Friday 23 September 2011

CHELSEA VS SWANSEA CITY




Barclays Premier League


Sabtu

24 September 2011

Stamford Bridge


Dua Bekas ahli Chelsea akan kembali semula ke Stamford Bridge esok dengan panji Swansea bersama mereka untuk menjadi musuh di padang keramat Chelsea esok ,salah seorangnya adalah bekas pembantu era Morinho di Chelsea merangkap rakan sekerja Andre Villa -Boas dan kini beliau merupakan pengurus pasukan Swansea .Beliau merupakn watak penting di belakang tabir kejayaan yang diketuai Morinho semasa menjulang kejuaraan liga 2004/05 - 2005/06 .Meraka adalah Brendan Rodgers dan bekas pemain muda Chelsea Scott Sinclair .



Brendan Rodgers


Siapa tidak kenal dengan dengan Brendan Rodgers di kalangan peminat setia Chelsea ,beliau banyak membantu kerjayaan Chelsea satu masa dahulu .Beliau pernah mengemukakan cadangan kepada Roman Abrahmovic untuk membeli Fernando Torres dari Atletico Madrid sebelum di sambar Liverpool ,tetapi jutawan russia itu lebih berminat untuk mendapatkan Andriy Shevchenko .


Perlawanan ini merupakan perhitungan pertama buat kedua-dua pasukan Chelsea dan Swansea dalam kancah era liga kelas utama ,sebelum ini hanyalah pertemuan di division 2 liga .Chelsea mengekalkan rekod tanpa kalah terhadap Swansea semenjak format baru liga di perbaharui pada tahun 2011 di mana 62 kali pertembungan Chelsea memenangi 53 perlawanan dan 9 kali seri . berikut merupakan stastitik perlawanan antara kedua pasukan :


Perlawanan yang diharungi : Chelsea vs Swansea


Jumlah perlawanan : 19

Chelsea menang : 8

Swansea : 5

Seri : 6



Pertembungan di Stamford Bridge :


Jumlah perlawanan : 9

Chelsea menang : 5

Swansea menang : 1

Seri : 3



Pada perlawanan liga minggu lepas fenomena berbeza di alami setiap pasukan ,Chelsea tewas kepada musuh tradisi manchester united di gelanggang lawan dengan kekalahan pertama musim ini 3-1 manakala Swansea City membuat kejutan di arena lawan menundukkan Wolve 0 - 3.



Petr Cech


Penjaga gol utama Chelsea Petr Cech belum pasti dapat diturunkan pada perlawanan esok selepas mengalami kecerderaan lama di kepala semasa menghadapi tentangan dari Fulham dalam kejohanan piala Carling pagi khamis lalu dan terpaksa di gantikan dengan penjaga gol muda Ross Trunbull .Teka-teki ini menjadi tanda tanya adakah beliau akan cergas sepenuhnya atau Trunbull akan mengalas tugas beliau sebagai penjaga gol utama pada perlawanan esok .


Penyerang muda Chelsea Sturridge mungkin diketepikan kerana kecerderaan di bahagian lutut yang di alami semasa pertembungan dengan Fulham tempuh hari kemungkinan di rehatkan selama 2-3 minggu .Manakala pertahanan dari Brazil Alex di gantung perlawanan kerana mengumpul 2 kad kuning pada perlawanan liga yang lepas , tempat beliau kemungkinan di ambil alih oleh rakan senegara David Luiz ataupun Ivanovic berganding bersama Kapten Chelsea John Terry .



Daniel Sturridge


Didier Drogba menjadi pertaruhan Andre Villa-Boas untuk mengemudi barisan jentera serangan walaubagaimanapun beliau belum pasti dapat bermain esok.Persoalannya adakah beliau benar-benar cergas untuk perlawanan esok ? Jika tidak Fernando Torres seperti biasa akan bersama Nicolas Anelka di bahagian serangan untuk merobek gawang Swansea City pendatang baru di Barclays Premier League . Gandingan Torres dan Anelka hasil acuan Andre Villa-Boas nampak berhasil setelah Torres menghasilkan gol pertamnya untuk musim ini walaupun beliau gagal melakukan penyudah yang tepat pada perlawanan minggu lepas .


Dibahagian tengah gandingan mantap Ramires ,Meireles dan Mata nampak berhasil cuma terdapat kurang kesefahaman dalam pasukan ini mungkin masih baru bersama dan mereka akan buktikan pada malam esok dalam merencanakan bahagian tengah untuk medominasikan peratus penguasaan padang. Kelibat Lampard pada musim ini agak kurang meyerlah dan kurang meyengat berbanding 2-3 musim yang sudah, prestasinya agak menurun ini terbukti apabila Beliau sering memanaskan badan di bangku simpan bersama skud negaranya England .



Leroy Lita


Dalam perlawanan ini, permain yang harus di beri tumpuan dan perhatian oleh pemain pertahanan Chelsea adalah peyerang lincah Leroy Lita di mana beliau telah menjaringkan 2 gol pada perlawanan minggu lepas membantu kelabnya menewaskan Wolve 3 - 0 . Bekas pemain muda Chelsea Scott Sicclair harus di beri perhatian kerana beliau menjadi dalang dalam setiap pegerakan serangan berangkai Swansea, ini merupakan hari dalam sejarah untuk beliau untuk kembali semula ke Stamford Bridge seles 5 tahun pergi meninggalkan Chelsea .



Scott Sinclair


Barisan kemungkinan untuk perlawanan esok :


Chelsea (4-4-2): Petr Cech, Bosingwa, David Luiz, John Terry, Ashely Cole, Ramires, Juan Mata, Raul Meireles, Frank Lampard, Fernando Torres, Didier Drogba.


Swansea (4-5-1): Vorm, Angel Rangel, Ashley Williams, Garry Monk, Neil Taylor, Nathan Dyer, Leon Britton, Joe Allen, Mark Gower, Scott Sinclair, Leroy Lita

No comments:

Post a Comment