Wednesday, 20 October 2010

LATES NEWS BLUES 20/10/10

Man City dan Chelsea Mengintai "New Ronaldo"
Chelsea dan Man City kini sedang rancang membawa pemain muda beusia 15 tahun dari Portugal dari Sporting Lisbon untuk di bawa ke England.Pemain sayap seperti Ronaldo ini tidak akan menandatangi kontrak sehingga beliau berusia 16 tahun.

Parma Mahukan Borini

Kelab Itali Parma kini sedang memburu permain muda Chelsea Borini dalam perpindahan Januari ini.Borini yang masih bebaki kontrak hingga Jun bulan depan masih belum mendapat sebarang bidaan dari kelab itali itu.

Chelsea Gagal Dapatkan Dzeko



Anelka Dan Kalou Menyambut Kedatangan Ronney

Penyerang Chelsea Nicolas Anelka dan Saloman Kalou menyambut kedatangan penyerang Manchester United Wayne Rooney jika beliau mahu berpindah ke Stamford Brigde dalam perpindahan januari akan datang.Mengikut keterangan Sir Alex Ferguson pada selasa yang lepas di mana Rooney telah menyuarakan bahawa beliau akan meninggalkan United.Distinasi yang akan di tujui kemungkinan Real Madrid ataupun Man City.


Essien Masih Hak Ghana
Persatuan Bola Sepak Ghana(GFA) masih mahukan bintang tengah Chelsea Micheal Essien 27 tahun dalam pasukan Ghana.Beliau yang tepaksa melupakan aksi di piala dunia akibat kecerdraan kakinya kini telah kembali mempamirkan taringnya dan membuka mata persatuan bola sepak ghana.
Carlo Tidak Mahu Bincang Tentang Rooney
Carlo Ancelotti akan terus menjangka untuk terus menyambut soalan-soalan berkaitan Wayne Rooney tetapi tidak akan bebincang mengenai pembelian terhadap penyerang United itu.Rooney boleh dijual oleh United seawal Januari akan datang selepas Alex Ferguson telah dedahkan pada Selasa lepas bahawa beliau mahu keluar dari Old Trafford.Pemain berusia 24 tahun itu di jangka akan tamat kontrak pada tahun 2012,jualan yang tinggi terhadap rooney akan mendapat manfaat kepada United.

Anelka Lupakan Sejarah Silam

Penyerang Chelsea Nicolas Anelka sungguh gembira kerana beliau dapat membantu kelabnya memenangi perlawanan semalam di Luzhniki Stadium.Chelsea kini mendahului Group F dengan 9 mata dan hampir pasti layak ke pusingan kalah mati UEFA -UCL.Kenangan pahit itu menjelma pada final 2008 ketika pasukannya kalah dalam penentuan sepakan penalti di tempat yang sama.
Gordon Gembira Di Kilmarnock
Pemain pertahanan beusia 19 tahun Ben Gordon telah menunjukkan aksi cermelang di kelab pinjamannya Kilmarnock dan kemungkinan akan di panggil semula menjelang Januari tahun depan.Bagaimanapun beliau berasa selesa di sini (Kilmarnock) dan mungkin akan meminta agar beliau di panjangkan pinjamannya di sini.

Tuesday, 19 October 2010

Match Reports : Spartak Moscow VS Chelsea

UEFA -UERO CHAMPION LEAGUE GROUP F
0 SPARTAK MOSCOW V CHELSEA 2
Zhirkov (23)
Anelka (42)





Chelsea (4-3-3): Cech; Ferreira, Ivanovic, Terry (c), Cole (van Aanholt 86); Essien, Mikel, Zhirkov; Kalou (McEachran 73), Anelka, Malouda (Kakuta 81).
Unused subs Turnbull, B Clifford, Bruma, Mellis.
Scorers Malouda 23, Anelka 42.
Booked Zhirkov 87.

