Monday 19 September 2011

COLE TERLEPAS DARI HUKUMAN

Ashley Cole terlepas dari tindakan oleh FA English selepas membuat terjahan keras terhadap Javier Hernández

Kesatuan bola sepak Inggeris FA telah memutuskan bahawa tiada sebarang tindakan yang akan di kenakan terhadap pemain pertahanan Chelsea Ashley Cole selepas melakukan terjahan dan kekasaran lewat terhadap penyerang Manchester United Javier Hernandez.

Kejadian ini berlaku selepas Hernandez membuat percubaan tersasar dari gawang Chelsea dan diterjah dari belakang oleh Ashley Cole. Beliau hanya di layang kad kuning tanpa sebarang sepakan penalti di hadiahkan kepada pasukan tuan rumah kerana insiden ini berlaku selepas bola sudah keluar gelanggang .Keputusan memihak kepada pasukan tuan rumah dengan kemenangan 3-1 pada hari ahad lalu .

Didalam peraturan FIFA Ashley Cole tidah berhak dihukum secara retrospektif ini kerana pengadil ketika kejadian Phil Down hanya harus berunding dengan pembantunya penjaga garisan dan cukup dengan layangan kad kuning .

Pengurus United, Sir Alex Ferguson, berkata Cole melakukan terjahan lewat dari tepi padang dan menyifatkan ia sebagai " cabaran yang mengejutkan".

Ia tidak pasti berapa jelas tindakan pengadil Phil Down dan pihak FA Inggeris,segala laporan masih belum diterima .



No comments:

Post a Comment