupun Kelab dari Jerman yang pernah mengukir kemenangan di gelanggang keramat Chelsea , Stamford Bridge.


Dalam saingan Kejuaraan Eropah UEFA Chelsea berada di dalam kumpulan E bersama Valencia , Bayern Leverkusen dan KRC Genk .Bagaikan secara kebetulan dalam saingan kumpulan ini , kesemuanya ada kaitan dengan The Blues di mana , penjaga gol terbaru Chelsea Thibaut Courtois pemain muda Belgium yang di beli dari kelab Genk dan kini di pinjamkan satu musim ke Atlético Madrid . Manakala Pemain sayap kiri terbaru Chelsea Juan Mata berpindah dari Valencia ke Chelsea pada perpindah baru-baru ini yang telah menunjukkan aksi cermelang bersama Chelsea Michael Ballack bekas perancang tengah Chelsea 2006 - 2010 akan tiba pagi ini di Stamford Bridge dalam kancah perlawanan pembukaan Trofi Juara-juara Eropah bersama kelab barunya BayernLeverkusen.


Beliau telah menjulang lima kejuaraan bersama Chelsea semasa khidmatnya di Stamford Bridge , ini termasuklah kejuaraan berganda liga dan piala FA pada akhir musim beliau bersama Chelsea. Ballack kini berusia 34 tahun hanya memanaskan bangku simpanan dalam kempen saingan musim ini walaubagai manapun beliau diturunkan 1 jam semasa perlawanan berlangsung untuk membantu pasukan menewaskan kelab dari Augsburg di gelanggang lawan sebelum rehat untuk kancah antarabangsa . Pada saingan liga Bundesliga ,tiada satu pun pasukan yang mampu kekalkan rekod kemenangan sehingga perlawanan ke lima . Kelab yang di ketuai oleh Robin Dutt berada di kedudukan ke empat liga dengan hanya mengecapi 3 kemenangan 1 seri dan 1 kekalahan .


No comments:

Post a Comment