Spartak (4-2-3-1): Dykan; Parshivlyuk (c), Pareja, Suchy, Makeev; Ibson, Sheshukov; McGeady, Ari (Ananidze 84), Kombarov; Welliton.
Unused subs: Pesyakov, Sabitov, Stranzl, Ivanov, Kozlov, Maidana.
Booked Suchy 56

Referee Carlos Velasco from Spain.
Crowd

Shots on Spartak 10 Chelsea 3
Corners Spartak 11 Chelsea 5
Fouls Spartak 12 Chelsea 15
Offsides Spartak 1 Chelsea 2


Yury Zhirkov's menyumbangkan gol pertama Chelsea dan gol pertama peribadinya untuk skuad Chelsea dan Nicolas Anelka memastikan The Blues memenangi perlawanan dengan jaringan minit ke 42 untuk memastikan Chelsea berpeluang untuk layak ke pusingan kalah mati dalam Champion League untuk musim ini.

Chelsea bermula baik dengan serangan awal bertali arus ke kubu tuan rumah Spartak Moscow dan mudah menguasai perlawanan, hasilnya Chelsea mendahului separuh masa pertama dengan kelebihan 0-2.Pelawat mengunakan kelebihan ini untuk meneraju kumpulan F dengan mata maksimum 9 point dengan 3 perlawanan meninggalkan pasukan lain.

Pada mulanya sebelum perlawanan berlangsung Carlo Ancelotti menegaskan bahawa Ashley Cole dan Michael Essien tidak mungkin diturunkan ini kerana mereka berdua tidak menjalani latihan sebelumnya akibat keletihan semasa perlawanan liga minggu lepas.

Carlo membawa masuk kembali penyerang Salomon Kalou selepas berehat panjang kerana mengalami kecederaan untuk percaturan 3 serangkai di bahagian hadapan manakala Gael Kakuta di masukkan mengantikan Kalou pada babak ke dua. Zhirkov pula bermain sebagai midfield mengantikan Ramires yang cedera.

Anelka :korang ni nak bola ke nak buat tarian russia....

Zhirkov tidak mempersia-siakan amanah yang diamanatkan oleh pengurus bebangsa Itali itu, di mana beliau membuat membuat satu jaringan yang sungguh cantik di luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Spartak Dykan.Diikuti dengan jaringan Anelka di penghujung babak pertama untuk Chelsea mengatasi 0-2 pada 45 minit yang pertama.

Spartak juga tidak kurang hebatnya di mana Petr Cech tepaksa bekerja keras setiap masa hasil gerakkan berbahaya pemain Spartak manakala Michael Essien hampir lagi menambah jaringan Chelsea tetapi gagal di sudahkan dengan jaringan.

Kembali selepas berehat di babak pertama Chelsea bermula dengan gerakkan cantik di mana Kalou membuat satu lambungan pada minit ke 4 dengan kombinasi Zhirkov dan Malouda untuk Anelka menyudahkannya tetapi di nafikan oleh pemain-pemain Spartak.

Suntikan pertama serangan Spartak bermula dari Bek kanan mereka Parshivlyuk di mana beliau berjaya melepasti pemain-pemain Chelsea,tetapi hantaranya kepada Kombarov di kesan oleh Cole.

Tuan Rumah menyerang mengikut nada yang garang mengakibatkan Cech bekeja keras,beliau menyelamatkan satu cubaan menggunakan kaki di sudut kanan gol hasil hantaran Kombarov kepada Willeton yang mudah memperdaya Ivanovic.

Chelsea membalas serang Spartak di mana Malouda berjaya melepasi pertahanan lawan tetapi cubaannya tersasar sebelum Cole berjaya mendapatkan sepakan penjuru.

Malouda mengambil sepakkan penjuru pada minit 63 tepat ke Essien tetapi tandukkanya jauh tersasar.5 minit selepas itu Zhirkov membuat satu cubaan dari 25 meter dari gol Spartak tetapi tekana Mikel dan dapat dikawal oleh pertahanan Spartak.

Ari :Terry jagan tutup mata aku tak nampak bolalah....

Stadium Luzhniki semakin senyap walaupun sebilanganya adalah penyokong tuan rumah,bekas pemain CSKA Moscow Zhirkov telalu sibuk sebelum meraikan kejayaan pasukanya.

