Wednesday, 26 January 2011

VAN AANHOLT KE LEICESTER

Pemain pertahanan muda Chelsea Patrick Van Aanholt telah di sahkan secara rasmi di pinjamkan ke Leicester City sehingga musim liga tamat.Pemain berusia 20 tahun ini hanya bermain 8 perlawanan sahaja bersama Chelsea dan 6 kali pada musim ini salah satunya ketika beliau menjaringkan gol ketika menentang Newcastle United dalam Caling Cup bulan September lalu.

kali ke 3 diloankan

Pemain muda Dutch ini pernah di pinjamkan sebanyak 2 kali ke Coventry City di mana beliau hanya bermain 20 kali pada musim itu dan Newcastle United di mana hanya bemain 7 kali bersama kelab tersebut.

KAKUTA AKHIRNYA KE FULHAM SECARA PINJAMAN

Akhirnya terjawablah segala persoalan di mana pemain muda kontrovesi Chelsea kini akan di pinjamkan ke kelab Fulham hingga akhir musim ini setelah dimaklumkan oleh pengurusan kelab Chelsea semalam.Pemain sayap muda 19 tahun itu telah melepasi ujian kesihatan selasa lepas.

kakuta masih gagal mencari rentak di Chelsea

Gael Kakuta pemain bawah 20 tahun France telah mewakili Chelsea pada tahun 2007 dan hanya 16 kali bemain dengan kelab utama Chelsea.

Tuesday, 25 January 2011

David Luiz + Pemain Muda = Chelsea

kenapa begitu payah Benfica melepaskan beliau

Berita terbaru mengenai perpindahan pemain pertahanan Benfica David Luiz ke Chelsea semakin hampir ke Stamford Brigde dengan yuran perpindahan sebanyak 25 juta Euro dan seorang pemain muda Chelsea yang bernilai 5 juta sebagai ganti dalam pembelian ini.

kelab dari potugal ini telah menarik minat beberapa pemain muda Chelsea seperti Slobodan Rajkovic, Nemanja Matic, Patrick van Aanholt or Fabio Borini.

BENAR ATAU PALSU

Satu berita mengenai pasukan kita Chelsea, di mana telah menawarkan untuk mendapatkan khidmat 2 player Atletico Madrid iaitu Sergio Aguero dan Deigo Godin dengan nilai bidaan 52 juta Euro, tetapi telah ditolak oleh pihak Atletico Madrid. Adakah ini benar keyataan ini ataupun sekadar khbar angin sahaja ?
Sergio Aguero sudah lama di idamkan oleh chelsea

Deigo Godin Deigo dapat mengatasi masalah pertanan ?

Jika benar ini merupakan satu khbar berita gembira bagi fan Chelsea seluruh dunia.lebih hangat lagi dengan pegakuan pemilik kelab itu menolak tawaran Chelsea untuk mendapatkan 2 player bebakat mereka.

Tetapi Carlo ancelotti pernah menyuarakan bahawa hanya David Luiz sahaja akan datang ke Stamford Brigde...



Benar atau palsu anda sahaja dapat tentukan...

Monday, 24 January 2011

Sunday, 5 December 2010

Marseille vs Chelsea Preview



KHAMIS 9 DISEMBER 2010
3:34 PAGI(MALAYSIA)
STADE VELODROME




Chelsea akan bertandang ke Stade Velodrome menentang gergasi France Marseille dalam games terakhir group F pada Khamis ini jam 3:45 pagi waktu malaysia.Chelsea yang sudah layak ke pusingan seterusnya mungkin akan menurunkan pemain simpanan dan muda bagi memenuhkan jadual perlawanan bagi mengekalkan rekod tanpa kalah dalam setiap game dalam group F UEFA Champions league dan mengutip mata maksimum.Jika Kalah ataupun Seri ianya tidak akan mengubah posisi kedudukan Chelsea meneraju kedudukan pertama.

Maresille pula hanya memerlukan seri sahaja dan mengharapkan Spartak Moscow tewas atau seri dengan MSK Zilina di Stadion Pod Dubnom Moscow.Tetapi kemenangan ke atas The Blues pada pagi Khamis nanti lebih menjaminkan tiket ke pusingan kalah mati.

Pada games yang pertama di Stamford brigde Chelsea berjaya menjinakkan Marseilla dengan jaringan 2-0 hasil jaringan John Terry pada awal minit ke 7 dan Nicolas Anelka mudah meyempurnakan sepakkan penalti sebelum tamat separuh masa pertama.

Barisan Kemungkinan :-

Maresile (4-4-2) : Steven Mandanda (c) ,Charles Kabore, leyti N`Diaye ,Souleymane Diawara, Gabriel Heinze, Lucho Gonzalez,Benoit Cheyrou, Edouord Cisse, Fabice Abriel, Loic Remy, Brandao.

