Chelsea Besaing dengan Arsenal dan Fulham untuk mendapatkan Pertahanan Brigton Lewis Dunk
Lewis Dunk
Chelsea Besaing dengan Arsenal dan Fulham untuk mendapatkan Pertahanan Brigton Lewis Dunk
Lewis Dunk
"Sudah jatuh di timpa Tangga" itulah ungkapan yang melanda midfielder Chelsea Frank Lampard setelah di ketepikan dalam skuad utama England dan hanya pemanas di bangku simpanan kini nasibnya tidak jauh berbeza apabila di ketepikan dalam barisan utama Chelsea yang di laraskan oleh Pengurus muda berbangsa Portugis Andre Villa -Boas ketika Chelsea meratah Swansea CIty 4 -1 di Stamford Bridge walaupun hanya bermain dengan 10 pemain sahaja .
Beliau yang berusia 33 tahun bermula kariernya di West Ham United bekas kelab ayahnya pada tahun 1994 - 2001 dan pernah di pinjamkan ke Swansea City 1995 -1996 .Chelsea membeli beliau pada tahun 2001 dengan yuran perpindahan £ 11 juta ketika zaman Caludio Ranieri .Reputasinya selepas itu meningkat naik dan membantu Chelsea merangkul Piala Liga dan Piala FA pada zaman Jose Morinho dan Carlo Ancelotti dengan mengumpul 141 jaringan bersama Chelsea .Beliau mewakili England semenjak tahun 1999 dan mengumpul 88 cap dengan menghasilkan 22 gol .Sehingga beliau merangkul 3 anugerah tahunan berturut-turut dan menduduki tempat kedua pemain terbaik dunia FIFA dan Ballon d'or pada tahun 2005 serta pemain terbaik England pada tahun yang sama .
Zaman kemerosotanya bermula pada musim ini,mungkin di sebebabkan faktor usia yang sudah di labelkan pemain senior sering menjadi pemain gantian untuk England di bawah kendalian Fabio Capello di separuh masa kedua ketika kelayakan piala eropah .Gerak dan corak pemainannya tidak selincah dahulu pegerakkanya terbatas .Beliau terpaksa bersaing dengan bakal baru yang semakin naik di Chelsea dan England .
Semoga beliau kembali menyerlah dan menjumpai sentuhan emas seperti era kegemilanganya bagi membantu Chelsea merialisasikan impian dan harapan seluruh peminat setia Chelsea .
Keep The Blue Flag Flying hight !
Stadium Eatadi De Mestalla Valemcia
29 /09/2011
Rabu ( Pagi Khamis )
2 : 45 am ( Waktu Malaysia )
Valencia akan menjadi tuan rumah buat pertama kalinya untuk musim ini dalam kerjohanan
UEFA Champion League 2011/12 bagi pertemuan dengan kelab gergasi inggeris Chelsea di Mestella Stadium pada pagi Khamis ini .Ini merupakan perlawanan kedua bagi setiap pasukan, sebelum ini Valencia hanya sekadar seri 0 - 0 dengan kelab Belgium dan hanya mampu mengcuri 1 mata pada perlawanan tersebut manakala nasib berbeza yang di alami Chelsea ,The Blues memulakan kempen pertama mereka dengan kemenangan pertama dengan menewaskan kelab dari Jerman Bayern Leverkusen 2 - 0 hasil jaringan permain pertahanan kelahiran Brazil Devid Luiz dan Juan mata bekas permain Valencia .
Kedudukan semasa dalam kumpulan E Chelsea sedang mendahului pasukan lain dengan 3 mata penuh diikuti Valencia ,Genk dengan 1 mata dan bayern Leverkusen .
Dalam perlawanan ini perhatian akan tertumpu kepada bekas pemain Valencia Juan Mata yang berpindah ke kelab Chelsea dengan yuran perpindahan 27 juta dengan 4 tahun kontrak dari Mastella ke Stamford Bridge .Beliau juga akan menjadi pemain pilihan untuk di turunkan oleh pengurus Chelsea Andre Villa-Boas .Beliau juga telah membantu Chelsea menewaskan Bayern Leverkusen ada perlawanan pertama hasil jaringan beliau.