Pembukaan Separuh masa kedua di mulakan dengan cubaan dari penjaring terbanyak Spartak Welliton tetapi melambung tinggi dan kemudian di balas oleh anelka tetapi di nafikan.Cech lebih sibuk seperti biasa di mana beliau sentiasa di uji dengan cubaan demi cubaan tetapi mudah di patahkan.

Pertahanan Chelsea mengalami sedikit kelonggaran di mana para pemain spartak mudah meyelit masuk ke kawasan Chelsea tetapi Cech bertidak pantas mengawal gawang dengan tenang terutamnya cubaan dari McGeady untuk selamatkan Chelsea

peluang Chelsea untuk menyelamatkan perlawanan ini dengan kemenangan bermula 20 minit sebelum tamat perlawanan di mana Kalou,Essien dan malouda memperlahankan corak perlawanan dan membuat hantaran-hantaran antara mereka.

Kini sudah masanya bagi Chelsea memberi peluang bagi pemain muda beaksi di mana Kalou di keluarkan mengantikan McEachran dan Malouda di gantikan dengan kakuta pada 10 minit terakhir.

Sebelum tirai perlawanan di tamatkan seorang lagi pemain muda Chelsea dimasukkan iaitu Van Aanholt 20 tahun pemain berasal dari Belanda mengantikan Ashly Cole.

Terry :tgk ketiak kami licin x bebulu...hahahahh

Penyokong tuan rumah hanya mampu mengejik Zhirkov setelah beliau di layangkan kad kuning oleh pengadil dari Spin Carlos Velasco sebelum penyokong merah putih keluar awal dari stadium setelah Chelsea masih sukar di bolosi.

Monday, 18 October 2010

Spartak Moscow vs Chelsea - Match Preview


(UEFA Champions League)
Spartak Moscow vs Chelsea
Date: 19th Oct 2010, Kick-Off: 12:30
Venue: Luzhniki Stadion


Team News


Skuad Chelsea akan bertandang ke Spartak Moscow tanpa kelibat pemain muda berbakat Ramires yang mengalami kecederaan pegelangang buku lali semasa menentang Aston Villa minggu lepas.Belaiu yang bersama-sama pemain lain berangkat ke Moscow semalam terpaksa berpatah balik ke London untuk sesi pemulihan.Ramires tersenarai bersama-sama pemain lain yang tecedera selain Didier Drogba,Frank Lampard,Alex dan Jose Bosingwa.Manakala Salomon Kalou sudah kembali membuat latihan bersama pemain-pemain lain di Luzhniki Stadium untuk sesuaikan diri dengan cuaca sejuk di sana.
Spartak Moscow pula akan berdepan masalah sukar kerana pemain midfield utamanya Alex terpaksa di rehatkan2 minggu semasa melayani Chelsea.

kalou : i will back

Carlo Ancelotti :Kami kini tidak mempunyai pemain yang penting,tetapi kami mampu tunjukkan aksi yang menarik dan fizikal perlawanan yang jitu. Saya rasa kami ada satu masalah dengan satu reaksi dari permainan menentang Aston Villa. Kami akan turun dalam satu barisan yang terbaik esok.kami kembali beraksi selepas 3 hari berehat dan kami tidak ada masalah untuk sesuaikan diri.Saya masih belum lagi memberi barisan utama yang akan turun esok ini kerana saya mahukan semua pemain sesuai dengan keadaan di sini dan selepas tamat latihan barulah saya akan keluarkan senarai tersebut.
di Stadium inilah kenangan pahit team Chelsea di pentas final UEFA UCL sayang....

Ancolotti -kekalahan UCL 2008 :Pada Final UCL 2008 Chelsea telah kalah ke atas musuh tradisinya United dalam penentuan sepakan penalti yang berkesudahan 6 - 5.di mana lokasi kejadian itu adalah di Luzhniki Stadium yang menjadi tempat sejarah hitam bagi Chelsea.tetapi saya yakin John terry mampu melupakan sejarah lama itu dan bangkit semula pada perlawanan ini,ini kerana dalam bola sepak tiada siapa mahukan kekalahan termasuklah saya ketika gagal di final 2005 tetapi saya terus pandang ke hadapan dan hasilnya pada tahun seterusnya saya merangkul trofi UCL.

