Monday 19 September 2011

JANGAN SALAHKAN TORRES -Petr Cech

Fernando Torres gagal walaupun pintu gol terbentang luas.


Fernando Torres gagal menjaringkan gol kedua bagi Chelsea dan gol untuk peribadinya walaupun berjaya menewaskan penjaga gol Manchester united David De Gea tetapi sepakanya tersasar jauh sedangkan pintu gol terbentang luas tanpa sebarang halangan dalam pertemuan dengan juara bertahan manchester United di gelanggang lawan Old trafford yang berkesudahan Chelsea tewas 3-1 ,di mana beliau berjaya menjaringkan gol pertamanya dalam kancah liga inggeris pada musin ini.

Inilah di katakan takdir dah harus diterima oleh beliau dan peminat setianya ,tiada siapa mahukan ini semua akan berlaku walaupun peratus kemungkinan gol hanyalah 99% tetapi apakan daya mungkin tiada rezeki untuk beliau tetapi beliau harus dipuji dengan peningkatan memdadak semenjak kelibanya membantu Chelsea menewaskan Bayen Leverkusen .

Kerjayaanya menjaringkan gol pertamanya ketika menentang manchester united mengambarkan semangat beliau memburu gol di mana pada minit ke 46 separuh masa kedua beliau berjaya memecahkan kebuntuan dengan mudah mempermainkan penjaga gol muda manchester United David De Gea dengan songkitan kaki kanan menerjah jaring gol hasil umpanan cantik dari permain veteran Chelsea Nicolas Anelka. Semenjak beliau berpindah dari Anfield ke Stamford Bridge dengan rekod yuran perpindahan tertinggi 50 juta eropah beliau hanya menjaringkan 2 gol dalam 42 perlawanan.

Beliau yang kini 27 tahun telah banyak peningkatan semenjak liga domestik bermula cuma nasib sahaja belum meyebelahi beliau . Dalam kenyataan rakan pasukan beliau Petr Cech menegaskan bahawa :

"Saya sentiasa katakan pekara yang sama, saya melihat bahawa beliau sentiasa cuba untuk bertambah baik" jelas penjaga gol Chelsea, pada perlawanan pertama menentang Stoke City beliau bermain cemerlang cuma gagal menjaringkan gol berbanding dengan kelibat beliau ketika membantu Chelsea membenam cabaran Bayen Leverkusen dengan dua umpanannya menghasilkan gol."

"Semasa perlawanan menentang manchester united beliau banyak menghasilkan peluang yang besar untuk ramires untuk menghasilkan gol . Kemudian beliau menghasilkan gol yang cantik dan selebihnya saya tidak tahu kenapa beliau gagal menambah koleksi gol tetapi perananya banyak mencipta peluang dan runang untuk memperolehi gol yang di cari ."

"Anda boleh lihat sendiri ."

No comments:

Post a Comment