5 perlawanan Terakhir
Chelsea 4 - 1 Swansea City
Chelsea 0 - 0 Fulham
Manchester United 3 - 1 Chelsea
Chelsea 2 - 0 Bayern Leverkusen
Sunderland 1 - 2 Chelsea
Valencia 4 - 3 Racing
Valencia 1 - 0 Atletico Madrid
Sporting Gijon 0 - 1 Valencia
Genk 0 - 0 Velencia
Valencia 2 - 2 Barcelona
Sebelum ini Chelsea dan Valencia pernah bertemu dalam Kejohanan yang sama pada musim 2006/07 dan 2007/08 di mana kedua-dua pasukan ini pernah bertemu sebanyak 4 kali ,keputusan memihak kepada Chelsea iaitu Chelsea memenangi 2 dari 4 perlawanan tersebut dan selebihnya seri .Valencia belum pernah berjaya menewaskan Chelsea sebelum ini .
Pada Pertemuan pertama dalam UEFA Champion league 2006/07 Chelsea di bawah kendalian Jose Morinho ,Chelsea berjaya menewaskan Valencia dalam peringkat suku akhir dengan agregat 3 - 2 , di mana perlawanan pertama Chelsea terikat 1 -1 Valencia di Stamford Bridge hasil jaringan Drogba dan David Villa , Kemudian Chelsea menewaskan Valencia 2 -1 di Stadium Mastella gol Chelsea di hasil oleh Shevchenko dan Esien untuk membantu Chelsea layak ke pusingan seterusnya .
Manakala perlawanan terakhir kedua-dua pasukan bermula apabila mereka di undi dalam kumpulan yang sama ketika itu ,perlawanan pertama di menangi Chelsea 1-2 di gelanggang lawan, gol Valencia di jaringan oleh David Villa dan Gol Chelsea di jaringan oleh J.Cole dan Drogba .Di Stamford Bridge sekadar seri 0 - 0 .
UEFA Champion League 2007/08
( Group Stage )
Chelsea 0 - 0 Valemcia
Valemcia 1 - 2 Chelsea
UEFA Champion League 2006/07
( Quater Final )
Chelsea 1 - 1 Valencia
Valencia 1 - 2 Chelsea
agg : Chelsea 3 - 2 Valencia
Dua gol telah di jaringkan oleh Ramires pada aksi menentang Swansea pada aksi ke 6 liga, cukup luar biasa ,meletakkan kemenangan mutlak Chelsea terhadap Swansea.Ini juga merupakan gol kedua peribadinya untuk musim ini .Pemain kelahiran brazil ini mencipta jaringan pada minit ke 36 dan 76 di mana jaringan pertamanya di hasilkan melalui lorongan cantik dari pemain pertahanan Ashley Cole untuk Ramires mudah merembat kencang menerjah jaring gol swansea ,untuk meletakkan Chelsea selesa di hadapan 2 - 0 .
Jaringan kedua beliau belaku pada separuh masa kedua di mana Chelsea bermain dengan 10 permain selepas Torres di buang padang. Gol tersebut hasil umpanan cantik dari pemain bek kiri Chelsea Bosingwa sebelum beliau memperdaya dua permain Swansea dan seterusnya memalukan penjaga gol Swansea Worm.Beliau hampir melakukan kejutan dengan gol ke tiga tetapi malangnya sepakan tidak mengenai sasaran .
Pada perlawanan ini beliau layak di gelar "Man Of The Match" hasil 2 jaringan tersebut ,bukan itu sahaja pegerakan yang lincah lagi rajin membantu Chelsea terus meguasai perlawanan walaupun kekurangan pemain di padang .Walaupun susuk tubuh agak kecil tetapi gelagatnya merisaukan setiap pertahanan lawan .Segulung tahniah di ucapkan ,semoga beliau terus kekal prestasi gemilang ini untuk membantu The Blues merampas kembali kejuaraan liga dari United .
Keep The Blue Flag Flying High !