Carlo :yahooo...alamak jatuh bekecai ni...

Ancolotti -Pengurus Spartak Moscow Valeri Karpin :Saya amat mengenali Valeri Karpin di mana beliau merupakan pemain hebat dan banyak bermain dalam perlawanan.Semasa saya menjadi pengurus Juventus dan bertemu dengan Celta Vigo di mana Beliau yang mengendalikan skuad itu beliau mengurus dengan lebih baik dan kini.Di Spartak Moscow beliau mengadunkan pemain Brazil dan Russia di mana pemain-pemain russia lebih kepada fizikal dan pemain-pemain Brazil lebih kepada teknikal ini merupakan satu gabungan yang menarik.Mereka menguasai takhta kumpulan dan akan membuat petarungan dengan kami.
karpin :carlo tguu hantu Spartak di moscow...
Pre Match Analysis:
Stadium Luzhniki merupakan tempat kenangan pahit bagi Chelsea di mana pada Mei 2008 Chelsea gagal melakarkan sejarah menjuarai trofi UCL buat pertama kalinya dalam sejarah apabila tewas dalam penentuan sepakan penalti yang di menangi Manchester United 6 -5.
Chelsea kini berada di atas kumpulan F setelah mengumpul mata penuh dalam 2 perlawanan di mana pada aksi pertama Chelsea telah menewaskan MSK Zilina 1-4 di gelanggang lawan hasil jaringan Essien,Sturridge dan 2 gol daro Anelka.


ceser :aku nak score lagi marseille dah kena.........

Spartak Moscow juga mengumpul mata yang sama cuma berada di tangga ke dua mengikut peraturan beza gol.kemenangan ke atas marseille di gelanggang lawan merupakan satu kejutan hasil jaringan pemain pertahanan César Azpilicueta dalam 11 pertemuan sebelumnya.
2 minggu selepas itu mereka berjaya membenam cabaran MSK Zilina dengan jaringan 3 -0 di gelanggang mereka di mana 2 di antara 3 gol itu di jaring oleh Ari dan Ibson ini merupakan kemenangan pertama bagi mereka di stadium itu untuk musim ini selepas menewaskan Arsenal 4-1 pada 22 November 2000.
Spartak Moscow juga masih mengekalkan rekod bersih di mana masih lagi belum di bolosi mana -mana pasukan terutamnya dalam UCL di gelanggang sendiri,ini membuatkan Chelsea perlu berkeja keras untuk mendapatkan kemenangan berhadapan Spartak Moscow.

Ibson :hahaha ramainye player Chelsea injured

Previous Meetings:
Chelsea dan Spratak Moscow sebelum ini belum pernah berjumpa dalam mana-mana pertandingan.Chelsea hanya pernah berjumpa kelab CSKA Moscow dalam 2004/05 UEFA dalam peringkat kumpulan di mana Chelsea menguasai kumpulan dengan 2 kali menewaskan kelab dari Russia itu 2-0 di Stamford Bridge dan 0-1 di tempat lawan.
Manakala Spartak Moscow pula hanya kalah 3 kali dan sekali seri kepada Kelab-kelab English dalam 4 perlawanan terakhir mereka.Jumlah keseluruhan adalah 15 perlawanan di mana mereka memenangi 9 perlawanan dan 4 kekalahan tetapi di stadium mereka,Spartak hanya memenangi 5 perlawanan seri sekali dan kalah sekali kepada Liverpool 2002/03 UCL

Player Watch :
Aiden McGeady :bekas pemain sayap Celtic akan kembali dalam perlawanan pagi ini selepas mengalami kecederaan ankle.


Kirill Kombarov : Beliau juga kembali tersenarai dalam kesebelasan utama selepas baik dari kecederaan dalam perlawanan liga domistik Russia menentang FC Alania Vladikavkaz.

