Friday 23 September 2011

CHELSEA MARA

Chelsea melangkah ke peringkat ke 4 selepas menewaskan musuh setempatnya Fulham setelah masing-masing pasukan terikat tanpa jaringan sehingga ke masa tambahan 120 minit dalam keadaan begitu mendebarkan dan ditentukan melalui sepakan penalti dengan memihak kepada pasukan tuan rumah dengan kemenagaan 4 - 3.

Chelsea menurunkan barisan muda yang dipercayai oleh pengurus Chelsea Andre Villa-Boas untuk mengasak kubu kuat Fulham . Antara yang menjadi perhatian antaranya adalah Ryan Bertrand,Oriol Romeu dan Romelu Lukaku dengan penampilan pertama dalam percubaan Chelsea merangkul Piala Carling di mana kali terakhir di menangi pada tahun 2007 ketika menewaskan Arsenal 2 -1 .

Chelsea tidak menurunkan penyerang bebisanya Didier Drogba kerana mahu beliau kekal cergas 100% untuk bersemuka dengan Swansea City hari minggu ini.Sandaran Chelsea diletakkan di bahu 3 kombinasi penyerang muda Sturridge , Kalou dan Lukaku untuk merobek gawang Fulham .

Perlawanan bermula agak seimbang dan berhati-hati di mana setiap pasukan mengatur pergerakan untuk menguasai perlawanan.Pada babak ke dua Petr Cech penjaga gol utama Chelsea dikeluarkan mungkin mengalami kecederaan atau pengurus Chelsea mahukan beliau direhatkan bagi memberi fokus pada kancah Liga domestik minggu ini dan di gantikan dengan penjaga gol muda Ross Trunbull .


Pada minit ke 47 pertahanan Chelsea Alex yang berasal dari Brazil dilayangkan kad merah akibat terjahan keras di kotak penalti terhadap penyerang Fulham Frei dan Pengadil Chris Foy menghadiahkan penalti kepada pasukan pelawat ,tapi malangnya penyerang Fulham Kasami gagal meyempurnakan peluang yang terhidang yang hanya mampu menggegar palang gol Chelsea .

Pengurus berbangsa Portugis membuat penukaran dramatik di mana Josh McEachran di keluarkan dan di masukkan John Terry bagi menguatkan barisan pertahanan bagi mengekang serangan Fuham yang akan mengunakan kesempatan yang ada setelah Chelsea bermain 10 orang.


Andre Villa-Boas berkata selepas tamatnya perlawanan :

"Kami berlatih mengambil sepakan penalti seperti mana pasukan lain ,cuma pasukan kami menggunakan kesempatan dari pengalaman yang ada bagi mengatasi Fulham dengan dalam penentuan sepakan penalti 4-3 ."

Dalam Penentuan sepakan penalti tersebut Chelsea bersandarkan 100% dari penjaga gol muda Ross Tranbull yang mengantikan Petr Cech selepas penjaga gol utama Chelsea mengalami kecederaan di kepala .Ujian pertama beliau pada babak kedua ketika Fulham dianugerahkan sepakan penalti selepas Alex menjatuhkan kerim Frei di kotak penalti tapi,tapi nasib menyebelahi kepada penjaga gol muda itu di mana sepakan dari Pajtim Kasami hanya mampu menggegar palang gol .Ujian Sebenar bermula selepas tamat masa tambahan 30 minit .


Sepakan penalti dimulakan dengan pasukan Chelsea ,Frank Lampard memulakan sepakan penalti tapi sayangnya beliau gagal meyempurnakan sepakan penalti tersebut buat Chelsea ,mudah di selamatkan oleh Schwarzer.Penyerang Fulham Zamora mudah menewaskan Ross Trunbull untuk meletak Fulham di hadapan 0 - 1.Sepakan penalti kedua di sempurnakan oleh David Luiz untuk Chelsea dan Sidwell bekas pemain tengah Chelsea meletakkan Fulham terus mendahului dengan kedudukan 1 - 2 . Kenangan hitam John Terry ketika final pada kejohanan kejuaraan eropah di moscow pada tahun 2008 ketika gagal meyempurnakan sepakan penalti dapat di ubati selepas beliau mudah menewaskan Schwarzer pada sepakan penalti ketika untuk Chelsea .pemain muda Fulham Dembele gagal meneruskan rentak fulham selepas sepakan penaltinya di selamatkan dengan kemas oleh Ross Trunbull ini menghangatkan lagi perlawanan kedudukan pasukan kembali terikat 2 - 2 .


Debaran diteruskan lagi dengan jaringan sepakan penalti cantik yang di lakukan pemain Chelsea Salomon Kalou dengan sepakan di sudut gol untuk sepakan penalti yang ke 4 dan kemudian di samakan kembali oleh Baird untuk kedudukan 4 - 4 .Florent Malouda menjadi pemain terakhir Chelsea untuk sepakan terakhir dan ternyata beliau tidak ada masalah untuk meyempurnakan sepakan penalti tersebut .


Akhirnya seluruh penonton di Stamford Bridge memberi tekanan terhadap pemain terakhir Fulham yang diberi tanggung jawab di bahu pemain baru Fulham Ruiz ,gempar gempita seluruh stadium kerana kali kedua sepakan penalti Fulham menggegar palang gol tapi kali ini bola seakan-akan berada bola melantun ke dalam gol tetapi menjadi tanda tanya adakah sepakan itu disahkan gol ataupun tidak ,sehinggalah penjaga garisan yang bertugas telah menafikan gol sepakan penalti tersebut dan ini menjulang Chelsea untuk menewaskan Fulham dengan dengan kemenagan 4 -3 menerusi sepakan penalti seterusnya layak ke pusingan ke 4 .


Chelsea (4-3-3): Cech (c) (Turnbull h-t); Ferreira, Alex ,David Luiz, Bertrand; McEachran ( 51), TerryRomeu, Malouda; Sturridge (Lampard 43), Lukaku, Kalou.Unused subs Bosingwa, Mikel, Mata, Drogba.
Sent off Alex 47
Booked Lampard 120.

Fulham (4-4-2): Schwarzer (c); Kelly, Grygera, Senderos, Briggs; Kasami (Zamora 77), Gecov (Sidwell 90+1), Baird, Frei; Ruiz, Sa (Dembélé 59).
Unused subs Etheridge, Riise, Kacaniklic, Halliche.
Booked Frei 98

Referee
Chris Foy.
Crowd
37,632.

No comments:

Post a Comment