Setelah 4 minggu di ketepikan angkara kecerderaan di kepala semasa pelanggaran dengan penjaga gol Norwich City ,beliau terpaksa di usung keluar padang dan dibawa ke hospital selepas tidak sedarkan diri akibat mukanya terhempas di padang , akhirnya beliau kembali beraksi ketika Chelsea berhadapan Swansea City di Stamford Bridge sebagai pemain gantian di separuh masa kedua .beliau di masukkan pada minit 79 mengantikan Nicolas Anelka ketika Chelsea bermain 10 pemain selepas Torres dibung padang pada separuh masa kedua .
Beliau membuat penampilan petamanya selepas pulih dari kecerderaan dengan aksi luar biasa di mana beliau berjaya menjaringkan gol sulung buat dirinya untuk musim ini dan gol ke 4 buat Chelsea untuk mudah menewaskan kelab baru dalam liga Swansea City dengan jaringan 4 -1 . Jaringan tersebut hasil lorongan cantik Florent Malouda pada minit kecederaan 93 dan Beliau berjaya mengelirukan pertahanan lawan dan berjaya menewaskan penjaga gol Swansea Worm .

Semoga sentuhan keramat beliau terus bekekalan untuk di taggih dalam setiap perlawanan mendatang.
Keep The Blue Flag Flying High !
Itulah ungkap yang sesuai untuk peyerang termahal Chelsea Fernando Torres yang bernilai 50 juta yang di beli dari pasukan Liverpool .Beliau telah menjaringkan gol pembukaan untuk perlawanan liga sebentar tadi di antara Chelsea menentang Swansea di Stamford Bridge pada minit ke 29 hasil umpanan cantik dari Juan Mata menewaskan penjaga gol swansea Vorm .

Torres meraikan gol kedua buat dirinya untuk musim ini bersama Anelka dan Mata
Tetapi malangan hasil terjahan keras yang di lakukan oleh beliau terhadap pemain SwanseaMark Gower pada minit ke 38 ,pengadil bertugas Mike Dean menglayangkan kad merah kepada beliau tanpa budi bicara .Sukar untuk menerimanya tetapi mengikut ulang tayang ,benar terjahan tersebut memang keras dan harus di hukum dengan layangan kad merah .Beliau terpakse berehat 3 perlawanan atas perbuatannya .Walau bagaimanpun Chelsea tetap menang bergaya 4 -1 walaupun bermain 10 pemain sahaja .

Sabtu
24 September 2011
Stamford Bridge
Dua Bekas ahli Chelsea akan kembali semula ke Stamford Bridge esok dengan panji Swansea bersama mereka untuk menjadi musuh di padang keramat Chelsea esok ,salah seorangnya adalah bekas pembantu era Morinho di Chelsea merangkap rakan sekerja Andre Villa -Boas dan kini beliau merupakan pengurus pasukan Swansea .Beliau merupakn watak penting di belakang tabir kejayaan yang diketuai Morinho semasa menjulang kejuaraan liga 2004/05 - 2005/06 .Meraka adalah Brendan Rodgers dan bekas pemain muda Chelsea Scott Sinclair .
Brendan Rodgers
Siapa tidak kenal dengan dengan Brendan Rodgers di kalangan peminat setia Chelsea ,beliau banyak membantu kerjayaan Chelsea satu masa dahulu .Beliau pernah mengemukakan cadangan kepada Roman Abrahmovic untuk membeli Fernando Torres dari Atletico Madrid sebelum di sambar Liverpool ,tetapi jutawan russia itu lebih berminat untuk mendapatkan Andriy Shevchenko .
Perlawanan ini merupakan perhitungan pertama buat kedua-dua pasukan Chelsea dan Swansea dalam kancah era liga kelas utama ,sebelum ini hanyalah pertemuan di division 2 liga .Chelsea mengekalkan rekod tanpa kalah terhadap Swansea semenjak format baru liga di perbaharui pada tahun 2011 di mana 62 kali pertembungan Chelsea memenangi 53 perlawanan dan 9 kali seri . berikut merupakan stastitik perlawanan antara kedua pasukan :
Perlawanan yang diharungi : Chelsea vs Swansea
Jumlah perlawanan : 19
Chelsea menang : 8
Swansea : 5
Seri : 6
Pertembungan di Stamford Bridge :
Jumlah perlawanan : 9
Chelsea menang : 5
Swansea menang : 1
Seri : 3
Pada perlawanan liga minggu lepas fenomena berbeza di alami setiap pasukan ,Chelsea tewas kepada musuh tradisi manchester united di gelanggang lawan dengan kekalahan pertama musim ini 3-1 manakala Swansea City membuat kejutan di arena lawan menundukkan Wolve 0 - 3.