Yuri Zhirkov kembali ke kampung halamanya Russia dan Moscow di mana beliau telah berada 5 tahun di kelab CSKA Moscow sebelum berpindah dan menandatangani bersama Chelsea.

Zhirkov: ko ingat senang nak kalahkan Chelsea

Ivanovic 2 tahun berada di FC Lokomotiv Moskva bermula pada tahun 2006 hinggalah pada tahun 2008 sebelum berpindah ke Stamford Brigde.

Lampard :oi mana reketnye....main bolalah der....
Anelka dan Malouda menjadi harapan bagi Chelsea dalam menjana gol bagi mengecapi kemenangan di bumi Russia.

Malouda :perhatian kami bukan gay...

Alex :Welliton ko kna score tau kalau x xnak peluk
Alex pemain perancang utama Spartak dan Welliton penjaring terbanyak Spartak mungkin tidak akan di turunkan akibat kecederaan ,tetapi Welliton adalah harapan Spartak.

Line Up

Yury Zhirkov akan bermain sebagai Midfield selepas Ramires. tidak dapat di turunkan akibat kecederaan semasa menentang Aston Villa,Manakala Michael Essien dan Ashley Cole di rehatkan untuk perlawanan liga.
Salomon Kalou kembali sebagai barisan pemain utama selepas berehat 2 minggu,manakala Gael Kakuta di bangku simpanan tetapi beliau mesti buktikan kepada carlo kemampuannya sebenar.Pemain muda berusia 20 tahuan Patrick van Aanholt hanya di bangku simpanan.
Manakala untuk Spartak Moscow perancang utamanya Alex sudah pasti tidak akan di turunkan.Pemain harapan baru Ari akan di gandingkan dengan penjaring terbanyak Spartak Welliton dan Ibson akan berada di posisi midfield.

Chelsea : 4-3 -3
1 Cech19 Ferreira 2 Ivanovic26 Terry (c)3 A Cole5 Essien12 Mikel 18 Zhirkov21Kalou 39 Anelka15 Malouda


Subs: 22 Ross Turnbull, 47 Billy Clifford, 43 Jeffrey Bruma, 38 Patrick van Aanholt, 46 Josh McEachran, 52 Jacob Mellis, 44 Gael Kakuta.

Spartak Moscow : 4-2-3-1
Dykan; Parshivlyuk, Pareja, Suchy, Makeev; Ibson, Sheshukov; McGeady, Ari, Kombarov; Welliton.

Subs: Pesyakov, Sabitov, Stranzl, Ivanov, Ananidze, Kozlov, Maidana.

The referee is Carlos Velasco from Spain.

LATES CHELSEA BLUES 19 OKT 2010

Pareja Besedia Musnahkan Impian Chelsea
Pemain pertahanan Spartak Moscow berkata beliau sudah besedia menghadapi pasukan dari London itu tetapi beliau pecaya bukan mudah.Cuma harapannya ingin mengisi slot 16 pasukan terakhir ke pusingan ke 2.Chelsea dan Spartak berkongsi mata sama cuma di pisahkan dengan jaringan gol.
Pareja :haaa haaa sedia ni aku nak lari ni...

Carlo Risaukan Cole
The Blues akan membuat lawatan ke Russia untuk misi UEFA UCL pagi ini dalam kumpulan F di Luzhniki Stadium.Apa yang membimbangkan bagi pengurus Chelsea Carlo Ancelotti keadaan Ashly Cole di mana Beliau mengalami masalah ankle dan sudah 2 hari tidak menjalankan latihan.


Cole :kaki aku sakit mcmane nak main niii........
Zhirkov Akan Buktikan
Pemain pertahanan Chelsea yang berasal dari Russia Yuri Zhirkov 27 tahun akan buktikan kemampuanya berada di Chelsea dan membuktikan dirinya begitu bernilai selepas mengalami kecederaan musim lepas.Sebelum ini beliau di kaitkan dengan perpindahan ke Spartak Moscow tetapi telah di nafikan oleh pengurusnya Carlo Anceloti.

Zhirkov :Chelsea di hati ku....