Chelsea(4-3-3) : Petr Cech; Jose Bosingwa ,Paulo Ferreira, Branislov Ivanovic, Ashley Cole, John Obi Mikel, Micheal Essien, Florent Malouda, Didier Drogba ,Nicolas Anelka , Daniel Sturridge

Tuesday, 30 November 2010

SABTU 4 DISEMBER 2010
11:00 MALAM
STAMFORD BRIGDE

Barisan kemungkinan :

Chelsea (4-3-3) :Cech (GK),Bosingwa ,Ivanovic ,Terry(C) ,Cole ,Ramires ,Mikel ,Essien ,Anelka ,Drogba ,Malouda

Everton (4-2-3-1) : Horword (GK) ,Hibbert ,Distin ,Jagielka ,Baines ,Neville(C) ,Hetinga ,Coleman ,Cahill ,Piennar ,Yakubu

Carlo Ancelotti akan menyambut kehadiran 2 watak penting The Blues dalam sesi latihan salji di Cobham iaitu Frank Lampard dan John Terry yang sudah lama berehat panjang akibat kecerderaan.
Tetapi hanya Terry bemungkinan akan dapat di turunkan dan disenarai pada perlawanan sabtu malam minggu ini .Terry akan di gandingkan bersama Ivanovic ini kerana Alex tepaksa di hantar pulang ke Brazil untuk menjalani pebedahan buku lalinya.Bosingwa dan Cole seperti biasa akan mengisi posisi Full-bak.
Manakala Micheal Essien akan kembali selepas di gantung 3 perlawanan akibat kad merah diterimanya semasa menentang Fulham untuk membantu bahagian midfield yang kurang menjadi sejak kebelakangan ini.Mikel dan Ramires akan di gandingkan bersama di bahagian center midfield bagi membantu Essien.Kemungkinan Lampard akan di masukkan pada babak ke 2 tetapi belum pasti beliau akan cergas sepenuhnya.Florent malouda dan Nicolas Anelka akan berada di posisi winger untuk membantu Didier Drogba sebagai striker tunggal untuk menghasilkan jaringan bagi mencapai kemenangan di Stamford Brigde.

Perlawanan Musim 2009/10

Scorer : Drogba (17,59) Anelka (23),Cech (o,g 11) ,yajubu (45) ,Saha (63)

Chelsea (4-diamond-2): Cech; Ivanovic, Carvalho (Belletti 85), Terry (c), A Cole; Mikel (Borini 87); Ballack, Lampard; J Cole (Malouda 75); Anelka, Drogba.

Everton (4-4-2): Howard (c); Hibbert, Neill, Heitinga, Baines; Pienaar, Rodwell, Fellaini, Bilyaletdinov; Jo (Yakubu 45+2), Saha (Agard 90+3).
Booked Heitinga 36.

Scorer : Saha (32 ,74) ,Malouda (17)

Chelsea(4-3-2-1):Cech; Ivanovic, Carvalho, Terry (c), A Cole (Ballack 56); Lampard, Mikel (Sturridge 76), Zhirkov; Anelka (Kalou 66), Malouda; Drogba.
Booked
Mikel 62, Malouda 90+4.

Everton (4-4-1-1): Howard; Neville (c), Heitinga, Distin, Baines; Donovan, Osman, Arteta (Rodwell 74, Bilyaletdinov (Gosling 85); Cahill; Saha (Senderos 90+3).
Booked
Donovan 64.

Thursday, 25 November 2010

LATERS BLUES NEWS 26/11/10

Micheal Wood Dipinjam ke Notts County
Wood sudah 4 tahun berada di Stamford Bridge dan pernah mengalami kecederaan serius di bahagian buku lali dan berehat panjang.Beliau hanya2 kali diturunkan ketika perlawanan FA Cup musim ini.Menurut pengurus Notts County Paul Ince bekas player Manchester United kelab mereka telah berjaya mendapatkan tandatangan player muda ini sehinga januari musim hadapan.


Kelab gergasi EPL ,Chelsea menegaskan bahawa kelab mereka tiada kaitan dengan player midfield palermo Armin Bacinovic menurut agent rasmi Chelsea,Liverpool menarik minat pemain muda ini dan mungkin akan membuat bidaan untuk perpindahan musim panas ini.Walaubagaimanapun agent Palermo menegaskan bahawa player yang berusia 21 tahun tesebut akan terus kekal di serie A musim hadapan.


Penyerang muda bebakat Chelsea Fabio Borini menjadi buruan kelab dari Italy Lazio dan Juventus pada pintu perpindahan Januari tahun depan.Beliau yang berusia 19 tahun sudah 3 tahun berada di Stamford bridge dan pernah bermain untuk pasukan utama Chelsea tahun lepas EPL dan UEFA tahun lepas tetapi musim ini hanya pernah diturunkan hanya di FA CUP.Kini Beliau masih mencuba nasib berebut mendapatkan peluang beraksi di barisan utama Carlo Ancelotti.