Penjaga gol utama Chelsea Petr Cech belum pasti dapat diturunkan pada perlawanan esok selepas mengalami kecerderaan lama di kepala semasa menghadapi tentangan dari Fulham dalam kejohanan piala Carling pagi khamis lalu dan terpaksa di gantikan dengan penjaga gol muda Ross Trunbull .Teka-teki ini menjadi tanda tanya adakah beliau akan cergas sepenuhnya atau Trunbull akan mengalas tugas beliau sebagai penjaga gol utama pada perlawanan esok .
Penyerang muda Chelsea Sturridge mungkin diketepikan kerana kecerderaan di bahagian lutut yang di alami semasa pertembungan dengan Fulham tempuh hari kemungkinan di rehatkan selama 2-3 minggu .Manakala pertahanan dari Brazil Alex di gantung perlawanan kerana mengumpul 2 kad kuning pada perlawanan liga yang lepas , tempat beliau kemungkinan di ambil alih oleh rakan senegara David Luiz ataupun Ivanovic berganding bersama Kapten Chelsea John Terry .
Daniel Sturridge
Didier Drogba menjadi pertaruhan Andre Villa-Boas untuk mengemudi barisan jentera serangan walaubagaimanapun beliau belum pasti dapat bermain esok.Persoalannya adakah beliau benar-benar cergas untuk perlawanan esok ? Jika tidak Fernando Torres seperti biasa akan bersama Nicolas Anelka di bahagian serangan untuk merobek gawang Swansea City pendatang baru di Barclays Premier League . Gandingan Torres dan Anelka hasil acuan Andre Villa-Boas nampak berhasil setelah Torres menghasilkan gol pertamnya untuk musim ini walaupun beliau gagal melakukan penyudah yang tepat pada perlawanan minggu lepas .
Dibahagian tengah gandingan mantap Ramires ,Meireles dan Mata nampak berhasil cuma terdapat kurang kesefahaman dalam pasukan ini mungkin masih baru bersama dan mereka akan buktikan pada malam esok dalam merencanakan bahagian tengah untuk medominasikan peratus penguasaan padang. Kelibat Lampard pada musim ini agak kurang meyerlah dan kurang meyengat berbanding 2-3 musim yang sudah, prestasinya agak menurun ini terbukti apabila Beliau sering memanaskan badan di bangku simpan bersama skud negaranya England .
Leroy Lita
Dalam perlawanan ini, permain yang harus di beri tumpuan dan perhatian oleh pemain pertahanan Chelsea adalah peyerang lincah Leroy Lita di mana beliau telah menjaringkan 2 gol pada perlawanan minggu lepas membantu kelabnya menewaskan Wolve 3 - 0 . Bekas pemain muda Chelsea Scott Sicclair harus di beri perhatian kerana beliau menjadi dalang dalam setiap pegerakan serangan berangkai Swansea, ini merupakan hari dalam sejarah untuk beliau untuk kembali semula ke Stamford Bridge seles 5 tahun pergi meninggalkan Chelsea .
Scott Sinclair
Barisan kemungkinan untuk perlawanan esok :
Chelsea (4-4-2): Petr Cech, Bosingwa, David Luiz, John Terry, Ashely Cole, Ramires, Juan Mata, Raul Meireles, Frank Lampard, Fernando Torres, Didier Drogba.
Swansea (4-5-1): Vorm, Angel Rangel, Ashley Williams, Garry Monk, Neil Taylor, Nathan Dyer, Leon Britton, Joe Allen, Mark Gower, Scott Sinclair, Leroy Lita
Pemain muda baru Chelsea Romelu Lukaku bejersi 18 sempena umurnya yang kini 18 tahun dibeli dari Anderlecht dengan yuran perpindahan 26 juta dengan kontrak 5 tahun .Beliau merupakan pemain meningkat naik di mana telah menjaringkan 2 gol dalam 10 kemunculan untuk negaranya Belgium dalam persembahan antara bangsa .Merupakan seorang penyerang dan meminati Didier Drogba sebagai mentornya .