Rooney Ingin Ke Chelsea,Man City,Real@Barca
Pemain Kebangsaan England Wayne Rooney kini sedang mengalami masalah di United akibat salah faham dengan Sir Alex.Khbar angin mengatakan bahawa beliau akan membawa diri ke kelab lain pada perpindahan Januari ini walaupun kontraknya masih berbaki hingga 2012.Walaubagaimanapun pihak pengurusan United tidak akan membuat sebarang jualan kepada pemain berbakat United tersebut.

Rooney : aku benciii Sir Alex...
Senarai Pemain Chelsea Injured
Alex
Didier Drogba
Yossi Benayoun
Frank Lampard
Jeffry Bruma
Salomon Kalou
Ashly Cole
Micheal Essien

Ramires Terlepas Ke Spartak Moscow
Pemain muda terbaru Chelsea dari Brazil Ramires kini tersenarai sebagai pemain yang mengalami kecederaan dan terpaksa melupakan perlawanan penting menentang Spartak Moscow di Luzhniki Stadium.Beliau yang tercederaan dalam petembungan menentang Aston Villa tempoh hari yang berkesudahan 0-0 di Villa Park.

Ramires :baru nak shopping kat moscow
Carlo Percaya Kemampuan Terry
Carlo Ancelotti berkata Beliau tidak berfikir bahawa Terry akan terganggu emosi apabila pasukan kami bertandang ke Luzhniki Stadium di Moscow menentang Spartak Moscow.Beliau menyatakan keyakinan di mana Kapten Chelsea itu penuh dengan pengalaman dan mampu mengubah keadaan semasa pemain dan pasukan.

Terry :Terima kasih Carlo pecayakan saya
FA Israel Salahkan Chelsea
Persatuan Bola sepak Israel menyalahkan skuad The Blues akibat kecederaan teruk pemain kebangsaannya Yossi Benayoun yang terpaksa berehat panjang 6 bulan dan terlepas perlawanan kelayakan euro 2012.Tetapi sebaliknya Benayoun tidak menyalahkan Chelsea ini kerana kecederaan yang di alamnya adalah akibat bola sepak.

Banayoun : f**k Zionis

Sunday, 17 October 2010

LATES CHELSEA BLUES 18 OKT 2010

Adakah Torres Akan Ke Chelsea
Kembali ke musim panas pintu perpindahan Januari,kami kembali dengan keinginan memiliki Torres.
Torres :Aku mahu ke Chelsea...
Bakat Muda Chelsea isi Kekosongan
The Blues akan datang ke Spartak Moscow dengan bakat muda sebagai nadi mencari kemenangan ke 3 dalam UCL dalam petembungan 2 pasukan teratas kumpulan pada pagi Khamis di mana Micheal Essien akan di rehatkan dan 6 pemain utama mungkin di sisihkan kerana masih dalam rawatan kecederaan.Antara bakat muda yang mungkin di turunkan adalah Kakuta ,McEachran ,Bruma dan Borini.
Mampukan McEachran meyinar di Chelsea


Chelsea mencari penawar Di Moscow
Pertarungan Top Of The Table kumpulan F antara Chelsea dan Spartak Moscow yang akan berlangsung di stadium Luzhniki pagi Khamis merupakan 1 tapak terbaik bagi Chelsea untuk mengubati kedukaan di liga EPl.

Anelka :jagalah Spartak kami datang bawa musibah

Playmaker Spartak Alex Tidak Diturunkan Menentang Chelsea
Pemain utama Spartak Moscow Alex Rapheal Meschini 28 tahun tidak dapat beraksi menentang Chelsea Dalam UCL khmais ini kerana mengalami kecederaan selepas membantu pasukannya menang 3-0 ke atas Alania Vladikavkaz dalam kancah liga domestik Russia kata pengurus pasukan Valery Karpin.Beliau akan bersama 2 lagi pemain utama sebagai senarai pemain yang cedera iaitu Welliton dan Ireland winger Ireland Aiden McGeady yang belum pasti dapat beraksi menentang Chelsea pagi Khamis nanti.
