Juara Liga perdana Inggeris Chelsea telah melawat ke kelab Slovenian dan bersetuju dengan penjanjian untuk menjadikan kelab Maribor sebagai tempat latihan bakat-bakat muda Chelsea.Menurut pengarah operasi kelab Maribor Chelsea telah berminat dengan cara latihan dan kaedah yang dijalankan kelab itu melatih pemain muda,ini terbukti 2 permain utamanya sudah di jual ke Palermo iaitu Armin Bacinovic dan Josip IIicic.Kelab tesebut banyak melahirkan pemain-pemain berbakat.


Pengurus Swansea Brendan Rogers membuat 1 bidaan berani di mana mahu membuat satu bidaan pinjaman pemain Chelsea iaitu Daniel Sturridge untuk pintu perpindahan Januari akan datang.Bekas Jurulatih skuad muda Chelsea ini bekata kepada pengurus Chelsea Carlo Ancelotti bahawa pinjaman hanya untuk tempoh 1 bulan kecemasan sebelum pintu perpindahan musim panas dibuka tahun hadapan.Chelsea menolak tawaran itu setah Sturridge telah membantu menjaringkan gol untuk Chelsea menewaskan MSK Zilina 2-1 pada saingan UEFA-CL.


Berita buruk untuk pasukan Chelsea di mana pertahanan AC Milan telah menyuarakan bahawa beliau tidak berminat meninggalkan San Siro dan ingin kekal di Milan bersama isterinya di sana.Pemain yang berusia 26 tahun ini menjadi pilihan Chelsea untuk mengantikan Terry dan Alex akibat kecederaan panjang.Selain Chelsea bekas pengurus Chelsea Jose Morinho mahukan Silva bermain bersama Real Madrid.


Kelab PartizanBelgrade memberi amaran kepada Chelsea di mana bahawa pemain mudanya Stefan Savic 19 tahun bukan untuk dijual dan beliau akan kekal di sana dalam 2-3 tahun lagi walaupun tawaranya menjangkau 10 juta sekalipun, menurut presiden kelab itu Dragan Djuric.tetapi menurut Savic beliau turut menerima tawaran dari kelab Inggeris yang lain seperti Arsenal,Spurs dan Brimingham.


Gergasi German Bayern Munich menaruh minat kepada Bek-kanan Portugal dan Chelsea untuk sesi perpindahan pada pintu perpindahan musim panas Januari tahun depan.Pemain pertahanan Chelsea itu pulih dari kecederaan panjang setelah berehat panjang akibat kecederan yang teruk dan kini pulih sepenuhnya.Selain Bosingwa,Kakuta juga menjadi perhatian bayern dalam mendapatkan pemain baru musin hadapan.Barangkali kemungkinan ini akan belaku jika pertukaran pemain antara Bastian Schweinsteiger dan Philipp Lahm ke Chelsea dan Bosingwa dan Kakuta ke Bayern Munich.


Chelsea dan Manchester City dalam perebutan untuk mendapatkan 2 pemain muda yang kian melonjak naik prestasinya.Perebutan ini melibatkan Pemain muda Jean Christopher Bahebeck dari penyerang Paris Saint-Germain(PSG) yang berusia 17 tahun yang masih belum menandatangani Kontrak profesinalnya dan pemain muda terbaik Spain dari kelab Deportivo La Coruna Pablo Insua.Menurut president Deportivo pemain tesebut mempunyai baki 3 tahun bersama kelab tesebut tetapi hanyalah kontrak amatur.


Pengurus bebangsa Italy Carlo Ancelotti telah menyuarakan dengan nada berpuas hati dengan persembahan anak muda didikanya McEachran yang menunjukkan prestasi membrangsangkan bebeza dengan usianya sekarang.Ini terbukti beliau menjadi pegaruh besar dalam kejayan menewaskan MSK Zilina 2-1 di Stamford Brige tempoh hari.keupayaannya mengawal posisi tengah Chelsea menjadikan beliau bakal mengantikan Lampard suatu hari nanti.Sebelum ini beliau hanya memanaskan diri dibangku simpanan kerana telalu banya saingan di barisan tengah dan hanya menjadi pemain gantian pada minit-minit akhir sahaja.


Wednesday, 24 November 2010

BENARKAH CHELSEA DALAM KRISIS?

Persoalannya adakah benar Chelsea dalam krisis......?

Chelsea kini berada di Puncak liga berkongsi mata bersama Man United 28 mata dan telah berjaya melayakkan diri ke pusingan kalah mati dalam Liga Juara-Juara Eropah ketika menewaskan MSK Zilina pagi kemarin 2-1 di Stamford Brigde....jawapanya tidak!