Romelu Lukaku
Beliau ingin tersenarai dalam kesebelasan utama dalam skuad Andre Villa Boas pada Khamis minggu hadapan dalam perlawanan peringkat kumpulan E dalam Kejuaraan Juara Liga menentang pasukan dari Sepanyol Valencia di Edward Valencia Stadium tetapi perlu bersaing dengan penyerang utama Chelsea seperti Nicolas Anelka ,Didier Drogba ,Salomon Kalou dan Fernando Torres .
Pada Perlawanan pagi Sabtu dalam Kejohanan Piala Carling Lukaku ,beliau telah bermain 120 minit tanpa gagal menyerlah untuk menghasilkan jaringan menentang Fulham . Chelsea layak ke pusingan seterusnya dalam penentuan di tentukan melalui sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan sehinggalah tamat masa tambahan ,Chelsea menang dengan jaringan 4-3 .
Dalam satu temubual dengan beliau ,beliau berkata :
"After last season we want to win, we have to show we can win everything there is and we have the squad to do that so we are all very pleased we are going through to the next round,' said the Belgian. "
"The whole club is happy we are through, Chelsea wants to win every cup there is and it is an opportunity for the youngsters to show ourselves to the boss.
'The Chelsea fans should be excited about us. In training we do our best and you see Ryan [Bertrand], Josh [McEachran] and Oriol [Romeu] are such big talents and playing in their national squads. "
"The coach helps us a lot and is always talking to us, Roberto Di Matteo and Steve Holland are helping us every day so we are always at the same level with the experienced guys."
Lukaku merupakan seorang peminat Chelsea ,beliau mungkin terdesak untuk mengambil perhatian pengurus Chelsea Andre Villa -Boas untuk tersenarai dalam skuad utama Chelsea .Ia mungkin mengambil masa lebih untuk latihan bagi menyakinkan pengurusnya bagi membuka mata pihak pengurusan Chelsea agar beliau di calonkan .
Hujah Beliau lagi :
"After one game it is not easy,' he said. 'I have to continue training, play, get fit and tomorrow is a new day, another day to show the boss that he can count on me. There are a lot of games this season and I am patient, but when I have the chance to play I will do my best for the team. "
"Training is like playing in a match. The quality and intensity is so high, it's like playing in a match every day. I am very happy that we won, that's most important and we have to continue like that."
Diharap beliau dan pemain-pemain muda yang lain harap bersabar untuk kemunculan dalam Champion League pagi Khamis hadapan dan harus fokus pada perlawanan minggu ini di Stamford Bridge menentang Swansea City . Didier Drogba mungkin akan di turunkan manakala Nicolas Anelka dan Fernando Torres akan di rehatkan .
Chelsea menurunkan barisan muda yang dipercayai oleh pengurus Chelsea Andre Villa-Boas untuk mengasak kubu kuat Fulham . Antara yang menjadi perhatian antaranya adalah Ryan Bertrand,Oriol Romeu dan Romelu Lukaku dengan penampilan pertama dalam percubaan Chelsea merangkul Piala Carling di mana kali terakhir di menangi pada tahun 2007 ketika menewaskan Arsenal 2 -1 .
Chelsea tidak menurunkan penyerang bebisanya Didier Drogba kerana mahu beliau kekal cergas 100% untuk bersemuka dengan Swansea City hari minggu ini.Sandaran Chelsea diletakkan di bahu 3 kombinasi penyerang muda Sturridge , Kalou dan Lukaku untuk merobek gawang Fulham .
Perlawanan bermula agak seimbang dan berhati-hati di mana setiap pasukan mengatur pergerakan untuk menguasai perlawanan.Pada babak ke dua Petr Cech penjaga gol utama Chelsea dikeluarkan mungkin mengalami kecederaan atau pengurus Chelsea mahukan beliau direhatkan bagi memberi fokus pada kancah Liga domestik minggu ini dan di gantikan dengan penjaga gol muda Ross Trunbull .
