Monday 19 September 2011

ANELKA MAHU TINGGALKAN CHELSEA -AVB


Andre Villas-Boas telah mendedahkan bahawa penyerang veteran Chelsea Nicolas Anelka mahu meninggalkan Stamford Bridge selepas kontraknya bersama Chelsea tamat. Anelka 32 tahun dikaitkan dengan perpindahan pada sesi perpindahan Januari 2012 tetapi mungkin sebagai perpindahan percuma kerana beliau menjadi ejen bebas oleh kerana kontraknya sudah tamat bersama Chelsea. Beliau telah menunjukkan tanda-tanda kekal di Stamford Bridge kerana beliau memainkan peranan penting dalam pengedalian pengurusan baru Villas Boas. Kemungkinan beliau akan menandatangani kontrak lanjutan bersama Chelsea untuk kekal semusim di Chelsea. Dalam temubual bersama Andre Villas-Boas :
"Kemungkinan tiada kontrak baru untuk di perbaharui , Nico sangat gembira berada di Chelsea dan beliau merupakan hak milik Chelsea hingga tamat tempoh perkhidmatanya di Chelsea ." "Kami akan berusaha supaya beliau memperbaharui kontraknya tetapi jika Nico mempunyai pendirian sendiri untuk membuat keputusan dan saya tidak pasti beliau akan sanggup .

" Ditanya sama ada Anelka telah menunjukkan dia mahu pergi,
Villas
-Boas menjawab: "Ya."

Didier Drogba merupakan satu lagi pemain yang kontraknya tamat pada akhir musim ini. Beliau telah ditawarkan perjanjian baru, tetapi belum ada sebarang perjanjian.

Ditanya untuk maklumat kepastian ,
Villas
-Boas berkata: "Saya tidak ingin berkongsi dengan anda kerana anda akan membuat spekulasi untuk sepanjang musim ini."

Fokus Villas Boas pada peringkat ini adalah dengan perjalanan ke Old tefford menentang Manchester United dan mungkin menjadi ujian paling sukar sejak mengambil tampuk pengurusan Chelsea.

Tamparan bekaitkan dengan jurulatih
pertama pasukan United Rene Meulensteen yang membayangkan skuad Blues adalah terlalu lama dan tempo mereka terlalu lambat, tetapi Villas-Boascuba tidak kisah dengan permainan minda untuk yang dilancarkan oleh beliau

"Saya tidak begitu pasti sama ada kenyataan beliau betul atau sebaliknya."Ia tidak menjejaskan saya tetapi saya merasa pelik kenapa Rene akan mengeluarkan kenyataan tesebut sedangkan dia tahu betapa pentingnya Van der Sar, Scholes , dan Giggs, sama seperti apa yang berlaku pada pagi Khamis semasa kejuaraan eropah dengan penglibatan Gigs .

No comments:

Post a Comment