Bagaimana pula dengan isu ini :-
  • Penolong pegurus Chelsea Ray Wilkins tidak disambung kontraknya besama Chelsea ?
  • Carlo Ancelotti ingin keluar Dari Chelsea?
  • Frank Lampard, John Terry dan Micheal Essien masih cerdera...Alex perlu pembedahan?
Juara bertahan Chelsea telah kalah 3 dari 4 perlawanan terakhir liga dan hanya mampu menjaringkan 1 gol sahaja...ini adalah tanda-tanda kemerosotan akibat masalah dalaman Chelsea?

Siapa harus disalahkan?

Pemilik yang tidak mempunyai belas kasihan Roman Abramovich ,pengerusi Chelsea Bruce Buck dan pegawai Chelsea Ron Gourlay perlu menerima kecaman dari semua pihak terutamnaya peminat-peminat Chelsea akibat pemecatan Wilkins yang menjadi watak penting dalam setiap kejayaan dan mengantikan dengan Micheal Emelano yang sebelum ini adalah staf peninjau Chelsea.Ini membuat Ancelotti terhina akibat pemecatan tesebut kerana kuasanya di Chelsea di sekat dan tidak mampu membuat apa-apa.

Ancelotti juga bersalah kerana kalah mengejut dalam 3 perlawanan berturut-turut dengan Liverpool,Sunderland dan Brimingham dan tiada plan B untuk mengatasi masalah kecederaan pemain.Bagi medical department perlu memberi penerangan mengapa ramai player utama injured? dan mengapa mereka memelukan masa yang lama untuk cergas sepenuhnya?

Apakah yang akan terjadi selepas ini ?

Apa-apapun akan terjadi minggu ini antara Chelsea akan kembali menyengat dan membaham Magpies atau Andy Carroll dan rakan-rakanya akan menghadiahkan malam penuh sedih dan kekalahan ke lima buat Chelsea ahad ini.Jika ia terjadi ini mungkin perlawanan ahad ini perlawanan terakhir buat Carlo Ancelloti kerana Roman Abramovich bosan dengan tindakkan pengurus Chelsea yang mogo akibat pembantunya tidak di sambung kontrak.Punca utama Jose Morinho keluar dari Chelsea juga adalah kuasanya pengurusannya di sekat oleh pemilik dari Russia itu.

Kemungkinan Lampard,Essien dan Terry akan kembali pada perlawanan ahad ini siapa menjangka?siapa tahu...Chelsea mampu tersenyum di St. James' Park

Kenapa tidak membawa kembali Ray Wilkins?

Ini tidak mungkin akan terjadi !beliau merupakan seorang yang tegas dalam bola sepak.pisang tidak akan berbuah dua kali.Tetapi jika Chelsea sudah bertukar milik mungkin sebaliknya akan belaku.Mustahil Abramovich dan khadam-khadamnya menarik semula kata-kata mereka kerana itulah kemahuannya mereka tidak akan berganjak walaupun seinci dari ketetapam mereka.Ini terbukti dengan pelantikan secara rasmi Micheal Emelano sebagai penganti Ray Wilkins walaupun mereka tahu ini akan menambahkan kemarahan Carlo Ancelotti setelah sahabatnya di pecat.
Adakah Carlo akan ikut jejak Morinho ?

Tidak mingkin..!!! Carlo seorang yang tidak mudah menyerah kalah walaupun pelbagai dugaan yang di hadapinya.Semasa beliau berkhidmat lapan tahun di AC Milan beliau sudah berjumpa pemilik yang berpewatakan umpama Roman iaitu Silvio Berlusconi tetapi beliau membuktikan kemampunya dengan mengondol dua trofi UEFA.Tenyata beliau menolak khbar angin jahat yang menyatakan beliau mahu pergi walaupun kontraknya akan tamat pada tahun 2012.
Jika Carlo pergi,Siapa akan menganti ?

Kemungkin pada awal musim Roman Abramovich akan mencari penganti sementara seperti pernah di lakukan pada musim lepas di mana selepas Jose Morinho keluar beliau membawa masuk Avram Grant dan Guus Hiddink.

Jika untuk pengambilan masa panjang,kemungkinan beliau akan memilih bekas pengurus Barcelona iaitu Frank Rijkaard ataupun pengurus Barcelona sekarang iaitu Pep Guardiola yang akan tamat kontraknya pada musim panas hadapan.Roman mahukan corak permainan seperti Barcelona pantas dan laju ini terbukti kemahuannya membeli pengurus dari kelab Nou Camp.

Monday, 22 November 2010

MASANYA SUDA TIBA

Carlo Ancelotti akan menguji bakat muda Chelsea dan akan diturunkan pada perlawanan pagi rabu ini dalam UEFA-CL.

RABU 24 NOV
3:45 PG
STAMFORD BRIGDE
Barisan Kemungkinan :-