Pada minit ke 47 pertahanan Chelsea Alex yang berasal dari Brazil dilayangkan kad merah akibat terjahan keras di kotak penalti terhadap penyerang Fulham Frei dan Pengadil Chris Foy menghadiahkan penalti kepada pasukan pelawat ,tapi malangnya penyerang Fulham Kasami gagal meyempurnakan peluang yang terhidang yang hanya mampu menggegar palang gol Chelsea .
Pengurus berbangsa Portugis membuat penukaran dramatik di mana Josh McEachran di keluarkan dan di masukkan John Terry bagi menguatkan barisan pertahanan bagi mengekang serangan Fuham yang akan mengunakan kesempatan yang ada setelah Chelsea bermain 10 orang.
Andre Villa-Boas berkata selepas tamatnya perlawanan :
"Kami berlatih mengambil sepakan penalti seperti mana pasukan lain ,cuma pasukan kami menggunakan kesempatan dari pengalaman yang ada bagi mengatasi Fulham dengan dalam penentuan sepakan penalti 4-3 ."
Dalam Penentuan sepakan penalti tersebut Chelsea bersandarkan 100% dari penjaga gol muda Ross Tranbull yang mengantikan Petr Cech selepas penjaga gol utama Chelsea mengalami kecederaan di kepala .Ujian pertama beliau pada babak kedua ketika Fulham dianugerahkan sepakan penalti selepas Alex menjatuhkan kerim Frei di kotak penalti tapi,tapi nasib menyebelahi kepada penjaga gol muda itu di mana sepakan dari Pajtim Kasami hanya mampu menggegar palang gol .Ujian Sebenar bermula selepas tamat masa tambahan 30 minit .
Sepakan penalti dimulakan dengan pasukan Chelsea ,Frank Lampard memulakan sepakan penalti tapi sayangnya beliau gagal meyempurnakan sepakan penalti tersebut buat Chelsea ,mudah di selamatkan oleh Schwarzer.Penyerang Fulham Zamora mudah menewaskan Ross Trunbull untuk meletak Fulham di hadapan 0 - 1.Sepakan penalti kedua di sempurnakan oleh David Luiz untuk Chelsea dan Sidwell bekas pemain tengah Chelsea meletakkan Fulham terus mendahului dengan kedudukan 1 - 2 . Kenangan hitam John Terry ketika final pada kejohanan kejuaraan eropah di moscow pada tahun 2008 ketika gagal meyempurnakan sepakan penalti dapat di ubati selepas beliau mudah menewaskan Schwarzer pada sepakan penalti ketika untuk Chelsea .pemain muda Fulham Dembele gagal meneruskan rentak fulham selepas sepakan penaltinya di selamatkan dengan kemas oleh Ross Trunbull ini menghangatkan lagi perlawanan kedudukan pasukan kembali terikat 2 - 2 .
Debaran diteruskan lagi dengan jaringan sepakan penalti cantik yang di lakukan pemain Chelsea Salomon Kalou dengan sepakan di sudut gol untuk sepakan penalti yang ke 4 dan kemudian di samakan kembali oleh Baird untuk kedudukan 4 - 4 .Florent Malouda menjadi pemain terakhir Chelsea untuk sepakan terakhir dan ternyata beliau tidak ada masalah untuk meyempurnakan sepakan penalti tersebut .
Akhirnya seluruh penonton di Stamford Bridge memberi tekanan terhadap pemain terakhir Fulham yang diberi tanggung jawab di bahu pemain baru Fulham Ruiz ,gempar gempita seluruh stadium kerana kali kedua sepakan penalti Fulham menggegar palang gol tapi kali ini bola seakan-akan berada bola melantun ke dalam gol tetapi menjadi tanda tanya adakah sepakan itu disahkan gol ataupun tidak ,sehinggalah penjaga garisan yang bertugas telah menafikan gol sepakan penalti tersebut dan ini menjulang Chelsea untuk menewaskan Fulham dengan dengan kemenagan 4 -3 menerusi sepakan penalti seterusnya layak ke pusingan ke 4 .
Chelsea (4-3-3): Cech (c) (Turnbull h-t); Ferreira, Alex ,David Luiz, Bertrand; McEachran ( 51), TerryRomeu, Malouda; Sturridge (Lampard 43), Lukaku, Kalou.Unused subs Bosingwa, Mikel, Mata, Drogba. Fulham (4-4-2): Schwarzer (c); Kelly, Grygera, Senderos, Briggs; Kasami (Zamora 77), Gecov (Sidwell 90+1), Baird, Frei; Ruiz, Sa (Dembélé 59).