Alex ,Welliton dan Aiden McGeady terlepas peluang bertemu Chelsea







JT - kami Bukan Badi Di tempat lawan
Kapten Chelsea John Terry berkata kami bukan jaguh kampung yang hanya mampu menang di tempat sendiri (Stamford Brigde).Chelsea kali ke 2 gagal menjaringkan gol di tempat lawan setelah terikat dengan Aston Villa di Villa Park.Beliau juga berkata,beliau akan fit 100% sepenuhnya apabila berangkat ke Spartak Moscow untuk UCL minggu ini.

JT: kami bukan goyang di tempat lawan...

Cole Mahu Pergi ?
Pemain pertahanan Chelsea Ashley Cole sedang mempertimbangkan satu langkah jauh di mana khabarnya beliau ingin keluar dari skuad The blues apabila pintu perpindahan Januari di buka musim panas akan datang.Beliau telah lama di kaitkan dengan pengurus lamanya Jose Morinho di Real Madrid tetapi Pengurus Chelsea Carlo Ancelotti mungkin akan mendesak beliau agar setia di Stamford Brigde.

Cole : "jangan di ucap selamat tinggal, jangan di ucap selamat tinggal"


LATES NEWS BLUES 17/10/10

Juara Masih Begelut Untuk Kembali
Ketika pasukan manchester united gagal mengumpul mata penuh,Arsenal,Tottenham dan Man City kembali menjumpai rentak ,Chelsea kali ini turut melepaskan peluang untuk bergerak pantas meninggalkan yang lain kerana terpaksa akur dengan tentangan sengit dari Aston Villa hanya mampu mendapat 1 mata di gelanggang lawan.

Anelka :oii agak2lah korang ni bagilah aku tanduk...

Villa Sekat Kemaraan Chelsea
Juara bertahan Chelsea gagal mengambil kesempatan untuk menjarakkan mata kepada 7 point kepada pesaing-persaing lain setelah gagal mencatat kemenangan ke 7 mereka di Villa Park ketika Villa berjaya menyekat Chelsea dengan keputusan Seri 0-0.

G.Houllier :ingat Senang nak menang...

Carlo Berminat Jadi Pengurus England
Pengurus Chelsea Carlo Ancelotti telah mendedahkan bahawa beliau akan menikmati peluang menjadi pengurus England pada masa yang akan datang.Rakan senegaranya Fabio Capello yang kini mengurus England akan tamat kontraknya pada 2010 setelah niatnya akan melepaskan jawatan itu dan ingin besara.FA England bercadang ingin mencari pengganti berbangsa English seperti Harry Redknapp tetapi beliau telah menolak tawaran tersebut.
Carlo :kenapa tidak? kenapa tak pecaya?

Pemain midfield Chelsea Micheal Essien telah bersuara bahawa beliau tidak mungkin menjadi jurulatih selepas beliau menamatkan kerjaya dalam dunia bola sepak.Ini kerana Pemain midfield Ghana ini fokus kepada mengejar trofi dan medal dalam kerjaya Bola Sepak seperti World Cup dan trofi UCL sebelum berfikiran jauh dalam masa depannya.

Carlo :Ivanovic Sedih Serbia Drama
Pemain pertahanan Chelsea dan Serbia sedih dan takut berkaitan mengenai perlawanan kelayakan Euro 2012 apabila Serbia menentang Itali Selasa lepas terpaksa di tangguhkan akibat rusuhan para penyokong di Genoa sebelum 9 minit perlawanan bermula.Beliau merupakan sebahagian dari skuad Serbia yang terpaksa mengelak dari para penyokong Itali yang menyerang bas mereka sebelum perlawanan bermula.

Aksi di Genoa

Micheal Gyasi 11 Tahun milik Chelsea
Pihak Chelsea telah berjaya mengesan dan menandatangani seorang bakat baru dari Jerman berusia 11 tahun dari kelab Northampton Town dengan yuran perpindahan £10,000.

Gyasi :Selamat datang...

