Wednesday 28 September 2011

SUPER FRANK KEMBALI BERBISA

Frank Lampard kembali menjumpai sentuhan emasnya setelah bangkit dari minggu-minggu yang begitu menyuramkan dengan aksi jauh berbeza di gambarkan pada aksi pagi tadi . Pemain tengah Chelsea ini kembali mengisi kesebelasan utama skuad kendalian Andre Villa-Boas selepas di ketepikan pada minggu lepas .Beliau membalas budi pengurus Chelsea dengan jaringan pendahuluan pada minit ke 56 dan menutup mulut pengkritik yang selama ini sering tidak mempercayai kemampuan pemain senior itu .Terbukti beliau masih menyerlah masih meyegat walaupun usia bukan menjadi penghalang .

Jaringan beliau di perolehi dari hantaran lintang yang begitu cantik oleh pemain sayap kanan Chelsea Florent malouda sebelum kemas di sudahkan oleh lampard untuk menewaskan penjaga gol Velencia Diego Alves bagi meletakkan Chelsea di hadapan .

Tetapi sayangnya jaringan Lampard tersebut gagal kekal lama selepas Kalou mengasari pemain Valencia Saldado dan menganugerahkan sepakan penalti yang di bagi oleh pengadil bertugas .Akhirnya Chelsea berpuas hati dengan pulang ke Stamford Bridge dengan 1 mata .

No comments:

Post a Comment