Wednesday 28 September 2011

VALAENCIA 1 - 1 CHELSEA

Soldado pen 86 Lampard 56

Chelsea (4-3-3): Cech, Bosingwa, D Luiz, Terry (c), Cole; Ramires(Meireles 65), Mikel, Lampard (Kalou 82); Mata, Torres (Anelka72), Malouda.
Simpanan : Turnbull, Ivanovic, Romeu,Drogba.
Penjaring : Lampard 56
Kad Kuning : Kalou 86, Malouda 90 2, Mata 90 +3, Cole 90 3.


Valencia (4-2-3-1): D Alves Miguel, Rami, VĂ­ctor Ruiz, Jordi Alba;Albelda, pernah (Jonas 72); Pablo (Feghouli 72), Canales, Mathieu(Piatti 58); Soldado.
Simpanan : Bruno Saltor, Maduro,Parejo.
Penjaring : Soldado pen 86
Kad Kuning : Victor Ruiz 12, Albelda 46.
kehadiran 33.791
Pengadil Nicola Rizzoli dari Itali.

Peratus Penguasaan Bola : Valencia 54 % - 46% Chelsea

Sepakan tepat ke Gol : Valencia 7 - 9

Sepakan tersasar : Valencia 14 - 10

Sepakan Penjuru : Valencia 6 - 5

Crosses : Valencia 28 - 12

kesalahan : Valencia 9 - 9

Kad kuning : Valencia 2 - 4

Kad Merah : Valencia 0 - 0

Offsides : Valencia 3 - 2

Valencia memadamkan impian mimpi indah Chelsea setelah berjaya mengikat kedudukan 1 -1 hasil jaringan penalti lewat permainan oleh pemain penyerang Soldado minit ke 86 untuk kedua-dua pasukan berpuas hati dengan 1 mata untuk perlawanan kedua peringkat kumpulan E untuk Champion League pagi tadi .Chelsea gagal mencapai matlamat 3 mata penuh di arena pelawat di Mestalla selepas mendahului kedudukan hasil jaringan Frank Lampard pada mini ke 56 dan ini merupakan gol yang ke 20 peribadinya dalam kancah Champion League .

Setelah terikat 0 - 0 di babak pertama yang begitu seimbang dengan setiap pasukan melancarkan serang dan penguasaan di mana setiap penjaga gol kedua-dua pasukan berkerja keras mengawal gawang dari di bolosi . Penjaga gol Valencia Diego Alves berjaya menyelamatkan dan mematahkan serangan dari Fernando Torres serta pemain gantian Nicolas Anelka tetapi Diego Alves menjadi wira bagi mengekang asakan Chelsea .

Dalam Barisan utama skuad kendalian Andre Villa-boas,beliau telah merombak percaturan sebelum ini di mana Raul Meireles di ganti dengan Frank Lampard di bahagian midfield ,David Luiz di masukkan mengantikan Ivanovic untuk bergandingan dengan kapten pasukan John Terry di kawasan pertahanan manakala Florent Malouda mengambil alih tempat Nicolas Anelka di bahagian sayap kanan bersama Juan mata di sayap kiri .Bagi pasukan Valencia kaptennya David Albelda kembali di letakkan di midfield selepas terlepas aksi liga ketika Valencia menewaskan sevilla .

Jaringan gol Chelsea di hasilkan oleh pemain tengah Chelsea Frank Lampard pada minit ke 56 hasil lorongan cantik dari Florent Malouda untuk menewaskan penjaga gol Valencia Diego Alves .Ini membuktikan beliau berupaya menjaringkan gol selepas tepaksa di ketepikan dalam skuad England dan Chelsea sebelum ini .Ini merupakan gol yang ke 20 untuk beliau dalam edisi Champion league .

Valencia menyamakan kedudukan pada minit ke 86 selepas Saldado di kasari oleh pemain gantian Chelsea Salomon Kalou dan di layangkan kad kuning serta di hadiahkan sepakan penalti. Saldado akhirnya berjaya menewaskan Petr Cech dengan kedudukan 1 - 1 .

Selang berapa minit peluang keemasan Chelsea muncul di mana Anelka hanya berhadapan dengan Diego Alves 1 lawan 1 tetapi kakinya berjaya menghalang tolakan Anelka ke arah gol .

Dalam masa kecederaan 3 pemain Chelsea di layangkan kad kuning di antaranya adalah Juan mata dan Ashley Cole kerana membantah keputusan pengadil kerana tidak memberi sepakan percuma kepada Chelsea serta Florent malouda kerana mengasari pemain pertahanan Valencia Victor Ruiz .

No comments:

Post a Comment