Monday 19 September 2011

AMARAN DARI SINCLAIR

Sinclair menjadi tunjang belakang Swansea City

Pemain sayap muda Swansea Scott Sinclair risau keadaan pemain muda yang berbakat di Chelsea akan meninggalkan Stamford bridge jika mereka tidak diberi peluang oleh Chelsea seperti mana pernah berlaku kepdanya suata masa dahulu.

Sinclair meyertai Chelsea pada usia muda 16 tahun pada tahun 2005 tetapi malangnya hanya kekal 5 tahun yang begitu mengecewakan selepas menjadi permain pinjaman pada era pemerintahan Jose Morinho, Avram grant , Liuz Felipe Scolari dan Carlo Ancelotti. beliau akhirnya dijual ke kelab Swansea City yang memerlukan khidmatnya .


Swansea City akan berangkat ke Stamford Bridge dengan kenangan manis di mana minggu lepas mereka telah melakarkan kemenangan pertama liganya menewaskan West Bromwich pada sabtu lepas 3-0. Sinclair menjadi tunjang belakang kemenangan tersebut dengan membuat jaringan pembukaan pada perlawanan tersebut dan kini beliau tidak sabar untuk beraksi menentang kelab lamanya .

Beliau berkata :
"keyakinan saya kini membuak-buak termasuklah keyakinan pasukan kami untuk menawan Stamford Bridge.kami akan pastikan persembahan permainan kami akan terus meningkat dari masa ke semasa."

Sinclair menambah :
"Ia akan menjadi hari yang bersejarah untuk melihat dan bermain bersama teman-teman lamanya .Hari tersebut merupakan hari penting semenjak saya melangkah pergi dari Chelsea, saya benar-benar mengharapkannya yang akan datang tidak lama lagi, inilah hari yang saya cari ."

Bekas anak didik Morinho tidak ragu-ragu dengan corak pengendalinya Brendan Rodgers walaupun jurang kekayaan dan status menjadi ukuran .Beliau yakin akan menghampakan Chelsea di bumi London.

"Kami melangkah di setiap perlawanan mencari kemenangan ,Kami tidak ke sana untuk risaukan kekalahan, ia jelas nampak sukar dan mustahil tetapi ,kami buktikan dengan kemenangan terhadap West Brom dan ia menjadi insperasi dan keyakinan dalam memburu kemenangan ."

Aksi beliau bersama Chelsea menjadi kenangan

Pada Sabtu minggu ini beliau akan kembali ke Samford Bridge di mana beliau menjadi ilham kepada Swansea City di liga Perdana Barclays menentang bekas kelab lamanya .Beliau akan memberi amaran kepada pemain muda Chelsea seperti Daniel Sturridge, Josh McEachran dan Ryan Bertrand, yang sedang berjuang untuk mendapat tempat di hati Andre Villa-Boas dikelilingi pemain-permain bintang .

"Adakah saya dapat perluang di Chelsea di bawah kendalian Andre Villa-Boas ? Ia bergantung secara kebetulan sahaja ," kata pemain muda 22 tahu itu .
"Bagi saya, 10 minit di sini seumpama tidak di beri peluang langsung .Peluang berti bermain berminggu-minggu."
"Sturridge telah melakukan yang terbaik dan saya harap beliau akan di beri perluang dan kelebihan bermain bersama Chelsea ,tidak hanya memanaskan bangku simpanan sahaja ."
"Mereka (Chelsea ) mempunyai ramai permain berkualiti tinggi di sana sepertiDaniel Sturridge, Josh McEachran dan Ryan Bertrand ,tetapi ia amat sukar untuk meyaingi pemain antarabangsa di dalam skuad Chelsea ."


Sturridge pemain muda Chelsea


No comments:

Post a Comment