GAMES DETAILS : ASTON VILLA VS CHELSEA



VILLA PARK

Chelsea (4-3-3): Cech; Ferreira (Bosingwa 76), Ivanovic, Terry (c), Cole; Essien, Mikel, Ramires (McEachran 76), Kakuta (Zhirkov h-t), Anelka, Malouda. Unused subs Turnbull, Bruma, Mellis, Borini. Booked Essien 12, Terry 59.

Villa (4-4-1-1): Friedel; Beye, Collins, Dunne (Clark 12), Warnock; Downing, Reo-Coker, Petrov (c), A Young; Ireland (Sidwell 84); Carew (Delfouneso 75). Unused subs Guzan, Cuellar, Bannan, Lichaj. Booked Warnock 65, Young 79.

Referee Lee Mason
Crowd 40,122.

Shots on Villa 2 Chelsea 4
Corners Villa 7 Chelsea 5
Fouls Villa 12 Chelsea 12
Yellow Cards Villa 4 Chelsea 3

Offsides Villa 0 Chelsea 2


London - Juara bertahan Chelsea kekal 5 mata di hadapan di tangga utama Liga EPL setelah hanya mampu seri dengan Aston Villa di laman Villa Park.Chelsea yang turun tanpa tonggak utamanya Didier Drogba dan Frank lampard gagal mengambil kesempatan ini untuk menjarakkan mata maksimum ke atas pencabar lain terutamanya man City yang masih berbekalkan 1 perlawanan.Buat kali ke duanya Chelsea gagal menghasilkan gol di gelangang lawan setelah gagal di City Stadium kini di Villa Park Chelsea buntu mencari jaringan buat kali kedua.

Ireland :mana bola pergi ?
Villa memulakan perlawanan dengan konsisten di mana mereka memulakan dengan serangan bertali arus,Villa hampir memecahkan kebuntuan hasil serangan berbahaya penyerangnya John Crew dan Ireland tetapi percubaanya tersasar dan mudah di selamatkan penjaga gol Chelsea Cech.
Permulaan yang agak lembab bagi Chelsea di mana gandingan penyerang utama France Kakuta dan Anelka tumpul dan kurang memberi impak yang besar untuk jentera serangan The Blues.Pada Separuh masa ke 2 kakuta di keluarkan dan di ganti dengan Zhirkov di mana beliau bermain di sayap kiri manakala Malouda di sayap kanan. Peluang utama Chelsea terhasil di babak ke2 hasil sepakan sudut yang di ambil Malouda apabila tandukan Ivanovic hanya mampu menggegar tiang gol di sudut kanan gol,manakala penyudah yang kurang berbisa gandingan penyerang muda France Kakuta dan Anelka mudah di baca lawan.Pada minit ke 88 hantaran lintang Ashley Cole disambar dengan tandukan terbang Anelka tetapi palang menjadi penghalang walaupun Friedel gagal membaca tandukkan itu.15 minit terakhir Chelsea membuat 2 pertukaran di mana Bosingwa dan McEachran di masukkan mengantikan Feriera dan Ramires.
Aston Villa tidak kurang hebatnya di mana pemain pertahananya Ciaran Clark hampir mencemaskan segelintir penonton Chelsea di villa Park di mana tandukkanya sudah berjaya menewaskan Cech tetapi tiang gol menjadi penghalang terakhir .Pada minat akhir kecederaan satu kesilapan mudah pemain muda berbakat Chelsea McEachran yang tersilap langkah dan pemain Villa Nigel Reo-Coker berjaya memperdaya beliau dan cuma hanya berhadapan Cech tapi malangnya sepakan kaki kanannya hanya mampu singgah di bahu kanan gol,terselamat Chelsea dari kesilapan mudah tersebut.

Anelka :ehhh ehh terlajak pulak....
Akhir Perlawanan Aston Villa 0 - 0 Chelsea ,Chelsea terlepas mengumpul mata penuh di tempat lawan tetapi dapat memperbaiki keputusan perlawanan berbanding musim lepas Chelsea tewas di Villa Park ini satu peningkatan.Perlawanan ini cuma banyak dihiasi dengan bilangan layanggan kad kuning 4 untuk Aston Villa dan 3 untuk Chelsea.

Beye : mana aci...ko pakai enjin boat..aku pakai layar..