Sent off Alex 47
Booked Lampard 120.
Unused subs Etheridge, Riise, Kacaniklic, Halliche.
Booked Frei 98
Referee Chris Foy.
Crowd 37,632.
VANUE : STADIUM STAMFORD BRIDGE
WAKTU : 2:45 PAGI (WAKTU MALAYSIA)
HARI : KHAMIS 22 SEPT 2011
Pagi esok merupakan hari pertama tugas Andre Villa-Boas meneraju Chelsea dalam saingan Piala Carling menetang saingan terdekat Fulham .
Pengurus muda berbakat Chelsea Andre Villa-Boas akan membuat perubahan pada kesebelasan utama The Blues di mana watak utamanya keseluruhanya adalah permain muda yang meningkat naik untuk perlawanan pagi esok dalam melangkah ke peringkat seterusnya piala Carling .Pemilik Chelsea Roman Abramovich telah meyuarakan supaya AVB mengunakan khidmat pemain muda.
Penyerang sensasi Chelsea Didie Drogba kemungkinan akan diturunkan berganding dengan pemain muda Chelsea selepas cergas dari kecederaan semasa perlawanan menentang Norwich CIty 3 minggu lepas.Walau bagaimanapun beliau haruslah berkeja keras untuk kembali cergas dari hentakkan dikepalanya akibat pelanggaran dengan penjaga gawang Norwich City J.Ruddy .
Didier Drogba akan megetuai Chelsea dengan barisan muda dan kemungkinan berganding dengan pemain buerusia 18 tahuniaitu Romelu Lukaku di jentera serangan, manakala yang lain seperti Josh McEachran ,Oriol Romeu ,Ryan Bertrand ,David Luiz dan penjaga gol muda Ross Turnbull yang akan menghadapi tentangan dari Fulham esok pagi .Sejauh mana mereka akan meneruskan perjuangan jawapanya hanya dengfan melihat sendiri esik pagi .
Dalam temubual bersama Andre Villa-Boas :
AVB ingin promosi bakat muda Chelsea
“From what the owner has told me it is a decision that he wants because he wants to promote our talent and this is why we take this approach.”
Villas-Boas also hinted that Abramovich had been influenced by Arsenal’s approach to the Carling Cup under Arsene Wenger.
“I think there is prestige. Arsenal have been doing it (playing young players) for years,” he said. “They reached the final last year and a couple of semis before. It is important to get feeling of competition for them.”
Selepas Kekalahan bermaruah 3-1 terhadap musuh tradisi Manchester United ,Chelsea kini telah melalui satu revolusi yang amat ketara di mana corak permainan dan taktikal semakin menyerlah dan mampu memberi saingan dan mampu mengatasi pencabar yang lain dalam misi merangkul sekurang-kurang 1 piala musim ini .
Menghadapi kedatangan Jiran terdekat Fulham pagi esok, keyakinan pemain dan pengurus Andre Villa-Boas semakin tinggi bagi menutup mulut segala pengkritik yang kurang yakin terhadapnya .Chelsea memenangi 42 perlawanan menentang Fulham dari 75 perlawanan,manakala Fulham hanya 11 kali sahaja . Kedua-dua pasukan hanya bertemu 2 kali sahaja dalam saingan Piala Carling pada tahun 1985 dan 2004 ,di mana kedua-duanya di menangi oleh Chelsea .The Blues telah menjaringkan 21 gol berturut-turut dalam saingan Piala Carling dan pada tahun lepas Chelsea terkandas pada peringkat awal ketika di kalahkan oleh Newcastle United kali ke 2 dalam jangka masa 10 tahun .
Chelsea telah memenangi 4 gelaran Piala Carling iaitu pada tahun 1964–65, 1997–98, 2004–05, 2006–07 kali ter akhir ketika menewaskan Arsenal 2-1 di mana Didier Drogba menjadi hero Chelsea dengan 2 jaringannya membantu Chelsea merangkul gelaran ke 4 .